Monday, September 27, 2010

pengalaman hebat~

boleh bayangkan tak jalan kaki sorang-sorang area lot 10 malam-malam tanpa tahu arah tujuan sebenar- dengan kata lainnya sesat..ye, aku sesat masa tu..dalam kepala otak memanglah ada tujuan, arah je yang aku tak berapa nak pasti sangat..dengan tak tahu jalannya, dengan semangat berani matinya dan dengan confident nya aku melangkahkan kaki macam aku dah tau tempat tu sejak aku lahir lagi..

perlahan-lahan aku menyusuri jalan..berbekalkan air nescafe latte di tangan, dalam hati aku nekad- habis je air nescafe ni aku sedut, aku mesti berjaya jumpa times square..kalau tak, mati la aku..masa tu memang tak terfikir nak kontek siapa-siapa langsung..padahal boleh jek kalau nak kontek sesape yang tau jalan area sini..

malam tu memang aneh dan pelik buat aku..rasa macam ada kat dunia lain..dengan lampu-lampunya, orang-orangnya..serius- rasa macam aku adalah tourist yang berjalan di negara sendiri..hehe..rasa macam bangang pun ada jugak sebab dah berapa lama duduk kl ni, tapi masih tak ingat jalan..jalan balik rumah guna jalan raya pun tak tau, memang parah la aku ni..

ceritanya macam ni, lepas wave goodbye kat qila n family, aku dengan confidentnya melangkah keluar dari low yat tu untuk ambil monorail imbi ke hang tuah..dan dari monorail hang tuah aku sepatutnya tukar ke star lrt naik sampai ke salak selatan..tengok, kalau bab public transport ni aku memang hebat-kalau nak suruh aku jalan kaki tunjuk jalan sana sini naik kereta ke memang fail lah..sebab tak selalu guna jalan darat..hehe..

oh, ada tak aku mention sebelum ni yang aku adalah seorang yang buta jalan  yang tegar..lagi-lagi bila malam..memang terbaiklah..haha..

keluar-keluar je, rerupanya aku ikut salah pintu..aku keluar ikut pintu lain dari yang aku masuk..jadinya jalan yang aku akan lalu lepas ni 100% aku tak tau dan tak pernah lalu..aku fikir-fikir balik, aku patut takut ke patut excited?..sorang-sorang, malam-malam, tempat yang tak familiar, orang-orang yang tak tahu boleh percaya ke tak..sepatutnya apa yang aku patut rasa?

seriously, to be honest, aku adalah sangat teruja masa tu..takut tu memang ada la..tipulah kalau cakap tak ada sikit pun takut..kaki ni pulak laju je jalan sampai terbabas nak pergi kat parking kat bawah tu..ada la pulak kan..jalan ikut sedap kaki..

jalan punya jalan, jumpa banyak pulak hotel-hotel..tiba-tiba nampak pulak ada orang berdiri depan satu kedai ni ramai-ramai dan cuba tarik perhatian orang yang lalu lalang untuk masuk kedai dia..aku tak sure kedai apa..nampak gaya macam kedai urut refloksologi..entah iye entah tidakk..

dalam kepala aku sibuk fikir-kat mana aku, kat mana aku dan kat mana aku ni..arah mana perlu aku ikut dan sebagainya..kalau jumpa times square maksudnya aku dah selamat..tapi arah mana eh?..dalam gelabah-gelabah tu memang cuba sehabis mungkin buat muka setenang yang boleh..

samapai satu tempat, tiba-tiba aku dapat rasakan ada banyak flash kena kat muka aku..mestilah flash camera takkan kilat pulak kan..aku pun pandanglah arah datang kilauan-kilauan tersebut..memang banyak kamera yang terhala pada aku masa tu..aku pun dah, apehal pulak diorang ambil gambar ni..tau la aku sesat kan..tapi apehal pulak sampai kena ambil gambar reramai camni..

pulak..sekali aku tengok betul-betul, rerupanya aku yang dah terselit dalam objek sebenar yang diorang nak ambil gambarnya..tengok betul-betul aku ada kat depan lot 10..yang ada skrin besar yang mana aku baru tahu hari tu..(wa..aku yang jakun)..betul-betul kat sebelah aku adalah dua orang yang berpakaian kilat-kilat dari hujung topi sampai hujung kasut dan berlagak seperti patung..la hai..patut la sibuk diorang ambil gambar..

hehe..

aku pun duk tercongok sekali join diorang tengok orang macam patung tu..jakun yang amat la kan..first time kot jumpa benda-benda macam ni..seronok gak..kat depan tu ada stesen monorail bukit bintang..patutnya boleh je naik monorail tu..dah, habis cerita..

tapi  tak tau lah apa yang memandu minda aku malam tu, dengan selambanya kaki aku ni terus melangkah melepasi stesen monorail tu dan terus berjalan..ni lah jalan-jalan cari pasal namanya..nasib baik sebelum tu ada jumpa sign board untuk ke times square, lagi 1.4 km kalau tak silap..maka kaki ni pun terus berjalan..follow je bawah laluan monorail tu..

tiba-tiba aku teringat kat brader jual goreng pisang tu..7 tahun lepas, masa tu first time aku datang kl sorang-sorang naik bas..nak balik asrama..dari pudu memang sumpah aku tak tau macam mana nak pergi keramat au 2 tu..yang aku tau, berhenti kat pudu, naik lrt kat masjid jamek pastu naik bas nombor 20, nanti bas tu akan berhenti betul-betul depan asrama aku..

masalahnya aku manalah nak tau dari pudu tu nak pergi lrt masjid jamek tu ikut arah mana..dan dengan selambanya aku tanya kat sorang brader yang tengah goreng pisang masa tu..dia pun cakap,'ikut je landasan untuk lrt tu..nanti mesti jumpa'..

aku pun, ok, ikut je bawah landasan tu..then tada-- terjumpa satu jejantas untuk cross jalan ke times square sebelum ke jejantas untuk ke stesen monorail imbi..aku pun- sangat-sangat lega yang amat..rasa macam nak sujud syukur je masa tu sebab dah jumpa jalan pulang..

rasa macam satu pengembaraan yang hebat didunia yang lain..haha..rasa syukur jugak sebab tak jadi apa-apa kat aku sepanjang tempoh pengembaraan tersebut..moral of the story?..moralnya adalah walau pun berada dalam keadaan yang merunsingkan- enjoy the moment, treasure the experience dan minumlah nescafe semasa anda sedang sesat- nescaya jumpa jalan bla dah habis satu tin air tu..

haha...

4 comments:

anymz said...

panjangnya nak baca nih..tapi baca jugak..hehe
nice story

r.o.x.e said...

hoho..thanx!

Anonymous said...

weh,

lrt tu jalan darat la..hehe

r.o.x.e said...

x la..lrt tu jambatan..
(statement bengong~)