Monday, May 4, 2009

trust..percaya..shinji..miduhyo..whatever..

Pagi-pagi macam ni memang banyak perkara yang berlegar-legar dlam kepala otak aku ni..walaupun tak punya kapasiti yang besar seperti budak bio yang lain, otak ku ini digunakan untuk berfikir sedalam yang mungkin tentang logical sesuatu perkara berbanding orang lain yang hanya menerima dan menyimpan sesuatu fakta dalam otak mereka yang berkapasiti besar tersebut…

Kepercayaan..dalam rukun Negara perkara yang pertama adalah kepercayaan kepada tuhan..dalam rukun iman pun semuanya berteraskan kepercayaan kepada sesuatu perkara..percaya kepada allah, percaya kepada rasul,percaya kepada kitab,percaya kepada malaikat,percaya kepada hari kiamat, percaya kepada qada’ dan qadar..

Betulkan?kalau salah silalah betulkan diri ku yang tak berkapasiti besar otaknya ini..hehe..

Macam mana pulak kita nak percaya kepada sesame manusia?..aku dah terlalu sakit di betray oleh manusia2 yang aku percaya..janji yang selalu di mungkiri..entahlah..bercakap pasal janji, kenapa mesti kita ingatkan seseorang tu tentang janji yang pernah mereka katakan, kerana bila ditanya akhirnya- sebenarnya mereka lupa..kalau sekdar untuk memungkiri janji, untuk apa janji tersebut terlafaz?..mungkin sebab sudah banyak kali pekara tu berlaku ke atas aku, secara tk langsungnya aku sekarang langsung tak mempercayai janji…

Berbalik kepada percaya terhadap sesame manusia..susah sangat ke untuk seseorang tu membuktikan dirinya seorang yang boleh dipercayai?..bila kita dah mula rasa dia seorang yang boleh dipercayai, tiba-tiba jek, tak lama lepas tu terjadinya suatu perkara yang menghalang diri kuta dari mempercayai seseorang tu..


Manusia memang tak layak untuk dipercayai ke?atau aku sendiri yang susah sangat nak percaya kat orang lain..atau pun aku selalu tersilap orang untuk dipercayai?

Banyak sangat perkara yang dah berlaku yang mengajar aku berhati-hati supaya tak mudah untuk mempercayai orang dengan mudah..akibatnya, aku jadi macam nilah, meluah perasaan pada keyboard yang tak berperasaan, yang tak akan bagi respons terhadap apa yang aku katakana tiap kali..

Kadang-kadang rasa tak gembira pun ada sebab perlu tempuh hidup yang macam ni..tak ada siapa yang boleh jadi tempat untuk melepas perasaan..takut apa yang kita luahkan terlepas ke pihak lain..hurm..

Selama ni pun aku adalah Cuma pendengar yang baik..tapi kadang-kadang aku nak jugak jadi seorang pencerita kepada orang yang ingin mendengar cerita aku..tapi setiap kali aku nk bercerita, mesti aku akan terfikir berkali-kali sampaila akhirnya aku membatalkan niat murni ku itu untuk berkongsi cerita..kenapa?..isu percaya..aku takut..seperti yang aku katakan sebelum ni..aku takut kalau apa yang aku ceritakan itu leak pada org lain…

Sedihkan life aku?
Sedih kan diri aku?
Hurm…

0 comments: