Thursday, August 25, 2011

dehydrate~

aku tak pasti terms tu sesuai ke tak dengan condition aku sekarang..biasalah..bulan puasa..mana nak boleh minum air siang kala ni..

mata ni dah pedih semacam..rasa macam nak sumbat banyak-banyak air kat liang-liang mata neh bagi segar semula..nak minum karang jadik lain pulak..

hari ni aku ambil half day..so skarang aku kat rumah tengah seronok (?) online lepas bake 'muffin coklat lembap air mata maria' yang sangat special..diadun dengan penuh perasaan seperti menonton adegan air mata dalam drama korea genree kelakar yang tiba-tiba ada scene sedih giler kat situ..

so, dengan sedikit perisa tambahan yang secara tak sengaja termasuk kedalam adunan muffin itu, aku harap adik aku boleh berasa sedikit kegembiraan untuk menjamah muffin yang didedikasikan untuknya itu.. tak sabar pulak rasanya aku nak balik rumah untuk menyajikan hidangan istimewa itu untuknya..

kenapa dengan adik aku?..refer pic kat bawah jap...



dialah super-iron-girl..ye, itu nama super hero dia..nama betul dia seperti yang di atas..bermula dari aksi supergirl terbang-tak-tinggi-kemudian-tergolek-dijalanraya, akhirnya dia di tempatkan di rumah istimewa bermula jumaat lepas..akibatnya terpaksa berehat seketika diatas katil kerana hilang nikmat bergerak untuk seketika plus menaggung sakit gila nak mati...

aku tau, tak ada siapa pun yang nak musibah melanda kat diri..tapi tu kan ujian dari tuhan..nak tak nak terpaksa deal with it..kadang-kadang tengah seronok kita drive kat lane tengah kat highway, bawak 90 km/h jam, tak kacau orang lain, tiba-tiba ada pulak driver gila tak sedar diri yang nak sondol kita..orang lain punya careless, kita kena tanggung sekali..

lebih kurang macam tu jugak la dengan kes adik aku..bezanya ia tak berlaku di highway dan dia tak memandu kereta berkelajuan 90 km/h..tapi aku kesian jugak ngan budak yang sama terlibat tuh, chances untuk hidup cuma 50 percent jek..itu yang aku dengan seminggu yang lepas..badan berselirat dengan wayar bagai..koma..sekarang aku tak tau la pulak macam maan keadaan dia..hopefully masih bernyawa lagi la..dia baru 16 kot..nak blame dia 100% pun bukannya boleh sangat..things happen for a reason, kan..

at least adik aku walau patah sana patah sini, at least dia masih bernyawa lagi..masih boleh berfikir macam biasa..for sure dia akan ada different view tentang life after this..menjadikan dia lebih menghargai saat-saat yang bersisa dalam hidup..menghargai setiap nikmat yang tuhan bagi..

enough part positif..

adik aku sakit..she's in pain..deep pain..sakit yang tak terluah dengan kata-kata..dia senyum..tak bermaksud dia ok..abah kata  tadi dia ceria, dah ok kot..sebab tu la boleh bawak balik rumah..

aku: what da f?..dia baru operate selasa haritu masuk besi kat kaki, u expect dah boleh bawak balik?..ok2..aku xkesah kalau ada heli atau private jet yang hantar dia balik rumah plus private doctor n nurse kat rumah kitorang..tapi dengan jalanraya segamat yang penuh liku dan selekoh dan driver yang camnak haram kat segamat tu, comfirm dia boleh hilang separuh nyawa dia on the way nak balik..sakit giler kot..

memang doktor, nurse semua cakap dah boleh balik..tapi masalahnye, last time aku cakap ngan minah tu semalam, dia kata dia mintak painkiller paling kuat dalam dunia untuk hilangkan sakit kat kaki dia yang baru lepas operate itu..dah la kaki tak kena simen, pastu bagaimana dalam neraka dia mahu naik kereta dan pulang ke rumah?..baru semalam dia cakap, dia tak boleh nak tidur seharian sebab sakit yang mencucuk kat kaki dia..

dah tu, kalau duduk rumah, boleh ke mintak pain killer lagi..or, perlu ke  pergi farmasi dan borong pain killer banyak-banyak untuk hilangkan sakit..sebab once kita dah ambil pain killer, the second dose kena higher dari the first one in order untuk bagi effect..(itu kata orang yang ada experience belah-belah anggota badan , )

dengan kaki yang masih bengkak 2 kali ganda tu...aku tak adapat imagine betapa sakitnya adik aku tu nanti..even nak tukar baju pun dia boleh menangis sebab sakit gila..apatah kena angkat dengan orang yang tak ada basic hospitality..btw, adik aku adalah seorang yang tak pernah tunjuk dia tengah sakit or what..

so please dont judge..even dia senyum, tak semestinya dia dah ok..

aku plak yang emo terlebih..demm...hopefully dia ok skang..sbab dah samapi rumah..macam mana la agaknya sepanjang perjalanan tadi..bertambah emo aku di buatnya bila terkenang kembali..

nak buat macam mana..nak cakap lebih karang dapat tittle anak derhaka..urgh..aku tensen..

0 comments: