Wednesday, August 17, 2011

nuzul quran..



pagi tadi orang kat surau announce, sesape yang tak kerja arini meh la ramai-ramai turun..memeriahkan majlis untuk sama-sama bergotong royong buat bubur lambuk ramai-ramai..aku yang rajin ni memang la liat nak turun..bila petang, usus dah mula rapping, tiba-tiba terbau sesuatu yang enak..

apesal la aku tak tutup tingkap..kalau tak mesti tak terganggu nafsu nak main internet selama 24 jam aku dengan bauan yang bisa mencairkan air liur ku yang sememangnya mencari-cari sesuatu untuk di dissolve kan..semalam dah la berbuka dengan makanan berbuka kelmarin..beli banyak sangat food kelmarin..tak habis kunun nak simpan buat sahur..jap lagi sahur tak bangun, makanya simpan buat berbuka..yang penting kenyang..

tapi masalahnya sekarang dari pagi tadi tangan ni duk rajin bukak peti ais..walau tak ada makanan dalam tu..tengok air pun jadilah..tak dapat nak makan, imagine saje la..duduk sorang-sorang kat rumah, kalau tak puasa pun bukan orang tahu..tapi tuhan tau..wawawa..

rasa sunyi sungguh hari ni..suara pun tak keluar seperti biasa..macammanalah nak kurus..setakat puasa, tak makan siang, pastu terlepek depan laptop main tenet..ngutuk orang kat yutiub..haish..yang kurusnya puase aku, bukan aku..lalalala...

tak silap aku dah 2 entry aku buat untuk ari ni..bila malas-malas bebenor nak meng upadate..skali dah update terus nak menaip..tulis pepanjang karang jari aku pulak yang sakit..nak upload gambar tenet lak cam siput babi vavi..hurm....

rindu lak kat alien alien kecik tu..tapi bila dah jumpa tak cukup suara nak jerit kat dorang..

wa..aku tak sabar nak cuti panjang..nak duduk rumah je boleh tak? tak payah beraya rumah sedara or mara..ataupun tak yah ada sesapa yangg datang rumah untuk raya tahun ni..pleaseee....raya tahun ni je...tahun lepas tak puas beraya kat rumah sendiri, asyik beraya dalam kereta jek..hukhuk...




pic for the day~ 
4 ekor alien yang berjaya di abduct..ni gambar masa kau memula masuk..gila lain muka diorang sekarang..cepat betul mereka membesar..tak percaya aku di buatnya..hahah..hopefully aku tak macam tu..aku nak forever 16..lalalala

0 comments: