Saturday, February 12, 2011

rapikan mengenai kesihatan..

aku tak ada benda sangat nak repekkan kat sini..kalau ada mesti require masa yang panjang..tapi memandangkan aku macam separa ting tong je skarang i'll make it short..

tanda-tanda demam (ini aku punya simptom, mungkin berbeza dengan orang lain punya)

1) batuk-batuk gedik
biasanya aku akan kena sakit tekak dulu..bila aku sakit tekak, biasanya aku boleh prevent diri dari batuk dan demam..dulu masa kat vads, aku hidup dengan bercakap, nak tak nak kena elakkan batuk dari berlaku..suara hilang tak apa lagi..bila sakit tekak aku akan ambil 'euphon', ubat sakit tekak yang sangat-sangat mujarab..itu pun housemate aku, kak su yang bagi..sebab kitorang selalu sakit tekak sama-sama, dia dapat free dari klinik panel company dia..aku takkan dapat free kalau gi klinik panel pun sebab kena bayar dulu claim kemudian..

tapi ntah kenapa tah tetiba kali ni tak kena sakit tekak tiba-tiba batuk keluar kahak hijau..aku mintak tolong cik google carikan aritu pasal warna kahak ni..kalau kaler putih tu tahap biasa, tahap kedua kahak kaler kuning or coklat, dan tahap tiga kaler hijau- yang menandakan jangkitan kuman, bakteria dan kawan-kawan dia kat paru-paru..lastly, paling bahaya kalau batuk berdarah..tak lama la tu..

memula risau gak..bila batuk pun rasa separuh mati- batuk style orang merokok kuat punya batuk sampai sakit dada yang amat..kuman kuasa apa tah duk serang sistem antibodi aku pun aku pun tak tau..tapi sehari je la macam tu..esoknya aku check balik, kahak bertukar jadi kaler putih..tahniah sistem antibodi ku kerana berjaya membunuh kuman tersebut walau aku tak ambil sebarang medication hari tu..(kes tak suka makan ubat, unless rasa nak mati baru telan ubat)..

2) selesema...
selesema dan hidung sumbat memang tak boleh nak pisahkan bila batuk menyerang aku..nak bernafas pun payah..nak tidur lagi la..yang ni aku biasanya ignore je..paling teruk pun kena bernafas guna mulut..masa ni tak selesa langsung..sebab tendency untuk batuk lagi tinggi untuk aku..macam bob cakap masa aku form 3 dulu, kalau hidung sumbat masa nak tidur, cuba tidur mengiring..memang berkesan la..walau selalunya sebelah hidung je yang berfungsi masa tu (x kena block)..ok la dari tak boleh bernafas langsung.

3) atas sejuk, bawah panas..
maksunya bahagian atas badan aku dari pusat ke atas akan jadi sejuk semacam..dan dari bahagian pusat ke bawah akan jadi panas..aku pun tak paham kenapa..selalunya aku akan pakai sweater siap ber hooded kepala dan pakai short bermuda saje..kalau pakai seluar panjang mesti akan gulung-gulung kaki seluar..ntah, aku malas nak google yang ni..

4) sakit belakang
sakit belakang yang macam lenguh lenguh, sengal-sengal ubi..rasa macam nak sewa sekor anak gajah suruh dia pijak-pijak belakang aku sekejap..

5) kulit jadi sangat sensitif
terutamanya pada kulit bahagian tangan yang merangkumi bahagian bahu, terus ke pergelangan tangan..bila tersentuh sikit bahagian tu akan rasa sakit..
kalau kena air paip bersuhu air paip biasa akan rasa pedih dan sejuk yang luar biasa..boleh tahan gedik gak tangan aku ni kan..

6) tiba-tiba gedik nak mandi air panas
biasa berlaku bila rasa tak sedap badan..rasa benci gila dengan air paip biasa..nak minum air dari peti ais pun tak mampu sebab rasa sejuk gila..
tekak pun rasa nak benda panas jek..

7) tak boleh duduk same spot lebih dari 2 minit..
ini mungkin kerana keadaan diri yang sangat tak selesa..rasa tak selesa yang kalau ada button off on kat badan ni rasa macam nak off kan dulu sekejap..kalau masa tu tengah baring mengiring, jap legi menelentang..lepas tu berubah ikut posisi yang selesa untuk waktu-waktu tersebut..

8) demam..
rasa macam ada haba panas yang keluar dari kulit muka..bila bernafas rasa panas..dan terus tak boleh bergerak dengan aktifnya..
bagi aku solution terbaik adalah tido..sebab kalau tak sakit kepala akan datang tak lama lepas tu..
aku dah malas nak ambil panadol dah sebab ada banyak side efek karang..biasanya aku demam sekejap jek..
yang lama nak baiknya cuma batuk ngan selesema jek..

9) mimpi ngarut
bila demam, akan selaunya di temani mimpi ngarut..contoh semalam aku mimpi pasal nak bako rumah orang kampung..sape setuju angkat tangan macam sayee....ntah pape je,,

so sekarang ni, korang dah tau sedikit sebanyak simptom-simptom aku bila nak sakit or demam..so, kalau korang nampak atau dengar mulut aku membebel sebab perkara-perkara di atas, senang je- masakkan aku sesuatu yang panas dan berkuah dan lazat..huhu

ubat xkan jalan untuk aku sebab aku cuma makan ubat bila rasa macam nak mati jek..haha..

0 comments: