Wednesday, February 9, 2011

merapik meraban episod 1~


“Dengan main gitar tu boleh ke kau nak kasi senang hidup kau. Cuba kau jadi macam abang kau tu. Kerja bagus, kereta ada dah, rumah pun ada. Kau? Sejak habis belajar asyik tukar-tukar kerja je. Tak tahan sikit berhenti, tukar kerja, berhenti lagi. Apalah nak jadi dengan kau ni. Pergilah cari kerja . Mak ni memang tak mengharap sangat pun duit kau. Untuk masa depan kau jugak,” buat sekian kalinya Rosmah membebel lagi pada anak terunanya itu. Rasa seronok pula membebel di malam hari.

Hampir sebulan Fariz pulang ke rumah. Katanya tempoh bertenang. Nak cari kerja lain lepas ni. Tapi tak Nampak usaha pun. Duduk depan beranda, petik gitar pagi petang siang malam. Cuma bagusnya Fariz tak liat kalau disuruh pegri ke kedai beli barang dapur. Tak payah lagi disuruh si suami berulang-alik ke kedai  dek dia yang selalu lupa memesan barang yang dah habis.

 Kadang-kadang lupa pesan garam, terpaksa si suami patah balik ke kedai membeli garam. Bila dah sampai rumah baru teringat yang kunyit hidup tak ada. Terpaksa di suruhnya si suami ke kedai semula. Terpaksa juga ditadah telinga mendengar bebelan si suami. Tapi dengan Fariz senang. Suruh ulang alik sepuluh kali pun dia sanggup. Tanpa melawan, tanpa suara tak puas hati. Kadang-kadang kirim pakai air liur saja sebab dia selalu lupa bagi duit.

Tetapi, Fariz tak pernah mengungkit. Dia tahu Fariz anak baik, tapi dia juga sudah tidak larat untuk risau kan anaknya itu. Kerja melambak kat Malaysia ni. Takkan satu pun tak sangkut? Apa payah sangat rezeki budak ni nak sampai?

Abang nya si Fauzi tu, senang je dapat kerja. Tak konvo lagi dah dapat offer kerja. 2 tahun bekerja di syarikat swasta, akhirnya berkhidmat untuk kerajaan. Memang cerah masa depan. Hurm…dan buat sekian kalinya Rosmah mengeluh.

Fariz masih tak berkutik. Setia dengan gitar Sakura nya yang dinamakan Miss Saku. Nak menjawab malas. Iyelah, jawapan yang sama. Nanti keluar saja ayat yang sama didengarnya hari-hari.
“Kau dengar tak mak cakap ni Fariz?” soal ROsmah tak puas hati. Senyap je. Dah hilang telinga agaknya budak sorang ni? Ke mulut dah kena gam?

Pantas kakinya melangkah ke arah beranda rumah. Fariz masih di situ. Termenung sambil memeluk gitarnya di tangga.  Dah macam orang tak betul anak aku ni, getus hati Rosmah.

“Mak, orang ingat nak bukak kelas mengajar gitar la. Ajak budak-budak sekolah yang minat nak main gitar kat rumah kita ni. Ok tak?” soal Fariz tiba-tiba. Dipandangnya wajah Rosmah sekilas. Mencari riak di wajah ibunya itu dalam kelam malam.

“Tak payah la Fariz. BUdak sekarang ni tak payah pergi kelas. Diorang belajar sendiri kat you tube jek. Lagi senang. Tak kena bayar, tak kena marah,” balas ibunya pantas. Terkejut  Fariz mendengar jawapan dari Rosmah.

“Isk, advance jugak mak kan?,” balas Fariz sambil tergelak perlahan.

“Alah, mak bukan tak tau. Memang la mak ni duduk kampong, tapi ni, teknologi di hujung jari. Mana tak advance,” balas Rosmah sambil meggerak-gerakkan jarinya umpama kaki sotong yang sedang berenang di depan muka Fariz. Sekali lagi Fariz tergelak. 

Sebab tu Fariz jarang main internet di rumah, dah kena conquer dengan mak dia. My  Resepi lah, Resepi saya lah, Kongsi  resepi lah, itu saja lah yang di tenungnya. Nasib baik mak tak reti shopping online. Kalau tak parah juga tu.

“ BUkan orang tak nak kerja mak. Orang buat kerja elok-elok, baik-baik, tapi tak pernah orang lain perasan. Sekali buat silap je, dah kena macam-macam. Penat la mak. Mak, kalau kita bukak kedai alat tulis kat sini agak-agak boleh maju tak? Tak ada pun jual alat tulis secara besar-besaran kat sini. CC pun tak ada kan?,” kali ini Fariz mula bersuara. Rasa ingin di sambung, namun pantas di sambut Rosmah.

“Kau tengok ramai ke budak sekolah kat sini? Diorang lagi suka cari kat luar. Sebab tu lah tak ada kedai alat tulis secara besar-besaran macam kau cakap tu kat sini. Dulu ada jugak budak-budak kampong ni nak bukak CC, modal tak ada banyak, pinjaman tak lulus. Di pomen nya computer-komputer yang sekolah tak nak, di letaknya kat kedai diorang. Adik kau si Raffi  tu cakap, memang tak larat nak tunggu. Nak tunggu komputur tu on pun dah ambil masa 5 minit, ini kan nak main game online,” bidas Rosmah lagi membuatkan Fariz terdiam.

Pergi CC nak main game online rupanya. Patutlah selalu duit habis buatbeli Mol Point budak sorang tu, fikir Fariz.

“Kak Liza dah tak nak balik ke mak?” entah kenapa dia tiba-tiba terlalu rindukan kakak sulungnya itu. Bekerja di luar Negara dan bertemu jodoh di situ. Juga dengan rakyat Malaysia. Sudah 3 orang anak di sana. Semuanya bantai speaking je bila balik rumah masa raya.

Sampai kecik hati mak dan abah sebab tak paham sangat apa cucu diorang cakap. Duduk UK dari kecil. Memanglah. Semua anak Kak Liza ada kerakyatan Malaysia. Sengaja, setiap kali mahu bersalin, Kak Liza akan pulang ke Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan warganegara.

Sebab kata Kak Liza, ‘tak kan selamanya dia nak hidup di negara orang. Dah tua nanti, boleh kayak at Negara sendiri,’. Iyalah, covert matawang kat sini memanglah kaya kot.

“Dia tak cakap pun nak balik. Dah kenapa? Rindu sangat?” soal Rosmah. Fariz senyum.

“Orang ingat nak melawat Kak Liza kat sana la.. mana tau dapat kerja kat resoren kebab kat sana potong sayur ke. Duit sana mahal tau..” usul Fariz. Tiba-tiba terlintas dalam kepala cadangan tersebut.

“Kau ambil Ijazah Potong Sayur ke masa kat u dulu?,” soalan selamba dari Rosmah.

“Haha..orang cakap je. Abah mana?,” balas Fariz. Sengaja di tukar topic.

“Tengah tengok berita. Malas mak nak join. Kejap lagi mak nak skype dengan akak kau si Liza tu. Nanti mak cakap dengan dia, kau rindu dia eh?,” 

“Ha, ye la. Kirim salam kat dia,”

“Dah, mak nak masuk. Tutup pintu tu nanti kalau kau nak masuk. Kunci sekali,”

“Iyalah,”

Dan dia bersendirian lagi.Duduk di dalam gelap merenung bulan dan bintang. Mengenang nasib diri. Kenapa la lambat sangat rezeki nak masuk ye. Nak jugak dia berkereta macam abangnya, rumah sendiri, ada asset la senang cakap. Nasib baik tak ada komitmen pada siapa-siapa.

Kalau tak kenyang ke nak makan siput babi setiap hari? Boleh pupus binatang tu  kalau macam tu.

Tak sampai 30 minit kemudian.

Rosmah muncul. Semakin menghampiri Fariz yang ralit melihat langit sambil memeluk gitar.

“Fariz, kat sana tengah tengah musim panas. BUdak-budak cuti sekolah lama. Mak bapak diorang pulak sibuk kerja. Liza Tanya, kau nak pergi sana tak jaga budak-budak tu bawak pergi jalan-jalan ala-ala baby sitter versi lelaki?,”

“Huh??”,

Rezekikah?

(nyanyi la lagu apa-apa pun untuk OST cerita karut aku kali ni)
Ada sambungan (kalau aku rajen)..dan betulkan daku andai ada silap info~

0 comments: