Friday, December 23, 2011

aku dan dia sama seperti aku dan rakan yang lain. Sama-sama mengejar mimpi. Sama-sama berlari mengejar pelangi.

Dia, habis saja belajar terus ditawarkan dengan kerja yang berkedudukan hebat dan gaji yang lumayan sedangkan aku masih lagi sibuk menghantar resume ke setiap syarikat. Tatkala aku masih lagi belum stabil dengan kehidupan baru, dia sudah mampu berkereta mewah, duduk di rumah atas nama sendiri.

Dan tatkala aku baru berjaya memiliki tayar dua sebagai satu kebanggaan, dia sudah mula meneruskan langkah baru yang lebih besar. Bekerja di luar negara yang menawarkan kehidupan yang lebih sempurna. Sedangkan aku masih lagi terkebil-kebil di sini menunggu rezeki yang belum kunjung tiba.

Aku dan dia tidak serapat mana. Bergaul atas dasar kawan kepada kawan kawan-kawan. Aku perempuan, dia lelaki. Namun setiap kali kami berbicara aku terasa dekat. Perasaan itu aneh. Aku perempuan, dan dia lelaki. Tapi kenapa aku sering menganggap dia seperti seorang kawan perempuan?

Dia langsung tak ada rupa seperti perempuan, fizikal, suara- jauh sekali. Tapi perasaan yang dia beri, umpama seorang yang sama dengan jantina dengan aku. Sama seperti apa yang aku rasa terhadap rakan perempuan lain.

Dan sebelum dia pergi, katanya, dia mahu membawa aku pergi bersama. Bukan sebagai kawan biasa. Namun sebagai seseorang yang punyai ikatan yang sah disisi dia.

...

Dia..aku tahu dia tak pernah menaruh perasaan terhadap aku. Dan aku pasti dia juga tahu aku juga begitu. Katanya atas dasar kelangsungan hidup. Dia tahu aku tak punya sesiapa, dia juga begitu. Jelasnya kita akan saling memerlukan bila di sana. Aku bantu dia, dia bantu aku. Sewaktu saling membantu itu, mungkin akan tercetus satu perasaan lain.

Aku..Hati terasa sakit yang amat. Pedih dan luka. Beginikah kisah aku. Saat itu aku menyesali perbuatan lalu. Kalau lah ku tahu realiti seperti ini, takkan aku sanggup mengorbankan tidur malamku untuk membaca novel-novel cinta sewaktu usia remaja ku dulu.

Aku terlalu terbuai dengan kisah cinta dalam watak-watak novel itu, membuatkan aku turut menginginkan putera atau bidadara dari syurga menjemput aku masuk ke alam khayalan milik kami berdua.

Alangkah bagusnya andai yang kubaca satu masa dulu hanyalah buku-buku ilmiah. Maka perasaan aku bebas dari sebarang harapan kisah cinta yang terlalu indah. Aku patut mengajar diri aku untuk menerima takdir, dari mengharapkan takdir.

Dia, lelaki yang bukan aku harapkan, punya wang dan harta, punya peribadi yang molek, namun memberikan perasaan seperti seorang rakan perempuan yang lain, adakah mungkin perlu aku ubah perasaan itu menjadi sebaliknya?

Ataupun aku harus terus berada disini, bersama masa depan yang tak pasti, mengharap pada yang tidak tentu, yang jauh lebih kurang dari dia yang menginginkan ku.

Bodohkah aku andai ingin mencari yang sebenarnya cinta, yang membuatkan hati berdebar sejuta rasa setiap kali bersama, yang mampu mengeluarkan diri aku yang lain dari diri aku sendiri setiap kali disisi, dan yang berjaya membuatkan hati berbunga-bunga walau tiada di sisi?

Bagi ibu yang terlalu risaukan anaknya yang padanya sudah lanjut usia ini, disuruhnya menyambut harapan dia. Ibu selalu persoalkan, untuk siapa harus aku tunggu lagi, sudah sampai masanya, satu peluang yang baik. Nampaknya ibu sanggup berjauhan dengan aku asalkan ada seseorang yang menjagaku.

Aku..

Aku...

Aku blurrr...

blur yang amat...tatau nak buat ending apa..

4 comments:

Nona*maNis said...

Ini betul2 ke atau ko sdg mengarang?hehe

r.o.x.e said...

sedang mengarang saje...kalo betul sure aku tengah packing barang nak g oversea..

haha...

Unknown said...

adpi ape salahnyer ko ckp ni kisah btol..law aku taw karangan td aku xhabeskan bace..jemmmm..hahhah

r.o.x.e said...

o yeah..

membaca itu amalan mulia..

tahniah!