Monday, February 15, 2010

happy pengantin baru..

 selamat pengantin baru...



Entry kali ni ditujukan khas buat sahabat baik aku masa sekolah rendah dulu, Arnizah Arbai yang melangsungkan perkahwinan dia minggu lepas..agak terkilan sebab tak dapat attend wedding dia disebabkan ada komitmen lain..terkilan sebab dia sendiri datang rumah untuk bagi kad kahwin dia, dan bila tak berjaya jumpa aku, dia siap call suruh datang..bukanya aku tak nak datang, keadaan tak mengizinkan la dear..
 
aku rapat dengan minah ni start dari darjah...errr..darjah berapa yerk??..aku pun dah tak berapa nak hengat sangat..tapi kitorang memang dah kamceng giler masa darjah 6 dulu..gi skolah sama2, balik sekolah sama2, kadang-kadang waktu cuti sekolah pun lepak sama-sama..entah amenda yang kitorang buat masa lepak sama-sama tu pun aku dah tak ingat dah..lama punya kenangan..

yang buat aku makin rapat dengan dia adalah kerana kitorang duduk seblah-menyebelah masa sekolah agama dulu..rumah pun tak jauh..so senanglah komunikasi berlaku..

so, dengan tamatnya zaman bujang dia, maka prediction kami 11 tahun  yang lepas jadi kenyataan..dulu kitorang 4 orang member kamceng..aku,ika,arnizah ngan yayang..slalulah lepak sama-sama, berangankan masa depan..cerita kat beranda rumah arnizah, sambil membayangkan apa yang akan jadi pada kitorang pada masa depan, berkongsi impian dan cita-cita dan sebagainya..

bila tiba soal jodoh, (jangan memain, bebudak darjah 6 yang tak habis upsr pun dah sibuk cerita pasal jodoh..huhu), kitorang buat giliran..siapa yang akan kahwin dulu..so selepas perbincangan hangat tamat, we come out with the decision..

orang yang pertama akan kahwin adalah arnizah, diikuti dengan ika, pastu yayang dan yang last sekali aku. aku pun tak tau kenapa aku dapat last skali..huhu..jangan tak kawin sudah...kitorang gelak-gelak masa tu..sebab tersedar, apa yang kitorang bincangkan tu adalah terlalu awal untuk kami bincangkan..

11 tahun kemudian, prediction kami menjadi kenyataan..arnizah berjaya menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati dia..lelaki sekampung juga..huhu..moga berbahagia hingga ke akhir hayat k..

alahai, masih lagi rasa bersalah sebab x datang dia kahwin..jalan-jalan kat facebook bebudak ni..so jumpa la gambar2 ni..

  
 kahwin gak lepas beberapa tahun couple..

  
 kenduri sebelah perempuan..

 
 usah ditanya, aku pun tak tau apa atas kepala dia..huhu...

apa-apa pun selamat pengantin baru buat arnizah dan omar..walaupun dia dah nampak chubby berbanding dulu dia tetap cute..takpe, chubby tanda kebahagiaan..

0 comments: