Tuesday, September 29, 2015

29 September 2015 jam 9.12 pagi.

Hari ni 29 September 2015 jam 9.12 pagi.

I should be working now. Siapkan minit mesyuarat yang sepatutnya aku siapkan berzaman dulu lagi. Tapi aku malas. Aku jadi macam ni bila banyak sangat work load. Tapi aku still happy sebab aku masih ada kerja.

Last post aku April yang lepas. Dalam masa yang sama aku cuba tulis kat blog lain. Tapi tak siapa yang boleh tandingi blog cinta pertama aku yang ini. Haha..

Overall, life ok. Everything ok. Wish list banyak yang dah berjaya cross dan banyak yang dah tambah baru. Biasalah manusia mana pernah puas. Mesti ada je benda yang tak ada nak diadakan. Kadang-kadang melebihi keperluan. Well that's me, at least.

Sekarang ni musim jerebu. Tak seronok nak main-main kat luar. Minggu lepas baru je rasa dapat pemandangan yang HD, 2 hari lepas tu datang balik angin yang bawa jerebu. Semalam diorang kata hujan lebat. Siap guruh petir semua datang. Seronok tidur time-time tu sebab diorang cuti. Aku pulak tak perasan langsung yang semalam tu hujan. Balik-balik je tengok kereta basah macam kena simbah air.

Terlepas aku satu nikmat dunia. Perasaan dalam hujan. Dulu time kat ofis lama, setiap kali hujan je bukak tingkap luas sikit. Dapat tempias hujan pun jadi la. Memang refreshing yang amat. Rindu pulak zaman lone ranger dulu. Bila dah cerita pasal cuaca ni, nampak sangat yang dah out of topic. dah tak ada idea nak tulis apa.

Mumbling. Rambling.

Sekarang dah 10.58 pagi. Bukan maksud aku taip dari tadi cuma dapat berapa perenggan je. Sebabnya, hei, aku malas nak explain. Tak ada kerja aku nak explain.

Haish, tetiba teringat rendang mak masa raya haji aritu. Nasib baik dia tak  buat banyak. Kalau tak mau makin kembang aku dibuatnya.

0 comments: