Tuesday, May 7, 2013

Entah.

Segumpal wang keras dari poket jeansnya di tarik keluar. Fokusnya pada not RM 50. 2 helai not RM 50 diasingkan. Selebihnya disumbat semula ke tempat asalnya. Wang kertas seratus ringgit itu diperkemaskan. Berlipat-lipat dan renyuk. Nampak tidak kemas.

Sehelai kertas yang dikoyak dari buku latihan dicapai. Wang tadi diletak diatas kertas tersebut dan dibalut kemas. Pada balutan kertas itu dia menulis,

"Encik Abah, tak seberapa, mungkin berguna."

Ditulisnya tarikh hari ini, 6 Mei 2013. Sehari selepas Pilihanraya Umum Malaysia ke 13. Jam didinding di kerling. 3. 50 pagi. Turut dicatat waktu itu di atas kertas yang kini bertukar menjadi sampul wang kertas itu.

Masanya sudah semakin hampir. Kakak dan adik-adiknya sudah pun bersiap. Selesai bersalaman dengan semua yang ada di rumah itu. Dia menghampiri abah yang sudah tidur semula selepas bersalaman dengan anaknya yang lain.

Dia terpanadangkan buku catatan abah yang menjadi teman bual abah. Diselitkan wang berbalut kertas itu pada muka surat hadapan yang separa lutsinar. Moga tidak hilang dan mudah dijumpai.

Abah dikejutkan, disalamnya, dan sempat dia berpesan supaya tidak menghilangkan kertas di buku catatan itu. Abah yang mamai seakan tidak mendengar. Memang separuh sedar.

2 hari kemudian.

Marah sungguh dia dengan perangai kucingnya yang semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba mesej abah masuk ke dalan telefon bimbit.

"Terima kasih. Kau bagi abah duit,"

Entah kenapa air matanya bergenang.

Entah.

Dan masih entah.

Duit mak dan abah banyak habis beli ubat yang di suggest oleh abang yang pertama. Bila dah makan ubat itu, mak enggan makan ubat hospital. Sakit mak makin menjadi-jadi. Abang pertama tak balik menjenguk selepas itu.

Dapur rumah kosong mungkin sebab itu.

Entah.

0 comments: