Monday, December 24, 2012

this is madness

This is crucial.

Aku dah giler nak menulis balik. Bukan dalam scribble, tapi dalam life. Yang aku tau scriblle itu sangat fake. Oh fake, sungguh fake. Diri yang aku cuba tonjollkan untuk orang lain tatap.

Oh, tidak. Tak mungkin aku ingin terus jadi fake seperti itu. Memang tak berjaya. Akibatnya hati aku sendiri macam terkurung dalam lingkungan tayar yang sepi. Aku pun tak pasti apa yang aku tulis ni. Atau lebih kepada taip. Tapi aku seronok melihat jari jemari aku yang gemuk ini menari-nari disisi key board.

Perasaan yang aku tak dapat masa aku menulis dalam scribble.

Life bagi aku adalah sangat jujur. Apa yang aku nak luahkan terus terluah tanpa sebarang tapisan dari mana-mana bahagian dalaman badan aku sendiri. Biar hati kata no, otak kata yes, jari ini tanpa segan silunya akan terus menari di atas papan kekunci ini.

Crucial, kerana dalam satu hari kalau boleh aku nak post berapa banyak post yang aku suka. Aku suka. Sebab aku sorang boleh baca. Aku suka. Sebab tak ada orang lain yang boleh baca unless akaun aku kena hack.

Nak kena hack pun buat apa. Bukan artis fofuler pun. Bukan ada porn pun dalam ni. So kalau kena hack pun aku takkan rasa sedih, terluka mahu pun terkilan.

Dan this is madness, sebab after this post aku nak post bedna lain pulak.

0 comments: