Saturday, January 7, 2012

finding my way back..

7 hari di tahun 2012 akhirnya aku dapat figure out apa yang aku inginkan tahun ni..

tahun 2011 adalah merupakan tahun aku tersasar jauh dari diri aku yang sebenar, yang satu masa dulu amat-amat aku cintai dan hargai..ceh, ayat paling tak boleh blah..aku mengharungi satu tahun yang tak berfikir..langsung tak berfikir tentang harapan dan impian..sepanjang masa tu aku just follow the flow dan tengok apa jadi nanti..

hasilnya aku naik 8 kilogram...wuwuwu..tragik..ini kisah hidup aku yang paling tragik sepanjang 24 tahun aku hidup..

aku pernah terfikir nak jadi lebih ladies bila sedar yang usia ni dah mencecah suku abad..tapi makin aku pikir makin sakit hati aku jadiknya..buat apa aku nak ubah-ubah diri sendiri? jadi diri sendirikan lagi bagus..apehal nak jadi orang lain semata-mata nak fit in into masyarakat..

lepas sakit hati tu, aku terfikir lagi..umur 25 tahun tak adalah muda sangat untuk aku sarung sweater ngan sliper all the time sampaikan dress code untuk g majlis kawen pun aku tak reti nak pikir apa..pakai tu tak nak, pakai ni tak nak..ko ingat ko budak lagi sampai semua apa yang ko nak pakai kena ditentukan oleh orang lain? (owh, i always ask my sistah opinion tentang apa yang perlu aku pakai, dan dia selalu suggest benda-benda yang ikut style dia dan akhirnya aku setuju sebab aku tak ada pilihan lain)..

kakak aku selalu cakap, keluarlah dari dunia hitam putih aku ni..enjoy the colors of life...yang aku pulak, apehal pulak?..sukatai aku la..life aku..apa aku nak pakai, macam mana aku nak behave pun biarla kan..style masing-masing..so?problem?

(yes..they are actually)

sampailah beberapa hari yang lepas..bila mana aku terjumpa sinar sang rembulan yang menyinar di siang hari..perasaan dingin yang nyaman..ah, apa yang aku merepek kan ni..aku tak rasa korang faham, terpulangla camane korang nak imagine sendiri perasaan tu..

perasaan di mana kau nak berusaha lebih kuat untuk diri kau dan orang-orang yang kau sayang, perasaan di mana kau teruja nak turunkan berat badan kau sebanyak 15 kilo dalam masa sebulan, perasaan nak jadi kiut dan stylo macam fatin liyana, dan macam macam lagi perasaan yang aneh-aneh datang mengajak kau berfikir panjang..

aku suspek aku jadik macam ni sebab aku rasa aku dah tua kot..tak sampai 3 bulan je lagi nak masuk 25..yet still x ada achevement yang membanggakan..orang lain dah pakai tayar 4, aku masih lagi bertayar dua..orang lain dah banyak wang dalam simpanan, aku baru terkial-kial nak start menabung..senang cakap, memang dah jauh sangat tertinggal..

aku harap sangat tahun 2012 ni memberi sinar untuk aku dalam semua aspek..aku tau kunci kejayaan aku semua itu adalah dengan mendapat kerja yang bagus, sekarang ni yang tak bagus adalah aku betul-betul underpaid..aku kena carik jalan..

dan yang last sekali, kawan-kawan, sila doakan supaya aku boleh dapat rasa bahagia macam orang lain..

mungkin dah tiba masanya untuk aku mandi bunga kot..#sarcasm on.

0 comments: