Saturday, October 1, 2011

tribute to my ex-roomates Indah Kembara 2007-2009 , USM penang..

tadi aku godeh-godeh gambar-gambar lama yang ada dalam hard disk..saja isi masa lapang since home alone tak tau nak buat apa..nak gi uptown kajang sorang-sorang adalah umpama perbuatan meminum racun tikus..so, terpaksalah lepak di rumah saja.

tiba-tiba terjumpa satu folder bertajuk 'rounding day',,ceh..tengok sehelai-sehelai gambar tu..masa tu kita semua jr mids..ada round malam so petang tu kita semua bertungkus lumus kemas bilik kita yang orang ramai kata banyak barang tu..tapi bagi aku normallah kalau orang perempuan memiliki barang yang banyak, terutamanya yang tak nak guna lagi..

sambil-sambil kita kemas bilik, shine kasut sekali, iron baju, sempat aku snap gambar usaha kita yang murni tu..kalau tak bersih kita mungkin akan mati malam tu kena taji dengan senior..dah la mereka memang kuat taji..walaupun dah biasa kena taji, tapi kita memang sentiasa beusaha untuk beri yang terbaik..

aku tak ingat apa result inspection bilik malam tu..aku pun tak mahu ingat..apa yang aku ingat bila tengok gambar  gambar tu, aku teringat friendship kita masa kita baru mula-mula masuk bilik tu jadi roomate..

honestly, aku betul-betul tak nak jadi roomate korang..sebab kita satu course..bila dah satu course kita dah terbiasa pergi balik kelas sama-sama..lepak makan sama-sama bila tunggu next kelas yang satu jam lagi nak mula..kita akan ada banyak amsa yang sama..bila training pun kita akan jumpa muka yang sama juga..

aku tak berapa gemar macam tu..bila selalu sangat jumpa kau akan jemu..kalau kau tak, aku iye..aku x boleh jumpa orang yang sama 24/7..aku akan cepat muak..ye, aku cepat bosan..aku tak tau macammana life aku kalau kahwin nanti nak menghadap muka orang yang sama sepanjang hayat..tapi itu yang aku rasa..

nak tak nak, aku terpaksa jugak satu bilik ngan korang sebab roomate to be aku masa tu xdapat bilik kat IK, nama diorang stay kat Saujana..dan kebetulan bilik korang ada satu kosong..

sejujurnya aku dah ter over excited bila aku dapat tau yang aku dengan dua budak saujana tu akan jadi roomate..sebab aku tau 2 makhluk itu adalah species yang buat hal sendiri dan tak kacau life orang lain..kerana aku dah terbiasa hidup jadi lone ranger, jadi kriteria itulah yang aku perlukan untuk terus hidup aman dan tenang tanpa kacau orang lain dan juga di kacau..

tapi, bila keadaan jadi macam tu, aku pasrah..aku duduk jugak dengan korang..surprisingly, semua yang aku fikir pada mulanya meleset sama sekali..kita sangat fun jadi roo mate..happy sentiasa,,aku jadi gembira bila ada roomate..dulu aku tak ada roomate..aku duduk sorang-sorang kat cahaya tu sampai habis satu sem yang pertama..masuk sem 2 baru ada roomate, tapi serupa tak ada roomate..

so bila aku dapat roomate yang best macam korang aku jadi happy..

walau pun happy tu tak lama sebab berlakunya banyak insiden, aku sangat-sangat appreciate suasana dan perasaan yang korang dah bagi kat aku sepanjang kita kenal..korang ajar aku supaya jangan menaruh harapan tinggi sangat pada sesuatu persahabatan, korang mengajar aku realiti kehidupan bahawa yang terindah itu hanya sementara, dan korang mengajar aku akan erti kepercayaan yang sebenar..

walaupun friendship kita tak berakhir dengan baik sebelum dan selepas grad, tapi aku harap kita boleh jadi seperti orang lain..kalau pun tak serapat dan semesra seperti dulu, harap kita bukanlah strangers bila kita jumpa lagi kelak..

this is us satu masa dulu, masa rounding day..time tengah comot, hitam dan tak cun..sekarang aku yakin korang semua dah cun balik,kurus dan bergaya..

as stated, 26 Dec  2007, 21:06..

p/s: ini entry first n last aku tentang perasaan mellow mellow dengan ex ex neh..(kot?)..