Monday, April 27, 2015

Memori umpama bubles.

09 April 2008. Death Note L: Change The World.

Aku tak tau apa yang aku fikir time tu. Yang aku tau aku nak sangat tengok movie tu. Serious.

So, aku pergi tengok. Tak peduli dengan sape pon.

Akibatnya, 7 tahun kemudian, aku terkenang-kenang. Dem otak cikgu sejarah!

Life aku terperangkap antara memori dari 2006-2009, time aku study dulu. Tahun 2014 aku cuba keluar ke realiti, sebab terlalu sakit dan takut, aku decide untuk kembali hidup macam dulu. Aku tak ingat apa yang jadi sekitar 2010-2013. 2014 aku anggap macam mimpi, semua benda yang aku lalui macam bubbles. Refuse to remember.

2015 aku budget nak jadi stronger. Tapi kebergantungan aku pada sitcom Friends untuk terus happy buat aku jadi ragu-ragu.

Macam sekarang, kalender aku stuck pada tarikh 09 April. Dalam masa yang sama aku terkenang-kenang pada orang-orang yang dah tak ada. What's wrong with me? Mana azam aku nak appreciate orang sekeliling aku tah?

Anyway, my life is not that bad, huh..

Wednesday, April 15, 2015

Entah kenapa harini, tiba-tiba aku teringat pada kawan aku yang aku rapat masa form three dulu. Kawan yang rajin balas-balas surat bawah meja, yang aku pun tak ingat apa yang kami borakkan dalam surat tu. Yang rajin bagi gula-gula time prep buat hilang ngantok. Yang rajin hadiahkan aku senyum sebab dia memang murah sungguh dengan senyuman. Yang tanpa sedar dah bagi aku satu kenangan yang menarik untuk dikenang dalam banyak-banyak kenangan yang tak berapa nak manis untuk dikenang sepanjang aku sekolah kat situ.


Setahun kami rapat, tak pernah berjumpa berborak face to face macam orang normal yang lain, cuma berinteraksi dalam surat time sekolah dan telefon time cuti sekolah kat kampung. Awal form four aku pindah sekolah, sebab tak suka dengan environment sekolah tu. Time tu ramai-ramai orang keluar pergi sekolah sains, tak pun mrsm, tak pun sekolah yang lagi hebat, aku pergi sekolah harian biasa je. Terus kitorang last contact.

Last aku contact dia time minggu suai mesra time aku study dulu. Tahun 2006 kalau tak silap. Tanya khabar, update tentang diri masing-masing dan masing-masing terus senyap lepas tu. Tak ada contact lagi.

5 tahun lepas tu, aku jumpa jelmaan dia dalam badan budak umur 4 tahun. Muka saling tak tumpah, sama. Sebijik. Perangai pun lebih kurang. Happy sentiasa. Senyum tak pernah lekang dari bibir. Setiap kali jumpa aku tak pernah fail suruh dia kiss pipi. FYI, aku paling tak suka orang cium-cium pipi nih. Even budak. Tapi bukan budak kecik itu. Biar berbekas saliva dia kat pipi lepas dia kiss tu aku still rasa teruja.

Bila aku dah dapat tempat kerja lain, aku dah tak dapat jumpa budak seiras kawan aku tu. Habis macam tu je.

Then, setahun lepas tu, aku dapat berita kawan aku tu dah tak ada. Kanser. Last stage. Dia pun dapat tahu dia sakit beberapa bulan sebelum dia pergi.

Aku go tru balik fb dia tadi. Setiap status yang dia post few months sebelum dia pergi tu adalah hint sebenarnya. Dia dah ready. Tapi dia keep it strong. Dia lawan. Dia hadapi semuanya. Dia positif.

Serius, aku rindu kat dia. Entah. Kalau aku yang tak berapa rapat dengan dia pun rasa macam ni, apatah lagi orang terdekat dia. Family dia, kawan-kawan dia, girlfriend dia..

Semoga dia tenang di sana. Harap, kat akhirat nanti aku boleh jumpa dia lagi. Nak borak-borak dengan dia. Nak cakap terima kasih kat dia sebab jadi kawan yang baik untuk aku time zaman gelap aku tu. Nak say sorry kat dia sebab tak pernah makan gula-gula yang dia bagi, instead aku simpan dalam beg sampai lembik sebab sayang nak makan. Haha..

Lagi 15 hari, kau genap 28 tahun. Happy birthday, in advance, kawan.

Al-Fatihah.


Saturday, April 26, 2014

after 8 months.

Sambil layan suara Kak Siti yang mendayu dayu, sambil telinga ni terkadang tertangkap bunyi guruh dekat luar, sambil tengah cari idea nak tulis tentang apa, sambil jeling-jeling 1.6 liter green tea tawar yang memanggil-manggil, sambil terkurung dalam ruang lingkup berwarna merah ni, sambil dengar bunyi spray perfume automatik yang baru pasang 2 hari lepas, sambil hidung terbau haruman perfume bertajuk 'air' keluaran brand Ambi Pur sambil aku tengok skrin komputer, dah pukul 3.54 petang.

8 bulan aku tinggalkan blog ni. Ada banyak benda yang berubah, banyak juga benda yang tak berubah. Aku tak kurus kurus jugak. Makin bertambah sihat adalah. Sampai kaki ni rasa mcam tak larat nak bawak badan. Bila naik tangga dah rasa mengah. Jalan jauh sikit boleh sakit lutut. Ok aku tipu. Minta dijauhkan.

It's 2014 now. dah nak masuk bulan 5 pun. Banyak benda dah jadi.

Aku masih lagi kerja kat tempat yang sama. 5 bulan lagi genap 2 tahun aku berkhidmat di sini. Sepanjang hidup aku, inilah kerja yang paling lama aku pernah bertahan. Aku suka tempat ni. Aku suka gaji aku. Aku suka orang sekeliling aku.

Hurm.. Apa yang berubah?

Tak banyak beza. Tapi semakin matang, makin pelupa, makin ignorant dan yang paling penting aku makin cinta pada diri aku sendiri.

Haha.

Makin banyak benda nak tulis makin blur nak tulis. How to start, what should I start with, etc etc etc.

Welcome back Cik Ross.

Good Luck Cik Ross in life.


Tuesday, April 22, 2014

22 April 2014.

I'm back.

Kembali selepas berpaling untuk keberapa kali entah. Scribble, Greatest Wingman, dan terbaru Queen Roxe. Tapi kesemua tu tak mampu nak tandingi LIFE aku yang satu ni. I always come back for you, 7 tahun kita bersama, banyak benda yang kita share bersama kat sini, walau banyak post yang aku dah revert to draft sebab terlalu personal untuk aku share to public.

Ini sekadar teaser. Aku nak kembali bersama dengan blog cabuk yang aku start dari zaman study aku ni. Aku nak kembali setia pada yang satu. Aku takkan berpaling pada yang lain. Aku nak publickan balik blog ni.

Bukan ada orang baca pun anyway.

Friday, August 16, 2013

Mereka kata, memori yang lama akan diganti dengan memori yang baru seiring dengan waktu berputar. Dengan itu, ciptalah memori baru sebanyak yang mungkin jika mahu menggantikannya dengan memori lama yang tidak diingini.

Tapi untuk aku, walau sebanyak mana pun memori baru yang dah tercipta, takkan mungkin dapat mengganti memori-memori lepas yang bagi aku sangat nostalgik.

Sekarang sudah tahun 2013. Tapi, selalu aku rasa yang aku masih lagi terperangkap pada waktu aku hidup antara tahun 2006-2009. Memori bukanlah perkataan yang paling tepat untuk aku gambarkan. Ia adalah perasaan yang aku rasa sepanjang 3 tahun tu. Perasaan aku jadi lone ranger, perasaan aku menjalani life sebagai student dan semi military, perasaan yag aku rasa setiap kali berseorang, perasaan nostalgik tu, .. semuanya tentang perasaan. Macam perasaan video klip.

Serius, aku tak macam mana nak elaborate perasaan tu, tapi perasaan tu tak pernah hilang. Dia macam, perasn kat dunia lain. Dunia lain. Ini lagi satu istilah yang cuma aku paham dan sangat susah nak explain pada orang lain.

Hurm... until now, aku still rasa yang mental aku masih lagi terperangkap kat suasana sepanjang 3 tahun aku study dulu.

tahun 2010, 2011, 2012 dan sekarang 2013.. aku rasa tak banyak kenangan yang aku ingat. Walaupun  banyak gila perkara yang berlaku sepanjang hampir 3 tahun yang lebih ni, still tak boleh nak dibandingkan dengan perasaan hebat kat dunia lain tu.

Aku sangat cintakan dunia dan life style aku masa tu.

Sekarang ni, setiap kali aku tetiba teringatkan saat-saat nostalgik aku dulu, mesti aku rasa macam nak kembali pada masa tu. sampaikan aku dapat rasa yang aku memang hidup tak berpijak pada realiti.

Untuk apa hidup berpijak pada realiti, sedangkan bukan realiti yang aku kejar?

Ok, otak aku dah nak rosak.