Saturday, July 8, 2017

That Human Vitamin.

Human Vitamin adalah term yang digunapakai di Korea Selatan merujuk kepada manusia yang mempunyai aura yang sangat positif, selalu gembira dan menjangkitkan kegembiraan itu kepada orang sekeliling, (Ross, 2017).

Setiap orang ada sumber human vitamin diorang yang tersendiri melainkan orang yang selalu bersedih, depress, tak ada life dan jenis yang tak reti nak create their own happines instead selalu bergantung harap pada orang lain untuk bahagia disamping tak mahu bahagiakan orang lain kerana fikirkan bahagia dia saja dan orang lain tak penting.

Wow, statement macam minta kaki di muka. Atau tujahan maki bertalu-talu.

Aku ada satu human vitamin ni. Kekerapan nak berjumpa macam 3 or 4 kali setahun. Kerja di bangunan yang sama. Tapi sebab masa dan jarak dan work load yang mengarut menjadikan kami tak ada reason pun untuk selalu bertembung mahu pun berjumpa.

Bila jumpa dengan human vitamin ni dia akan bagi kita perasaan ringan yang luar biasa. Yang boleh bertahan sampai berbulan-bulan lamanya. Nama pun ala-ala supplement kan, tak payah ambil kalau tak perlu. Kalau ada banyak-banyak pun membazir juga. So, ia adalah indah jika jumpa once in a while.

Ia adalah sangat berbeza dengan crush mahu pun perasaan yang seangkatan dengannya sebab tak melibatkan perasaan jiwa-jiwa langsung. Kalau lama tak jumpa tak akan bagi sebarang efek langsung. Tapi bila dah jumpa dah ada banyak conversation rasa maca ada bubbles atau belon besar yang terbang disekeliling kita dan bawa kita naik sampai ke awan gitu. Cenggitu sekali rasa dia.

Dah habis jumpa- dah. Habis kat situ je. Tak teringat-ingat langsung. Which is sangat la nice adanya.

So, itu saja yang nak di sharenya.

Happy good weekend to me yang terpaksa mereput kat ofis for the sake report yang tak siap lagi. Sekian.

0 comments: