Thursday, October 8, 2015

kerja sampai mati pun takkan habis- wise man.

2 hari simposium kat PWTC, 3 hari ponteng work out, sedar-sedar esok dah Jumaat, tengok atas meja dah rupa meja si genius Einstein yang cintakan kemeriahan. Time kerja melambak macam ni la baru ada mood nak kemas-kemas meja, asingkan kertas recycle bagai. Macam mana ni? Kalau buat company sendiri, perangai tak semenggah macam ni mau lingkup kampeni hang.

Hmm..

Masuk tahun ni rupanya dah 3 tahun lebih aku kerja kat tempat yang sama. Eleh baru 3 tahun nak kecoh. Lama kot 3 tahun. Tempoh paling lama pernah aku dedikasikan masa dan usaha dan tenaga aku pada satu tempat. Kalau tak memang lompat-lompat kerja saja hobi aku.

Tambah 1 tahun time aku kerja kat koperasi dulu. So dah 4 tahun lebih aku kat sini. Eleh baru 4 tahun pun nak kecoh jugak. Haha. Tapi aku suka kat sini. Serius aku suka. Dulu dalam 2 tahun aku boleh tukar kerja sebanyak 4 kali. Dan dalam sebanyak 4 kali tukar kerja tu memang banyaklah yang aku dapat dan belajar. Paling teruk, aku pernah sebelum pergi kerja kena nangis dulu sebab stress punya pasal. Sebelum tidur, jantung berdegup-degup fikir apa la yang akan jadi esok harinya kat tempat kerja. Haha. Penangan kerja contact center. Itu kenangan. Aku siap boleh gelak-gelak kalau ingat balik.

Sekarang, ye, aku tau aku kena buat kerja sekarang, kerja melambak, 2 hari tak kerja, next week melambak meeting nak handle, esok pun ada satu meeting kena handle, pastu nak follw up banyak benda, and i should be working now, tapi kemon la, sekarang dah habis ofis hour, asal dah lepas ofis hour je aku jadik lembik sikit semangat nak siapkan apa yang tergendala.

Maka aku kembali susun-susun kertas, kemas-kemas meja sambil tunggu 2 days 1 night aku siap donlut. Boleh tengok sementara tunggu adik aku abis shift kerja dia kat ioi tuh.

0 comments: