Monday, April 21, 2025

Random update.

Ok. 

Aku dah decide.

Aku nak datang kerja awal. Sampai office aku nak update blog. Aku tak mau buat kerja dulu. Pukul 9.30 baru aku akan start buat kerja betul-betul. Pukul 5.30 pm aku akan keluar dari office, masuk lab, buat kerja lab dan balik sebelum pukul 7.00 pm. Aci tak? Aci cikgu!

So apa yang aku nak update hari ni?

Aku dah start puasa. Weekend haritu puasa ganti dengan puasa 6. Bermaksud aku ada 4 hari lagi nak puasa ganti dan boleh dapat puasa 6. Khamis nanti ada Sambutan Mega Aidilfitri petang tu. Aku rasa aku nak puasa saja. Malas la nak makan.

Semangat nak kuruih ni mencanak-canak sekali. 

Aku berjaya turunkan 2 kilo dalam minggu ni. Rasa banyak tu sebab berat holiday. Masa balik kampung haritu makan macam dah tak ada hari esok. 

Aku target nak turunkan satu kilo dalam minggu ni. I don't care. 

Siapa suruh aku makan, aku akan bagi jelingan paling manja yang diorang pernah dapat sepanjang diorang hidup.

Lepas tu, gaji ni aku ingat nak minta perkhidmatan budak lab untuk urusan tukar kepala paip, lampu mentol apa semua. Minta dia quote berapa. Tak larat aih nak buka lampu henfon setiap kali nak masuk toilet.

Chest drawer pun belum sampai lagi. 

Tak zaba nya nak tengok rumah cantik.

Ehek.

0 comments: