Sunday, November 8, 2026

Me & The Naracissist Ex- Friend

Narcissist: Someone who displays a self-centered personality style marked by a deep preoccupation with themselves, an inflated sense of self-importance, and a lack of empathy for others.

Core Traits & Symptoms
People with narcissistic traits or NPD typically exhibit a combination of the following behaviors:
  • Grandiose self-importance: An exaggerated sense of superiority, achievements, or uniqueness. 
  • Excessive need for admiration: Constant demands for praise, validation, and special treatment. 
  • Lack of empathy: An inability or unwillingness to recognize or identify with the feelings, needs, or boundaries of others. 
  • Entitlement: Expecting favorable treatment or automatic compliance with their expectations without giving anything in return. 
  • Manipulation and exploitation: Using charm, blame-shifting, gaslighting, or devaluation to maintain control or protect a fragile self-image.

...


Aku start kawan dengan D ni sejak awal tahun 2014. Masa tu aku join team building fakulti aku buat. Aku pergi sebab Y ajak aku. Y ni kerja satu lab dengan D. Dalam masa yang sama Y ajak D juga. 

Masa tu aku dah kerja dalam setahun lebih dekat fakulti. Dan sesungguhnya aku tak ada kawan dekat situ. Aku rapat dengan kakak bendahari sebab office aku time tu satu aras dengan diorang, dan dalam satu office tu aku sorang je yang kerja kat dalam tu. Boleh kata super-heaven lah masa aku kerja kat situ time tu.

Surprisingly, aku terus click dengan D. Boleh sembang apa-apa topik, tak judge orang, tak bercerita pasal orang, tak banyak complaint dan yang paling best - dia jenis yang tak marah  orang. Even kalau kita lambat pun, dia relax sahaja.

Aku sangat sukakan orang yang tak cakap pasal orang lain, tak marah-marah dan soft spoken, jadi aku rasa macam, hey! Finally lepas setahun lebih aku jumpa my people.

So, bermula dari situ kami pun jadi rapat. Yang buat kitorang jadi lebih rapat ialah kitorang sama-sama suka berlari, dan main netball. Yang paling buat aku jadi rapat dengan dia adalah, dia ex ROTU (even dia drop masa second year). Yelah, being a ROTU masa zaman study is not for everyone dan aku sangat happy bila jumpa dengan orang yang pernah go tru benda-benda lasak yang menguatkan mental itu.

Maka bermulakah aktiviti baru aku selain pergi kerja dan balik kerja saja. Kitorang start lari petang-petang atau malam lepas balik kerja, lepas tu training netball sama-sama untuk join sukum dan macam-macam lagilah. Lepas tu aku join part-time dengan dia untuk uruskan satu persatuan ni, so dapatlah elaun RM300 sebulan.

Kerja dia simple je, update membership, join event as sekretariat, buat sijil penyertaan, dan macam-macam lagilah yang berkaitan. Serious aku enjoy betul dengan kesibukan hidup aku masa tu.

Tak lama lepas tu, senior lab D pencen dan D kena take over as person in charge. Aku kerja kat office dan time tu aku dah lama juga naik pangkat as manager untuk organise labs bawah unit aku ni.

Kitorang still lari sama-sama, joint event larian, tapi dah tak buat part time kerja persatuan tu. 

Bila dah tukar HOD, kerja aku jadi lebih heavy dan aku jadi lebih stress. Somehow D kena absorb stress aku, dan kadang-kadang aku kena absorb stress dia since dia dah jadi PIC lab dia. Kami makin stress dengan responsibily yang semakin membesar. Tapi, kami masih lagi boleh release the stress tu dengan lari lepas balik kerja.

Kemudian, HOD bertukar lagi, setahun aku ditempatkan dekat office lain, dan bermula tahun December 2025 aku ditempatkan di lab yang sama dengan D. Mind you, sejak aku rapat dengan D, aku memang selalu frequent ke lab tu dan tolong-tolong buat kerja lab yang bukan teknikal sebab kerja dekat lab tu memang super banyak.

So, bila aku dapat tau yang aku akan ditempatkan ke lab tu, aku rasa macam - wah bestnya. Aku sememangnya sangat suka kerja lab berbanding management, maka aku tak rasa macam kena demoted ke apa ke. Aku rasa macam aku diberi perluang untuk buat benda yang aku suka dan dibayar untuk buat benda-benda yang aku suka itu.

Then the ugly truth revealed.

10 bulan aku kerja dekat lab tu, akhirnya aku tahu siapa yang aku berkawan dengan selama ini. Friendship selama 12 tahun lebih lebur macam tu saja bila aku dah tau inside out perangai dia dan apa yang dah dia buat pada orang sekeliling dia.

Semua benda yang dia cerita pada aku, rupanya ada versi lain. Pada aku dia cerita versi dia yang memang buat aku simpati dekat dia. Sampailan aku terfikir kenapalah sampai hati orang lain ramai-ramai buat dia macam tu sorang-sorang.

D ni pula jenis yang hidup dia memang sentiasa ada dalam lab dan jarang bergaul dengan orang lab lain. Maka tidaklah dia nak share cerita dia dengan orang lain selain aku. So, nampaklah dekat sini yang macam dia tak ada orang lain selain aku dekat fakulti ni yang nak faham situasi dia, dan aku pun jadi makin kesian dekat dia.

Maka aku pun tolerate dengan dia dan perangai dia sebab aku kesian dan aku pun tau aku ni tak adalah semenggah mana pun. Perangai aku ni dan bukan semua orang boleh bertahan dengan aku. Aku pun bertahan sajalah dengan segala apa perangai dia.

To the point, aku dah tak jadi diri aku sendiri dan selalu lebihkan dia dalam apa-apa untuk pelbagai benda.

Benda ni jadi complicated sebab kitorang bermula sebagai kawan, kemudian jadi rakan sekerja, dan akhirnya jadi turning point aku bila dia dah start jadi bos aku sejak aku masuk lab tu hujung tahun lepas.

Sesungguhnya terlalu banyak red flag yang aku dah dapat detect sejak awal aku kenal dengan dia tapi aku abaikan for the sake benda-benda tu tak harmless pada aku pun. Tapi bila aku ingat-ingat balik, barulah terasa aku ni super bodoh sebab bertahan dengan orang macam ni.

Disebabkan aku tak rasa ada orang office aku tau kewujudan akaun ini dan akaun ini adalah milik aku, jadi aku yakin nak bercerita dekat sini. Kalau korang tau aku siapa, dan nak cari siapa dia, terpulanglah. Aku ambil risiko ini dengan hati yang terbuka dengan tujuan nak bagi iktibar kepada orang seperti aku yang terperangkap dengan manusia yang narsisistik.

Memang susah nak keluar dari situasi ini, tapi once dah nampak jalan keluar, jangan sia-siakan peluang itu. Support system dari orang sekeliling pun sangat-sangatlah diperlukan. Untuk situasi aku, tak susah pun nak cari support system sebab semua orang pun tak sukakan perangai D ni dan diorang selalu pelik macam mana aku boleh stay kawan dengan dia.

Sikit demi sedikit aku akan tulis dalam next post aku. Aku consider benda ni sebagai therapy untuk aku. Walaupun dah banyak telinga yang dengar tentang kisah aku ni, aku still nak tulis dekat sini sebagai rujukan masa depan aku.

So itulah. Topik ini akan ada banyak part. So itulah.


Wednesday, November 12, 2025

Siri Bercakap dengan Chat GPT: A clean, aesthetic, pastel vibe for a website

Soalan aku: What pastel color combination is good for website. look aesthetic

Jawapan:

If you want a clean, aesthetic, pastel vibe for a website, here are combinations that consistently look good and feel modern. I’ll keep it straightforward and practical so you can apply it fast.

✅ Option 1: Soft Mint + Cream + Charcoal

Mint (#C8E6D0)
Cream (#FFF8E7)
Light Sage (#DDEAD1)
Charcoal Text (#2E2E2E)
Why it works: Calm, fresh, and very clean. Great for service or professional sites.


✅ Option 2: Lavender + Soft Pink + Warm Grey

Lavender (#E6E2F6)
Soft Pink (#F7DDE2)
Warm Grey (#EFECEC)
Deep Mauve Text (#5A4E66)
Why it works: Feminine, elegant, and gentle.


✅ Option 3: Pastel Blue + Peach + White

Pastel Blue (#D8EAFE)
Peach (#FFE2D1)
White (#FFFFFF)
Slate Text (#3A3A3A)
Why it works: Friendly, welcoming, and universally pleasing.


✅ Option 4: Sage Green + Beige + Blush

Sage (#DDE8D3)
Beige (#F5EDE0)
Blush (#FADCD9)
Olive Text (#4A4A2F)
Why it works: Natural, earthy pastel look; great for wellness or admin-related pages.


Friday, October 17, 2025

Oi oi.

 Oi, seng ha la!

Bangunla dari mimpi panjang tu.

Dah dekat setahun kita tak bangun.

Ok, dah bangun. Nak p mana pastu?

Mana-mana. Asalkan bukan mimpi yang sama itu.

Jomlah menulis balik. Kita teruskan writing theraphy kita. Kita tulis apa yang kita nak tulis. Apa-apa saja.

Selalu kan kita ada banyak saja benda nak tulis tapi tak ada masa nak tulis. Sekarang kan kita ada banyak masa. Ada 2 jam sebelum kita balik. Moh la kita tulis sesuatu yang bernas.

Ok.

Rumah kaca kecil.

Itu dream house kita. Bila hujan, kita boleh nampak hujan yang jatuh ke bumbung kaca. Lantas mengalir ke dinding yang juga kaca. Betul-betul kaca ni. 

Bila panas kita tutup bumbung, kita pakai curtain yang black out.

Memang sumpahan kot. Siapa yang duduk sini akan jadi malas gila.

Penat dah aku bad mouth orang dari tadi, tapi sampai sekarang aku still rasa macam tak cukup.

Jom la tengok dari sudut negatif pula. Asyik pandang dari sudut positif je. Bila nak move on nya kalau tak tengok secara subjektif dan negatif.

Tak payah lah nak list down kan semua. Satu yang paling negatif ialah - I do look like perempuan garit. 

Does it hurt you? Yeah of course. Dah pernah jadi perempuan murah yang hegeh tapi kena reject macam tu je pun still tak nak belajar. Goblok, bak kata mak bila dia marah betul.

Aku malas ni.

Tulis pun melompat-lompat dari satu topik ke satu topik. Tengokla betapa caca marba nya otak aku sekarang ni. Rasa macam nak tidor 2 hari tak bangun-bangun.

Ingat Tuhan.

Ingat Tuhan.

Ok.

Lepas tu? Dah tenang ke?

Gelora lagi ler. Should I publish this?

Kenapa Qila tak balas-balas lagi eh wasap dalam group tu. Dia tukar nombor ke? Birthday dia kot hari ni.

Maka aku pun pm dia kat private nombor dia.

Sangka baiklah. Mana tau dia tengah vacation kat tempat yang tak ada line ke.

Mulalah otak overthink aku ni fikir yang bukan-bukan. Tapi kenapa aku tak nak call dia? Why?

Dunia sekarang ni menakutkan. Atau pun memang dari dulu pun memang menakutkan, tapi cuma tak exposed jek. Ah, malas lah.

Tadi jumpa Anny, dia tengah bercakap dalam tepong. Nampak aku ngan Darusalamah dia angkat tangan sambil wave. Aku pun balas dengan wave juga. Alahai, rindu dengan bos tak jadi aku tu. 

Tengok. 

Kalau la aku jawab dekat Dr Zu yang style yang aku suka tu adalah macam Anny, mesti dia - huh, kenapa beza sangat dengan orang yang aku suka tapi dah tak suka sekarang ni? 

Jauh beza bagai dengan langit dan bumi.

Aku kan random. Macam benda yang aku tulis kat sini buat saat ini. 

Letting go. Go Go Go.

This shall pass too.

So, relax suda.

Everything is possible - tu moto aku semalam.

Tapi hari ni, moto aku dah jahanam. Aku dah tak ada moto. Tapi aku rasa happy dapat lari pagi tadi, buat jumping jack & push up suku satu set. Macam feel rotu sangat.

Serius ngantuk.

Permisi.

Tuesday, August 26, 2025

 Konsep meletakkan kegembiraan sendiri di tangan orang lain.

Kalau letakkan kegembiraan di tangan sendiri, aku tak tau bila lagi aku boleh kecap kegembiraan. Aku ni dahlah dark and gloomy. Memang forever tak happy la.

Tapi rupanya, bila aku letak kegembiraan aku di tangan orang lain - gembira tu cuma dapat satu babak saja. Bila dah habis season tu, habis dah. Habis terus. Tak boleh nak revive semula.

Terpaksa cari hiburan lain.

Tau tak, bukan, ingat tak, dua tahun yang lepas pun hati kita pernah buat hal. Kita attracted pada something yang berbelas tahun lebih jauh dari kita - in a sense of ridiculous way. Wayyyyy ridiculous than drama satu season kita yang terjadi pada hujung tahun 2024 ni.

Weh, maksudnya memang setiap tahun, jiwa kita bound to be kacau dan entah apa-apa. Nak salahkan apa eh? Aku ke? Habis tu?

Yeah, I'm the problem. Problem yang tak ada ubat.

Sumpah kelakar weyh.

Aku ingat aku punya la innocent, kononnya last buka hati adalah sepuluh tahun yang lepas. Lepas tu acah suci sangat la jiwa tu kan. Busyett! Suci konon! Apooo la. Memalukan bila ingat semula.

So, the trouble is me, from me within. 

Baru je nak buat post acah-acah suci, hati terluka bagai. 

Tu la, pelik dari dulu. Ntah ntah sampai ke tua aku pelik macam ni.

Wait, aku dah tua dah pun. Dah terlalu tua dari jangkaan hayat hidup aku.

See, pelik kan aku?

Wednesday, August 20, 2025

Back to square one

Hello, again.

Ye, betul. 

Kita macam cuba nak gerak ke depan, tapi last-last balik ke tempat asal.

Macam tak berbaloi rasa usaha-usaha yang kita dah buat kan.

Dah tak larat nak learn the lesson yada yada semua.

So, I'm back to however I live.

Sounds boring, tapi itulah kenyataannya. Boring.

Tak tau nak heal macam mana lagi dah.

Keluar baliklah dead eye stare aku nanti.

Gitulah.

Malas dah rasa nak jadi Rosmaria ni.

Boleh tak nak jadi cendawan je.

Pokok pisang ke.

Kacak gila pula si Brian ni.