Tuesday, April 8, 2025

 Macam biasa, lepas curang dengan blog baru lain, akhirnya aku kembali menagih kasih di sini.

Haha. Perangai tak berubah dari dulu. Nothing much to update. Kalau rajin tu datang, maka banyaklah entry yang akan wujud lepas ni. Kalau tak ada tu, maka faham-faham sajalah. Sesungguhnya terlalu banyak platform media sosial yang menggoda aku dan buatkan aku jadi malas nak menulis.

Dah bertahun-tahun kata nak menulis, blog yang simple macam ni pun tak berupdate. Maka terpaksalah aku kubur kan cita-cita aku nak publish buku. Setakat boleh jadi pencatat minit mesyuarat je lah aku ni akhirnya.

Semalam ke kelmarin, aku jumpa dengan Qila. Hari Jumaat lepas kerja tu dia datang office aku, naik kereta baru dia pergi cari makan dekak IOI Mall. Kesian ibu mengandung tu tak sempat lunch, dia tanya mana nak dapat kerang bakar. Aku pun blur jadinya sebab setahu aku kerang bakar biasanya aku temui masa bulan puasa dekat Suraya Tom Yam je.

Kisah sebenarnya dia sebenarnya datang nak bagi bakul yang aku beli dengan dia beberapa bulan yang lepas. Dia nak belikan bakul untuk mak dia, aku pun join beli bakul sekali. Lepas beli bakul kitorang lepak Starbucks dekat Conezion. Lepak sampai pukul 12 malam lebih. Time tu lah aku baru tahu yang Starbucks beroperasi 24 jam untuk setiap hari.

- Macam biasa, entri tergantung. Tapi nak publish juga. LOL.

0 comments: