Monday, November 30, 2009

berundur atau terus kan??


so, sesapa boleh tolong saya??


7-12 dec ni ada kawat untuk perbarisan kat kem plkn kat seberang..penang..aku pn xsure apa tajuk perbarisan tu..yang penting dia require 100 orang untuk psstldm...

soalannye..patut kah aku join??..iye..memang nama dah submit segala jadah semua tu..tapi mengenangkan yang simpanan semakin berkurangan, life expense yang tinggi dan xde pendapatan tetap buat aku fikir 4-5 kali untuk teruskan niat murni aku tu..

hurm..

perlukah aku berundur sebelum berjuang..takutkah aku hidup susah sepanjang di sana kelak???..agak2 apa yang perlu aku buat..tunggu elaun masuk baru nak bergerak???..or redah jek??

sebab selagi aku kat rumah ni hati tak tenang..lagi2 bila dengar bisikan parents aku yang senantiasa dapat aku dengar..cerita tentang kejayaan anak2 jiran mereka..yang kata- tak masuk universiti pun boleh dapat kerja...

ya- sesungguhnya aku memang memilih kerja..sebab aku dah lalui sendiri penderitaan bekerja pekerjaan yang tak disukai..hati sakit,jiwa tak tenteram...

TUHAN - tunjukkan ku jalan...

real world vs drama

memang terkena batang hidung sendiri..how the cruel real world act..

petang sabtu yang lepas entah kenapa tak tahu jari ni tertekan remote tukar tv ke channel tv3..masa tu tengah cerita hindustan..aku bukan lah jenis orang yang layan cerita hindustan..tapi sebab adegan comel 2 orang pelokon dalam lif tu buat aku terstuck kejap kat channel tu..

adegan tu berlaku bila dua sahabat baik ni nak keluar dari lif..yang sorang ni usher yang lagi sorang suh kuar sulu..yang kawan ni pun buat benda yang sama..last-last pintu lif nak tertutup balik dan diorang serentak keluar dari lif tu bersam-sam..rasa comel, aku pun tengok kejap cerita tu..

cerita tu mengisahkan sorang lelaki ni yang masih lagi menganggur sebaik saja tamat belajar..member-member dia yang belajar sama-sama dulu semua dah dapat kerja yang bagus while dia masih ke hulu-kehilir carik kerja...sedang kan dulu dia dalah seorang pelajar terbaik masa dia belajar dulu..

tapi nyata rezeki tak menyebelahi dia..real world memang kejam..dulu member2 dia yang len result slalu bawah dari dia pun dapat kerja yang hebat yang mana dia rasa dia lebih layak untuk memegang jawatan tu berbanding kawan dia tu..tapi disebabkan kawan dia ada kontek ngan orang kat kompeni tu senang-senang je dia boleh kerja kat situ..

pastu je ,main tuka2 channel... terus xingat nak tengok apa ending dia..

hurm...itu je la yang aku dapat rasakan persamaan antara aku dengan watak utama tu dengan life aku sekarang ni..perkara yang sama berlaku kat mana-mana jek..so aku kena adapt ngan semua benda ni..kena expect lebih la..haha..gelak plak..

Sunday, November 29, 2009

wangg...

does money really matter?



bagi aku, wang adalah keperluan hidup yang berupaya untuk mengadakan keperluan asas manusia untuk terus hidup iaitu- makanan, pakaian dan tempat tinggal..

kekadang aku rasa jeles yang teramat pada orang zaman dulu kala yang bejaya menyediakan 3 perkara asas tersebut untuk hidup tanpa mengeluarkan waima  sen wang pun..tapi bila pikir-pikir balik, nak tinggal dalam gua dan pakai fashion style tarzan, aku rasa perasaan jeles tu macam tak berasas la pulak..

ok..what about- orang zaman dulu kala yang brjaya sediaka keperluan asas tu tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang super duper hebat macam yang dialami zaman sekarang ni..nilai mata wang yang rendah..pakaian pun tak payah la nak berpesen sangat, asal boleh tutup apa yang patut ditutup pun dah cukup..tempat tinggal- asal selesa..makan- makan aku tak kisah sangat pasal makan pun..kalau tak makan pun tak apa..haha..(pemikiran orang aneroxia tapi berbadan besar)..

tapi..itu mungkin boleh achieve kalau kita hidup zaman dulu..sekarang kena ikut cara sekarang..ikut arus zaman bak kata orang zaman sekarang..kalau kita tak nak ikut pun, kena ikut jugak..kalau tak alamat terkebelakang sangat lah kita...orang apa peduli dengan kita..kalau bukan kita yang nak majukan diri kita sendiri, siapa lagi..betul tak..

so?

money is important..sapa kata duit tak penting..persoalannya, keinginan atau keperluan?..wang lah yang akan jadi base untuk kita tentukan segalanya..makin kaya kau,makin banyaklah keinginan kau..kalau kau tak kaya mana sekadar untuk mengisi keperluan kau itu pun dah kira ok..macam mana pulak kalau golongan orang yang tertinggal jauh?..nak isi perut pun tak lepas, apatah lagi nak pikir pasal keinginan..makanya mereka hidup dalam kehidupan yang tanpa keinginan kah???

contoh nye macam encik robert (bukan nama sebenar) ni la..dulu gaji dia dalam rm1500 jek..tolak bayar kereta,bagi kat parents,sewa rumah,duit makan,minyak,tol,segala jadah semua tu boleh la dia bernafas hingga hujung bulan dan tunggu gaji bulan berikutnya masuk untuk teruskan hidup...bila naik pangkat dapat pulak gaji rm3000..benda yang sama ditolak..yang peliknya benda yang sama berlaku..hujung bulan tunggu gaji masuk untuk teruskan hidup dengan balance yang sama...

bila naik gaji lagi contohnya dapat rm10000 sebulan..still, dia rasa wang gaji dia masih tak cukup..perasaan dia sama macam masa mula-mula dia dapat first gaji dia dulu...patutke kita sedarkan encik robert kita ni yang sememangnya wang memang tak pernah cukup??..makin banyak wang kita dapat, makin besar keinginan kita..macam ada satu cerita yang nak aku share kat next post aku karang..

yang puan maslina (bukan nama sebenar) ni lain pulak cerita dia..10 tahun kerja kat tempat yang sama..gaji yang naik dalam 100 setiap 2 tahun..dengan gaji tu la dia hidup  sepanjang bulan..adakah bermaksud puan maslina ni cepat berpuas hati dengan life dia di mana dia tak punya banyak keinginan seperti encik robert diatas yang sentiasa rasa tak cukup dengan wang gaji dia walaupun gaji dia semakin bertambah?/?

hurm..yang mana satu aku???..yang mana satu kau???boleh fikir??

tapi aku boleh agak yang puan maslina ni akan jadi macam encik robert ni jugak kalau gaji dia pun bnyak..kau pun kan?..aku pun macam tu aku rasa..bila duit sikit,elok je kita budget..ngam2..lebih sikit lebih tinggi la maintenance kita..jadik kat banyak orang kan benda ni..so no point la aku nak bebel pasal benda ni sebenarnya..hurm...




                       

aidiladha..



slamat hari raye haji pada semua yang menyambut dan bakal menyambutnya..

gambar tu aku google dan itu adalah first gambar yang keluar..terus save dan upload ke post ni..malas mau cari gambar jauh2..kan..

raya haji kali ni aku berjaya mengadakan diri kat rumah seperti yang di janjikan..walaupun kakak sulung aku xde kat rumah and abang aku yang first tak ada kat rumah- still- raya is still raya..

raya kali ni memang luar biasa dari raya2 sebelum ni..jap..raya tahun lepas aku tak ada sebab training kat lumut..ok2..back to story..raya tahun ni a lil bit different yang boleh dilihat pada mata kasar dan juga pada mata hati..

banyak drama...

drama swasta..kekeluargaan..blablabla..apa yang buat aku seronok?..tentulah adik beradik aku..kami berempat dan abang-aku-yang-dah-tak-patut-join-kitorang-kalau-diukur-dari-segi-usia-tapi-ngam-satu-kepala....yang lain??..parents??..abang dan kakak ku yang first tu??..ya..itu lah drama,yang bakal diceritakan dalam post yang lain..

huhu..

ape2hal pon..slamat ari raya aji..pada sapa yang tak balik sebab kerja atau study atau training- korang rugi satu hari yang mulia untuk di celebrate bersama femly..pada yang tak mau balik- korang sangat rugi..pada yang sedang menunaikan haji- selamat mengerjakan haji dan selamat pulang ke tanah air..moga2 dapat haji yang mabrur hendaknya...

type off..


Tuesday, November 24, 2009

pak cik tua yang tegar...


Warga tua teras masyarakat..lalala..which mean aku pun xbrp nk ingat lirik dia....

Tetibe nak tulis entry pasal warga tua..kenapa dengan warga tua?..seperti yang kita tahu kita kenalah hormatkan orang yang lebih tua dari kita..kenapa?..satu sebab dah jadi budaya kita kat negara ni...aku pun tak berapa nak reti sangat untuk eloborate panjang lebar kenapa kita kena hormat orang tua ni..cumanye cuba bayangkan kalau orang buat kurang ajar kat parents kita...nampak tak elok kan..

so..tetiba tergerak hati ni nak tulis pasal warga tua ni adalah disebabkan aktiviti kat kedai makan tadi..dari awal aku sampai kat kedai makan tu lagi aku dah perhatikan gerak geri sorang pak cik tua ni..tak adalah tua sangat tapi nak dikategorikan sebagai muda tu adalah tak mungkin la..

umur dia dalam lingkungan 50-an maybe awal 60-an..aku ni memang teruk sikit dalam meramal usia orang ni..tapi kalau terpandangkan dia memang terdetik rasa kesian la dalam hati..tak tipu..aku perhati je aktiviti dia..lepas angkat pinggan mangkuk dan cawan bawak pergi belakang kedai, dia pergi lap meja pulak..bila nampak orang datang dan duduk kat meja kosong, cepat-cepat dia ambil kertas dan pen untuk ambil order customer...

lepas tu cepat-cepat dia hantar order tu kat dapur tmpat memasak..bila dah siap order dia angkat segala macam makanan dan minuman dan hantar kepada customer dia..bila dah sampai turn kitorang untuk order, dia pun cepat-cepat datang ke arah kitorang..terbongkok-bongkok dia masa nak tulis order kitorang..nak tulis pun ambil masa yang agak lama untuk diingati singkatan minuman yang kitorang pesan...

bila salah tulis dia garis pada perkataan yang salah tu banyak kali..seakan-akan nak biar peerkataan yang salah itu hilang sama sekali..aku cuma perhati..dan bila order kitorang siap, dia pun ambil dulang berisi air dan bawak ke arah tempat kitorang duduk..dalam pada dia berjalan bawa dulang tu tangan dia shaken..air dalam cawan tumpah-tumpah sedikit seiring dengan dia berjalan..

dengan bantuan kawan-kawan aku yang lain dia cuma perlu menyuakan dulang dan membiarkan bebudak ni ambil minuman tu sendiri..kosong saja dulang, terus dia kembali buat kerja lain..ada saja yang dibuatnya..lap meja..betulkan kerusi..kebetulan masa tu baru lepas hujan..makin rancak tangannya mengelap meja dan kerusi yang basah..

aku cuma perhati..tak ada rasa bosan..kenapa ye..soalan pertama yang aku fikir- kenapa dia masih nak bkeja dalam usia yang sepatutnya dia tengah sedap berehat kat rumah..tak pun tengah seronok layan anak cucu..tak pun tengah lepak depan tv dengar bertia atas kerusi malas...

kenapa?..adakah dia terpaksa bergantung hidup mencari rezeki kat kerja tu atau pun memang dah hobi dia bekerja..ada sesetengah orang tua ni dia memang tak boleh duduk diam..ada je kerja yang nak dibuatnya..tapi kalau tengok keadaan dia, kesian pun ada..kesian melebihi segala-ganya,,kesian tengok dia bersusah payah buat itu ini..

ntahlah..mungkin dia suka..siapa tahu..atau mungkin dia juga rasa sakit sebab terpaksa bekerja sampai kehujung usia demi sesuap nasi..tak adalah aku ni seorang peramal yang hebat..tapi, kesian sangat tengok dia..dahlah kurus je pak cik tu..buat kerja pun larat tak larat jek..

bila dah tengok pak cik tu, maka teringatlah aku orang tua kat rumah..terbayang kalau diorang ada kat tempat pak cik tua tu..aduhai sedihnya hati..harap mak ngan abah tu heppy la hendaknya berada di tempat mereka berada..walau tak adalah mewah mana, asalkan dorang dah tak payah membanting tulang, memerah keringat untuk menari sesuap nasi sudah...

jadinya- pakcik tua tersebut dah menginsafkan aku sekejap..betapa tegarnya dia bekerja untuk mendapatkan wang...jadi jangan pernah menyesal untuk cari kerja untuk memperbaiki hidup supaya bila dah tua nanti tak payah bersusah paya bekerja lagi...

tq pakcik..