Showing posts with label merapu2~. Show all posts
Showing posts with label merapu2~. Show all posts

Thursday, April 19, 2018

hallo..

this is my first post..
hope can enjoy it welll...
nothing much to say right now but i really do feel excited about this blog...
see u next time...

Saturday, December 26, 2009

timing is now~

yang betul adalah the time is now..
i know, i know..

vacationku di rumah sudah hampir sebulan..sudah semakin tamat ke penghujungnya..itu janji aku pada diri aku sebelum aku decide nak duduk lepak-lepak di rumah ini..dalam tak ada tempat untuk merempat dan tak ada kerja, aku tetap kena tinggalkan rumah ini juga..berpegang pada janji kan?

akak aku pun dah semakin sebok tanya bila nak turun kl..nak datang tak interview kerja semua tu..nampaknya tak lama lagi akau bakal jadi warga kl lagi..ada rezeki lebih nak jugak aku jadi warga sabah sarawak..lagi best kalau dapat kerja kat luar negara..tengok negara orang..rasai hidup di tempat 4 musin..huhu..aku ada impian rupanya..haha..

so, sebelum blog aku menjadi sepi kelak, jangan termuntah tengok entry yang bakal aku tulis nanti..banyak sangat ke apa ke..haha..yang penting aku kena start ucap selamat tinggal kat kehidupan yang tenang di rumah bersama pc ku ini..





   
so..dont miss me kay..

Tuesday, December 22, 2009

-----

"lecturer bio garang tak?"
......

"bukan main team ke?"
........

"tak pe, main je,"
........

"tangan ko tak lurus masa baling. bola jadi belok,"
......

strike!! (tepuk tangan gembira sambil tersenyum riang..bangga?..iye jugak..kot..)

"bola ni tak rata..ko baling ok dah,"
......

"beres,!" acting ldod

"thanx," (for wish birthday nya)
....

hurm..tetiba ingat kat dialog tersebut..nasib baik sikit since conversation antara kami memang tak banyak..kalau banyak mesti aku tak betul sorang2 kan..huhu..
xpe la..dari ingat benda yang tak bes, lagi baik ingat benda yang menarik kan?..

dan setiap kali aku ingat dialog beserta ekspresinya tu aku akan rasa warm..rasa seperti berada di tempat kejadian..fresh and warm..even x ada photo atau video yang di record masa tempat kejadian, it's already captured in my mind..the tone, the smile, the reaction, the words afterward- and those feeling..ahah..terjiwang pulak..

haha, anyway thanx for the memory (even though i know you will never read this~..kan? ..)

Monday, December 21, 2009

mimpi~

malam tadi, tengok kat status facebook aina dia cakap dia mimpi best jalan-jalan kat bulan dan mimpi dia terganggu sebab bunyi ym..aku baca dengat fikiran yang kosong..tak ada fikir apa-apa..yelah, things happen..

then, esok paginya aku pun terbangun, tanpa sebarang gangguan tapi bersama satu mimpi best..yang mana aku masih ingat sampai sekarang..hurm..if only mimpi tu bleyh jadi realiti..haish..

apa mimpi aku?..mestilah mimpi benda yang indah..dalam bas pun jadilah..jangan pikir yang bukan-bukan..budak 2 tahun pun boleh tengok cerita mimpi aku ni kalau ia boleh jadi kat realiti..huhu..

Sunday, December 20, 2009

suatu masa dahulu..


lokasi: L11 101
tarikh: 08 februari 2008
masa: 12:46 tengah hari
aktiviti: memasak dalam bilik menggunakan alatan canggih
alatan: mess tin, kettle,lighter, lilin untuk membakar,tin sardin, surat khabar (sebagai pengalas), sudu dan garfu
bahan-bahan: megi,dan air

disebalik cerita..

haha..(gelak tu wajib)..aku tak sure la pulak ada ke tidak orang pernah buat benda macam ni kat blok..tapi hari tu memang teringin sangat mahu makan megi yang dimasak direcly in contact with fire..asyik rendam dengan air panas je, tekak ni pun dah tak beapa nak lalu sangat..nak turun kafe malasnya bukan main..malas nak tukar baju punya pasal..

disebabkan masa tu baru lepas balik camping, banyaklah baki lilin askar yang dibekalkan yang tak habis..nak dibuang terasa sayang, nak disimpan tak tahu pulak nak diguna untuk apa..bau lilin ni pun boleh tahan jugak 'aroma terapinya'..haish..maka timbullah satu idea yang ternyata bernas..

nasib baik juge bilik kitorang tu bangunan lama..tak ada fire detector..kalau tak plan langsung tak jalan..pada junior-junior diluar sana- aku tau korang dah canggih skarang..apa barang mess tin..rice cooker kan ada..betul tak?..(especially for those yang selalu buat kenduri dalam bilik masak segala bagai guna rice cooker)..haha..

biarlah gambar yang bercerita..err tentunya bersama tukang pencerita yang merapu dibawah setiap gambar tu ye..huhu...


 
macam biasa, tambah air pada megi yang sedang dijerang atas api..kaedah kitorang kali ni  guna air panas yang di masak menggunakan kettle..biar cepat proses..

 
aha..ni part kelakar..sebab dapur besi dia tu dah dibuang, terpaksa la kitorang jadi kretif terlebey..tin sardin yang dilubang-lubangkan di jadikan tempat untuk lilin tersebut dibakar..suksess dengan sekali percubaan..memula ingat nak pakai tin biskut..satu hal pulak nak menebuk lubang karang..

 
akhir sekali tunggu dia masak..godeh2 dengan sudu..bila dah terasa kekenyalannya (yang mana takkan berlaku pada megi yang direndam), bolehlah diangkat dan dibedal bersama-sama partner in crime..masa tu masing-masing pun pikir- kalau ada telur ni lagi sodap neh..

tak sempat nak ambil gambar hasil sebab sedar-sedar je dah habis..perut lapar punya pasal..

p/s: buat kengkawan yang ada masa aktiviti yang dijalankan ni (ida,ecah n myself) -thanx for the memories..lalala~

Saturday, December 19, 2009

unsung hero..

masa sekolah dulu, teacher english aku (dah lupa nama- sorry teacher) suruh buat karangan bertajukkan unsung hero diri masing-masing..masa tu memang langsung tak faham apa maksud perkataan unsung hero tu..tapi dari segi kefahaman aku hingga ke hari ni, unsung hero  adalah seseorang yang kita look up..some one yang sangat memberi pengaruh pada kita tak kiralah sama ada kejayaan dia, atau kekredibilitian dia..dan macam-macam lagi..

search dari satu website ni dia bagi definisi unsung hero adalah :-

a person who makes a substantive yet unrecognized contribution; a person whose bravery is unknown or unacknowledged

masa mula-mula tu memanglah pening nak tentukan siapa unsung hero diri sendiri..masa tu sekolah rendah ke sekolah menengah ye? tak ingat..lama sangat..jadi akhirnya aku decide untuk jadikan abah sebagai unsung hero..dia lelaki hebat..dan aku tahu mak beruntung sebab dapat dia sebagai teman sehidup didunia ni..dan sampai bila-bila abah akan jadi unsung hero aku..


dan tatkala usia aku dah menjengah ke penghujung 22 tahun ni (lagi 3 bulan nak cecah 23), aku mula tercari-cari unsung hero aku yang baru..bukanlah bermaksud unsung hero aku yang lama sudah expired..tak..dia takkan pernah expired dari menjadi hero aku hingga ke akhirnya..tapi kali ni, aku mahukan hero yang baru..hero yang bakal menjadi watak utama dalam cerita kisah hidup aku selepas ni..

'dulu masa belajar tak nak cari..dah habis belajar baru nak cari..susah nak cari lelaki yang bagus kalau dah sampai usia macam ni..'

oh, jangan salah faham..aku bukan mahu cari lelaki untuk jadi teman hidup kelak..atau yang seangkatan dengannya..aku mahukan seseorang yang menjadi sumber inspirasi aku dalam perkara yang akan dan sedang aku lakukan..seseorang yang aku boleh look up atas segala pencapaiannya dan seseorang yang boleh aku follow up segala aktiviti dia..yang mana akhirnya akan jadi sumber inspirasi aku..

mungkin rolenya sama seperti idola..yup..mungkin..ya~..dan aku akhirnya telah jumpai hero ku itu..dia cintakan internet, dia hebat menulis dan dia tahu tentang gajet..itu sudah cukup untuk buat aku kagum terhadap seseorang..haha..aku yang simple..

dan kawan-kawan, kami tak kenal each other ya..cuma aku yang mengkagumi dia dari jauh..dia takkan kenal aku dan begitu juga aku..macam perasaan fan dengan artis yang diminatinya..hehe..

p/s:teruk sangat ke rapuan aku malam ni..??

Wednesday, December 16, 2009

google~

Korang pernah tak pergi kat google search pastu type nama korang sendiri?

selain dari facebook profile aku, aku jumpa ni:-

Rosmaria Lyrics by A. Halim



Dengar...
Rentak rindu alunan kekasih hati
Memanggil menyeru oh namamu
Tiada tertanggung rindu pada dirimu
Dengar...
Sayup-sayup ku dengar merdunya suara
Menghilang kan sunyi dalam kalbu
Penawar di jiwa pabila ku berduka
Rosmaria...
Kembali segera kekasihku
Biar ku belai jemari nan halus lembut
Agar terubat resahku

Oh rosmaria...
Kembali segera kekasihku
Terlalu lama aku menanti
Pulang segera oh kekasihku
Damaikan jiwaku
Bila...
Mata bertentang mata debar ku rasa
Lidah ku kelu oleh suaramu
Indahnya memori bagai hanya semalam
Manis...
Senyuman kau ukir nan penuh bermakna
Lafaz barismu tersusun indah
Segala kenangan menjadi lambang cinta
Oh Rosmaria... oh Rosmaria...

sekarang satu hal pulak nak cari mp3 lagu ni..mestilah nak tau bagaimana melodi lagu yang bertajuk indah ni..hehe..

sampah

jari aku menggatal mau menulis lagi..hati ni berbuku..banyak yang terpendam..rasa seperti mahu bercerita..tapi hati ni macam melarang..iyelah, tak elok cerita keaiban orang lain..tapi hati aku memang sakit sebab sorang hamba allah ni..oh ye, aku memang mendidik jari jemari ni dari menaip sebarang kata carutan atau makian yang tak sedap untuk aku baca diakhir tulisan aku nanti..so, walau pun ayat aku mungkin nampak macam biasa, sesungguhnya hati aku sekarang rasa macam nak meletup kerana mengalami pembengkakan perasaan yang hebat..

aku tak faham macam mana seseorang manusia tu boleh tegar untuk hidup senang lenang atas penderitaan orang lain..dia ambil benefit dari orang yang dekat dengan dia dan tinggal kan orang tu dalam kesusahan..macam mana dia boleh bermuka tembok meminjam wang dari orang  tanpa memulangkannya kembali..

aku juga tak faham macammana seseorang manusia boleh hidup dengan tenang setelah menjadikan hak milik orang lain sebagai hak mutlak dia tanpa pengetahuan pemilik asal barang tu..macam mana dia boleh pinjam separuh dari KWSP orang lain demi untuk dia memiliki harta untuk kegunaannya sendiri walaupun pada hakikatnya dia memang tak akan memulangkan kembali wang yang di pinjam tersebut..

cuba memahami macam mana dia boleh selamba guna transport orang lain dan lenjan minyak motor orang tu sampai dekat separuh tapi bila orang mahu guna transport dia terus tak jadi sebab langsung tak ada fuel dalam transport dia tu..dan lebih teruk dia suruh orang lain untuk take risk pergi isikan fuel untuk dia guna transport dia yang terngah kering tu..

masih lagi cuba untuk memahami, macam mana dia boleh ada keyakinan nak buat pinjaman bank dengan gaji dia yang tak seberapa itu dan hingga ke akhirnya aku masih tak mengerti macam mana orang macam tu boleh bertahan hidup kat muka bumi ni...

minta maaflah sesiapa yang terasa kerana mungkin ada perkara yang di atas ada anda lakukan..tapi aku cuma berharap, satu je yang aku harapkan..semoga dia dapat rasa balik apa yang orang sekeliling dia rasa atas perbuatan dia selama ni..

orang macam kau adalah sampah..raja segala sampah..dalam hati aku~

Tuesday, December 15, 2009

contest









 

masa tengah buat lab..


iye..saya yang banyak masa ni tengah join satu contest black and white..letak 1 gambar black and white..tu jek?.ye tu jek..pastu link kat link kat atas tu..(aku memang maleh nak menulis pon skang..kalau tak paham just klick je gambar contest kat atas tu)..

adios~

WHITE COLLAR
To Solve The Hardest Crimes, Hire The Smartest Criminal




Neal Caffrey is a con-man who was captured after a three-year game of cat-and-mouse. With four months left after serving a four-year sentence, he escapes from a maximum security federal prison to find his girlfriend. Peter Burke, the FBI agent who captured Caffrey, catches him again. This time, Caffrey gives Burke information about evidence in another case; however, this information comes with a price: Burke must have a meeting with Caffrey. At this meeting, Caffrey proposes a deal: he will help Burke catch other criminals as part of a work-release program. Burke agrees, after some hesitation. Within a day of being released from prison, Caffrey already lives in one of the most expensive houses in Manhattan, after convincing an elderly widow to rent him her guest room. After catching the elusive Dutchman, Caffrey has proven to Burke that he will help him, and that he won't try to escape again. However at the same time, Caffrey is still looking for his girlfriend, whom he believes is in trouble.

sumber saya: syok.org

kenapa aku beriye nak promote cerita ni?

  1. tajuk dia je dah buat aku tertanya-tanya..white collar? apa itu white collar? cerita pasal kolar baju yang berwarna putih ke?
  2. bila tengok tagline dia - 'to solve the hardest crime, hire the smartest criminal'..tag line pun dah gempak..mestilah nak tau tagline tu sekadar sembang kosong je atau betul-betul best cerita ni?
  3. tengok mata orang kat poster kat atas ni je dah la..seakan melambai-lambai aku untuk menonton hasil lakonan dia..tiger eye bak kata penjaga rumah tumpangan tu..
  4. cerita dia memang best..masa dia larikan diri dari penjara tu memang michael scoldfield pun kalah la..lari dari penjara lalu pintu depan, siapa yang boleh buat? scoldfield pun x boleh buat ye..hehe..
  5. sebab dalam cerita ni ada masuk sikit-sikit kes penyiasatan yang libat kan FBI (cam xfile, without a trace, etc), buat aku excited lebey la untuk menonton..

hasilnya -baru episod satu aku tengok..and as expected cerita ni bejaya mencuri kalbuku..aku percaya kau yang suka menonton english series pun akan tertarik kat cerita ni..even merlin pun kau boleh tengok, mesti kau akan tengok ini..(sebab aku tak tengok merlin)..hehe..jom ramai-ramai tengok~

Monday, December 14, 2009

selipar~


selipar


time godeh-godeh gambar tadi tiba-tiba terjumpa gambar selipar ni..gambar ni memang sengaja di ambil untuk tujuan diupload kat blog aku satu masa dulu..tapi memandangkan masa yang sangat sikit dan kerja yang banyak nak buat, maka terus lupa..apa istimewanya selipar ni dari selipar-selipar yang lain sampai dia boleh masuk kat post ni?..jawapannya simple- sebab ni selipar orang bagi..free..

ada kisah disebalik selipar ni sebenarnya..

pemilik sebenar selipar ni adalah anak aku yang berkaki gajah saiznya..bila tak ada selipar susahlah nak pergi toilet semua tu..masa tu kitorang kat kd sementara nak pergi tauliah kat utm..dia pun kirimlah selipar kat orang yang keluar..pulak tu tengah ramai-ramai kirim barang maka kenalah buat list..masalahnya dia main kirim je lepas tu tak bagi saiz..sekali dapat je saiz kecik..nak sarung pun tak muat..punyalah kecewa hati dia..

mengenangkan aku ada kat situ, dia terus bagi aku..aku dengan malu-malu kucingnya tanya lagi,'betul ke ni?' entah berapa kali aku ulang..satu- sebab masa tu ada orang lain jugak yang nak selipar tu, tapi dia insist nak bagi kat aku jugak..2- aku dah ada dua selipar masa tu..

jadi untuk tak nak mengecikkan hati mana-mana pihak, aku dengan senyum gembira palsunya berterima kasih kat dia..tapi akhirnya selipar tu sangat berguna bila dua-dua selipar yang aku ada masa tu hilang kena rembat dengan manusia berkaki busuk yang tak bawak selipar masa tu..

by the way, hari ni birthday anak aku tu..tapi aku tak ada nombor dia..terpaksa selak facebook sebab rasanya itu je cara terbaik nak wish birthday dia..nak wish dia kat sini bukannya dia baca pun post aku ni..anyway,anakku-selamat birthday yang ke 22..kau tetap anak aku selagi kau nak ajdi anak aku..huhu..

 p/s- pelik tak umur anak aku sama dengan umur aku?

merapu lagi..

'ko nak jadi mt jusco x?'

dan buat kesekian kalinya akak aku tanya soalan yang sama, sama seperti soalan beberapa bulan yang lepas..kali ni aku macam teragak-agak nak jawab..kalau dulu aku cepat-cepat je cakap tak nak sambil geleng kepala laju-laju..

agak-agak kenapa?

rupa-rupanya aku dah sampai tahap desperate nak bekerja..segala jenis kerja pun aku rasa macam ok je kot..cuba try nak buat..aku kan muda lagi..selagi terlarat buat ajelah apa yang mampu dibuat..lagipun teringat abah cakap hari tu, 'nanti bila dah kerja, kumpul duit sikit-sikit..hantar mak pergi haji. abah tak apa, boleh tunggu..mak kau teringin sangat nak pergi,'..aku pun masa tu, iyalah..tak silap aku masa tu baru seminggu lebih aku duduk rumah lepas baru balik dari penang..

buat masa ni mak ngan abah tak bising lagi suruh cari kerja semua..cuma kadang-kadang ada la dia bagi hint sikit-sikit..'kalau kau dah kerja nanti senang..'..

abah selalu mengeluh sebab transport tak ada nak keluar masuk.nak harap kan abang aku sorang tu- dia pun busy kerja walaupun duduk menetap sekali kat sini..so setiap kali akak aku balik dialah yang jadi mangsa..ayik kena tanya je bila nak ambil kereta since dah dua tahun dia kerja..aku pun dah naik kesian kat dia..

susah nak buat orang sekeliling faham..gaji dia bukan besar mana pun..dengan setiap bulannya nya kena pow dengan adik beradik (termasuk aku), macam mana la dia nak ada harta sendiri..lagi la nak puaskan hati semua orang..dia lagilah dasyat..belum grad lagi dah dapat kerja..tak sempat nak meronggeng-ronggeng kat rumah macam aku buat sekarang ni..

so secara tak langsungnya aku kenalah sedar diri sikit..ketepikan dulu pilihan kerja yang aku mahu..bukan semua orang dapat apa yang dia nak..dan aku pun tergolong dalam golongan tu..so nak tak nak, terpaksalah buat apa saja demi memenuhi desakan hidup..sampai masa nanti adalah rezeki untuk aku kan..

Saturday, December 12, 2009

kek pisang kakak iparku..

tak tahu kenapa mood aku nak menulis sangat hebat malam ni..masuk ni dah 3 entry aku postkan..hari tu aku ada baca kat blog khai, dia cakap 'tulis dengan ikhlas, lama-lama ada la orang nak baca blog korang tu,'..(bukan ayat sebenar, maksud je sama)..

aku bukan ada apa-apa yang menarik pun untuk di offer kat blog aku ni untuk dibaca..cuma seronok bila tengok tengok nombor bertambah kat statistik kat Google Analytic aku tu..rasa seronok bila orang baca hasil tulisan aku walaupun aku masih lagi setahun jagung dalam bidang penulisan (bakat terpendam)..hehe...dan kadang-kadang apa yang aku tulis ni sekadar rapuan saja yang tak ada kena mengena langsung dengan hidup orang lain..

oh ye..aku baru sedar yang hari ni birthday abang aku..patut la akak ipar aku sibuk nak buat kek..pagi-pagi lagi dah telefon sahabat, kaum kerabat dia mintak resepi buat kek..memandangkan banyak pisang yang sedang masak ranum dirumah, maka tajuk kek pilihannya adalah kek pisang..

dia cakap dia tak reti buat kek pisang tersebut..percubaan pertama kali dia cakap..bertungkus lumus akak ipar aku sorang tu blender pisang, pukul telur pakai mesin semua tu..aku yang tengah seronok tengok Family Outing langsung tak contribute apa-apa..cuma naik angin dalam hati bila mak aku suruh lapiskan loyang dengan minyak supaya kek tak melekat kat loyang bila dah siap bakar nanti..aku pun pasrah menurut sebab malas nak cari pasal..sebab aku tahu at the end orang yang tolong habiskan kek tu nanti adalah aku jugak..

itu je lah jasa aku terhadap kek tersebut..

dengan ketidaktahuan akak ipar aku tu- beberapa ketika kemudia, aroma kek pisang mula menerawang..perut pun rasa macam lapar pulak..dan keajaiban terjadi..tangan akak ipar aku tu memang magik..kek dia sangat menjadi..tak bantat, tak terlalu manis dan just nice..rasa macam makan yang beli punya pun ada..kek sebagai lambang cinta dia terhadap suami dia..(if only suami dia nice kat aku masa zaman aku kecik2 dulu mesti aku takkan lupa birthday dia..malah prepare hadiah kat dia lagi)..

so tahniah di ucapkan untuk kaka ipar ku itu..tak ada gambar nak  upload sebagai bahan bukti sebab sejak kehilangan henpon kesayangana ku hari tu, maka kamera aku pun hilang sekali..sebab selama ni pun rely kat kat kamera henpon..nanti bila saya ada henpon baru saya akan ambil setiap gambar yang berkaitan dengan post saya untuk dijadikan bahan bukti ye..

'every cloud have silver lining'

tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..TUHAN je la yang tahu..

hati aku terluka lagi bila tengok member-member aku sorang-sorang dah mula bekerja..even yang tak grad lagi pun dah start kerja..selalu aku tenangkan hati dengan guna ayat kat atas tu..kadang-kadang sampai satu tahap tu, aku langsung tak ingat semuanya adalah kuasa tuhan..

aku tak habis-habis nak salah diri aku sendiri..salahkan keadaan..mula rasa kesal dengan keputusan CGPA aku, mula rasa diri ni looser, mula rasa yang effort aku tak pernah cukup dalam job hunting aku, mula rasa inferior dengan kawan-kawan dulu, dan segala macam rasa..

aku sedar, real world tak macam sekolah dan time study di mana siapa yang dapat achievement ok akan dapat kelebihan..realiti memang sesuatu yang sukar diterima..ye- mencabar..dan aku tahu dunia ni memang tak pernah adil..cuma aku rasa displeased dengan diri sendiri yang tak dapat achieve apa yang aku perlu achieve setelah tamat belajar..

rezeki tuhan..perlu ke aku kesalkan kawan-kawan aku yang dah dapat kerja lagi awal dari aku..perlu ke aku compare course apa yang diorang ambil masa kat universiti dulu, universiti apa yang diorang enroll, result mereka dan sebagainya..aku rasa tak perlu..

aku cuma kena yakin dengan kuasa tuhan..sebab tuhan tu yang memberi segala macam rezeki pada hambanya dengan syarat kenalah berusaha..mungkin usaha aku tak cukup..atau mungkin rezeki aku tak sampai lagi..yelah..nak kata hati aku sekarang ni - jangan berhenti berharap..mana tahu akan ada sinar di sebalik kegelapan ni..

'every cloud have silver lining'..

xkisahlah betul ke tak pepatah inggeris kat atas tu..yang penting orang faham apa maksud dia..try to be more positif..aku tak harapkan hidup mewah..asal aku boleh gembira dengan kehidupan sederhana yang ada..cukuplah bersederhana..macam dalam lagu enjit-enjit semut tu..

oh,terjumpa pulak lirik lagu ni..mau nengok video dia..ade link dia ni.. kat youtube..setiap hari dekat 4-5 kali aku dengar lagu ni..ntah kenapa anak buah aku suka sangat lagu ni..mungkin dia cepat mengerti kot..

Lagu : Enjet-enjet Semut, Siapa Sakit Naik Atas...
Credit to : Evil Bunny & Mr. Dooba @ Hapeepil

Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.

You may have Burgers... We have Ketupat.
You may have Bruce Lee... We Have Hang Jebat.
You have Play Station... We fly Wau Bulan.
You ride Dragon Boat. Oi ! Oi ! We ride our Sampan ! HEY !

You have your Ah Lian... We have Aminah.
You wear your Sari... We wear Kebaya.
Friendly and preety... S-ek-si dahsyatnya !
No need for flowers. Oi ! Oi ! Crazy for Vespa.

Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.

Soccer and guitar... It is in our blood.
We sing at void deck... Sorry if to loud.
We don't mean no harm... We share happiness...
Do not hestitate... Oi ! Oi ! Come down and join us ! HEY !

Some say we laid back... Some don't understand.
Listen I explain. We have MASTERPLAN !
We don't aim this world. We aim here after...
Working hard all day. Oi ! Oi ! Relax one corner ! HEY !

Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.

Humble and modest... We like it simple.
Slowly but surely... No need to struggle.
This short song I sing... For you to ponder.
If you disagree. Oi ! Oi ! See who live longer ! HEY !


Coming from Kampung... Peaceful and stress-free.
Sopan and adat... Takes prio-ree-tee (priority).
Gotong and royong... One big family !

Peaceful and loving. Oi ! Oi ! That's Malay to me.
Peaceful and loving. Oi ! Oi ! That's Malay to me.
You may have Britney ! Oi ! Oi ! WE LOVE OUR SITI ! HEY !

Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.
Enjet, enjet semut... Siapa sakit naik atas.

-dan aku sukakan lirik yang aku bold kan itu..

my old friend talent..

i was just about to write about something- then suddenly, as usual, got distracted by facebook..hehe..watching my old friend singing while playing guitar..used to watch his nasyid performance back in high school (Faizal Tahir apprentice maybe..hehe)..

well, the song he sing is from secondhande serenade..tittle?..err..later..

link from facebook.

for those who having facebook iguee u can try to play this video..

advice:close your eyes while listening..the voice not suit his face very well...

rumah yang tenang..mungkinkah di sini ketenangan abadiku??

di rumah..

kini di rumah..agak mengejutkan bila diri sendiri rasa selesa yang amat bila ada kat rumah..dulu, masa lepas tauliah tunggu grad rasa serabut semacam..pikir nak cari kerja..bila dah lepas grad tu sanggup tak balik rumah terus semata-mata nak cari kerja..sekarang setelah berhenti kerja dan duduk rumah- pergh..rasa ketenangan abadi duduk kat rumah..lagi-lagi bila rumah dah pasang internet...

lepas grad aku terus kerja- buat kerja yang senang nak dapat- kononnya sementara nak dapat kerja betul-betul, buat la apa yang patut..dalam masa yang sama apply punya apply segala kerja yang rasa sesuai dengan diri..2 bulan kerja jadi sales assistant..rasa macam life aku stuck..ye..langsung tak ada life..

kenapa aku cakap tak ada life..bayangkan- kerja 6 hari seminggu..cuti 1 hari- bukan pada hari minggu which mean antara hari isnin-jumaat..weekend tak ada cuti..sebulan sekali je boleh dapat cuti hujung minggu - itupun kena pilih sama hari sabtu atau ahad..then ada shift..shift pagi start 9 pagi hingga 6 petang dan shift petang start pukul 2-11 malam..

kalau ada hari penting macam perayaan ke- tempat tu akan bukak sampai 12 malam..so masuk kerja start 3-12 malam..rehat 1 jam..dan yang paling penting kerja tu adalah 100% kena berdiri dan layan customer..nama pun sales assistant..dan yang paling menyedihkan gaji yang dapat untuk basic adalah rm 750 tak termasuk OT..berbaloi ke?

ok..masa mula-mula masuk kerja tu dah rasa suck semacam sebab kena pakai uniform..aku dah lah sangat-sangat bencikan segala jenis uniform..tapi aku tak faham kenapa aku selalu end up dengan benda yang beruniform..like i said lah kan..

itu satu hal..sampai kat selling floor- jumpa dengan senior staff dia dah suruh aku buat kerja yang macam-macam, bila rasa aku dah boleh buat kerja,semua benda dia suruh aku buat dan dia lepak-lepak goyang kaki kat backroom makan keropok sambil hanger baju tidur..aku yang kat selling floor macam nak mati terkapai-kapai sorang-sorang layan customer..customer pulak jangan ceritala betapa 'berbudi bahasanya' mereka..mental aku sorang-sorang masa tu..

tapi lama-lama aku boleh adapt..tapikan..dengan gaji yang aku dapat- memang langsung tak cukup nak tampung kehidupan aku kat bandar besar tu..2 bulan aku gaji- aku tak bagi pun duit kat parents sebab nak tampung diri sendiri pun tak cukup..transport,makan,tempat tinggal- ditambah dengan kejadian henpon hilang..so..aku decide untuk berhenti kerja..

wang terkumpul yang ada hasil dari gaji tu - sebenarnya untuk ambil lesen.. tinggal bebrapa peringkat je lagi untuk aku dapat lesen tu..cuma pending sebab banyak penantian yang dibuat..agak kesal jugak la..

so sekarng dah ada kat rumah- fikir aku tak bazir sesen pun kat sini..dan hoping boleh dapat kerja cepat-cepat (padahal dalam hati sangat selesa hidup macam ni), dan mulakan hidup baru..setakat ni aku rely kat jobstreet untuk cari kerja..tapi dah dekat sebulan..masih xde update..unsuccessfull adala..perlu ke aku join GEMS tu?

tanya yang berpengalaman dulu la..

yang penting..hatiku gumbira dirumah..

(looser kah aku?).

Monday, December 7, 2009

job hunting yang agresif..

terlalu agresif sampai aku pun jadi takut...huhu..

perlu ke takut..

alahai..memember lain yang baru abes stadi pun ramai je yang dah dapat kerja..aku yang dah dekat 4 bulan grad masih lagi menghunting job..haha..mane bley duk diam beb..

so dengan rajin nye diri ini click la apply bebanyak kat form kat jobstreet tu..lantak la apa pun..ilang dah xmo pakai uniform-xmo keje shift- nak office hour-prinsip utk cari keje tu..huhu..aku maseh muda kan??..optimis nampak?

yang sebenarnye dah panas bontot duk umah ni..home is a nice place to stay-only for a while..hurm..bile mak ngan abah dah sibuk tanya2 bila nak dapat kerja hati dah makin syahdu..oh kerja- aku yang tak nak cari ko ke ko yang susah sangat mau menghampiri aku?..

so inisiatif yang aku amek adalah, g jobstreet, amek english assesment, update cv..ntah apa yang patot la..gather the confidence, tengok english series bebanyak  (hehe, helping tau dalam conversation nanti)-harap2 la...

so..right now,once again-wait for their call..kalau sampai tahun dpn still xdpt keje- hehe..tau la apa akan ku buta..(xpikir lagi pun plan sebenarnye..mati la aku)..dush..

Thursday, December 3, 2009

drama sebabak..

drama..drama lagi..dan lagi-lagi drama...

adeh..

xlarat sebenarnye nak dealing ngan drama ni..xkira la drama swasta ke drama kerajaan ke..adush..itu la jadinye kalau dua family duduk sebumbung..banyak hati yang perlu dijaga, kata yang perlu dijaga..adoyaiiii...sampai bilakah akan terus begini..giler ah sape yang bley bertahan lama duduk banyak2 family dalam rumah yang sama..memang betullah apa yang ditunjukkan dalam cerita kat tv tu..ada yang tak puas hati..ada yang memendam rasa..ada yang janggal sepanjang masa..kesian kan..

hurm..nasib baiklah mak aku ni jenis yang baik ngan menantu pompuan dia..kalau  la dapat mak mertua yang kejam- menangis tak berlagu la hari-hari akak ipar tu agaknye..xdapat mak mertua kejam malangnye dapat plak dia adik ipar yang kejam..tu la sape suruh ko kawen ngan abang aku yang kejam tuh..huhu..terima je la kan..haha..

jahat sungguh aku ini..

rumah yang dulunya aman damai dan sunyi sepi, lampu pum selalu padam awal tetiba jadi macam rumah budak study..lambat baru padam lampu..riuh dah ngan suara budak..padahal budak keciknye ada sekor jek..pastu ada la yang tertiba-tiba termarah wife atau husband sendiri sebab anak orang lain..eyh, itu perkara baru..sebelum ni memang tak sempat nak tengok..hurm..menci la pulak..

hurm..hurm lagi..xlayak sebenarnye aku nak tulis menda2 kat atas ni..sebab internet kat rumah ni pun dia yang bayar..tapi sukati aku la nak tulis apa..asalkan hati aku puas,..bukan ada orang pun yang nak baca bebelan aku ni..

kecewa..

carik ink printer tadi..xjumpe..itula akibatnye tinggalkan barang kat rumah yang kuat mengemas ni..

mungkin dah habis..

hurm..baru je nak print out novel twilight..

Monday, November 30, 2009

berundur atau terus kan??


so, sesapa boleh tolong saya??


7-12 dec ni ada kawat untuk perbarisan kat kem plkn kat seberang..penang..aku pn xsure apa tajuk perbarisan tu..yang penting dia require 100 orang untuk psstldm...

soalannye..patut kah aku join??..iye..memang nama dah submit segala jadah semua tu..tapi mengenangkan yang simpanan semakin berkurangan, life expense yang tinggi dan xde pendapatan tetap buat aku fikir 4-5 kali untuk teruskan niat murni aku tu..

hurm..

perlukah aku berundur sebelum berjuang..takutkah aku hidup susah sepanjang di sana kelak???..agak2 apa yang perlu aku buat..tunggu elaun masuk baru nak bergerak???..or redah jek??

sebab selagi aku kat rumah ni hati tak tenang..lagi2 bila dengar bisikan parents aku yang senantiasa dapat aku dengar..cerita tentang kejayaan anak2 jiran mereka..yang kata- tak masuk universiti pun boleh dapat kerja...

ya- sesungguhnya aku memang memilih kerja..sebab aku dah lalui sendiri penderitaan bekerja pekerjaan yang tak disukai..hati sakit,jiwa tak tenteram...

TUHAN - tunjukkan ku jalan...