Showing posts with label hasil~. Show all posts
Showing posts with label hasil~. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

chenta tasik biawak~

    Hari-hari pun jogging. Hari-hari juga berlari. Selain sihat tubuh badan boleh turunkan berat badan. Oh~ badan ni pun sudah mula ditumbuhi lemak-lemak. Bahana makan malam lah ni. Haha..selain itu hari-hari pun boleh cuci mata di tasik.
    "Jogging ke? Happynye?" entah dari mana datangnya Dira, tiba-tiba suaranya kedengaran. Oh, di atas katil rupanya. Baru bangun tidur. Biasalah, katil double decker. Ada tak ada orang bukannya perasan.
    "Iye. Mau ikot?" soal Emily pula sambil menyumbat earphone mp3 ke telinga.
    "Ada training futsal jap lagi. Eyh, team kitorang tak ada reserve player la. Takut kalau ada yang injured karang tak ada back up. Kau nak join? Kau tau mainkan?," soal Dira. Matanya digenyeh bersungguh. Dia tahu emily memang pandai bermain banyak jenis sukan. Cuma sekarang minatnya lebih terarah pada berjogging.
    "Setakat reserve tak nak la aku. Mana glemer. Hehe, aku gerak dulu" balas Emily. Dia sudah berada di depan pintu. Menyarung kasut sukannya. Dan terus melambai selamat tinggal keepada Dira.
    "Iyelah.." balas Dira sambil membalas lambaian Emily. Dia menguap dan terus turun dari katil. Kalau bukan match futsal itu hujung minggu ini dab hari ini tiada training, harus saja dia membuta hingga ke Maghrib.                       
                                         
                                                                   ********
    Emily jalan melenggang senang. Udara petang dihirup nyaman. Waktu-waktu begini memang ramai suka berjalan-jalan di tasik. Walaupun ada dua tasik di universiti itu, dia lebih gemar ke Tasik Aman berbanding Tasik Harapan. Malas dia mahu berjogging sekali dengan budak-budak rowing yang mengadakan latihan disana. Nampak sangat kelambatan dia berlari berbanding mereka.
    Lagipun di Tasik lebih ramai orang bersiar-siar. Banyak port untuk duduk-duduk dan bermain sukan seperti badminton, frisbee dan juga aktiviti memberi ikan makan di tasik. Dia suka melihat pemandangan tersebut.
    Seperti biasa dia akan mula berjogging sebaik selesai melakukan pemanasan badan. Matanya cepat saja menangkap satu pemandangan yang tak pernah ditemuinya sebelum ini. Dari arah bertentangan dia ternampak seorang pelajar lelaki berkerusi roda sedang mencampak cebisan roti ke dalam tasik. Dia tak pernah pun nampak lelaki itu sebelum ini. Selalunya Abang Khairy yang selalu lepak di tasik bersama kerusi rodanya setiap petang. Nampaknya Abang Khairy dah ada kawan baru.
    Setelah dirasakan badannya berpeluh satu badan dia berhenti. Berjalan pula mengelilingi tasik. Sambil-sambil itu dia menjeling juga kawan baru Abang Khairy itu. Boleh tahanlah comelnya. Emily sengeh. Apa salahnya mengkagumi ciptaan Tuhan.
    Semakin dia berjalan semakin dia hampir ke arah lelaki itu. Tekun sungguh dia memberi ikan makan. Dia berhenti melangkah sebaik dia berada betul-betul dibelakang lelaki itu. Dia berkerut. Pertama kali dia melihat orang memberi biawak makan. Kagum dan takjub, tanpa sedar dia sudah berada disebelah lelaki itu. Terlalu kagum dengan aksi vegeterian si biawak tersebut.
    "Nak try ke?"soal lelaki itu tiba-tiba. Mengejutkan konsentrasi Emily. Padahal apa yang dikata tadi kurang jelas ditelinga Emily dek gangguan mp3 yang sedang berkumandang indah.
    "Apa dia?" soal Emily sambil menarik earphone keluar dari telinganya.
    "Nak try bagi makan ke?" ulangnya lagi sambil menunjuk baki roti yang tinggal beberapa keping dalam plastik roti.
    "Nak," tanpa berfikir panjang Emily terus memberi jawapan. Tangannya pantas menyeluk kedalam plastik roti. Sekeping roti diambil dan terus dicampak kepada biawak yang sedang timbul dipermukaan air itu. Mulutnya saja sudah besar inikan badannya. Rakus ia menangkap sekeping roti itu dan terus dibawanya lari. Berenang ke arah tempat yang lebih jauh meninggalkan ikan-ikan kecil yang ada di situ.
    Mereka berdua berpandangan.
    "Sori, dia dah lari," ujar Emily. Terasa bersalah. Mesti dia dah tak seronok lagi sebab biawak tu dah lari.
    "Tak apalah. At least ikan boleh dapat makan pulak," balasnya.Disuakan lagi roti kepada Emily. Emily sengeh. Hilang rasa bersalahnya. Nasib baik tak kena marah.
    Sekeping lagi roti diambil. Di campak terus kedalam tasik. Berebut-rebut ikan-ikan kecil itu mendapatkan roti. Tak sampai tiga saat bayang roti tersebut terus hilang dari panadangan. Rasa terhibur.
    "Dah nak magrib ni. Balik dulu ye. Esok datang lagi tau bawak roti banyak-banyak," ujar Emily. Sempat dia bergurau. Kalau dah ramah terlampau itulah jadinya. Dengan siapa-siapa pun boleh dibawa bergurau.
    "Esok datang lagi ke?" soal lelaki itu. Emily angguk. Senyum dan terus berlalu. Earphone kembali di sumbat ketelinga. Lelaki itu hanya memerhati Emily pergi. Sesaat kemudia dia melirik jam ditangan.
    "Baru 6.45, Maghrib dah ke?," soalnya sendiri.


                                                  ***********************


     Lampu biliknya menyala terang. dari jauh dia dapat melihat pintu bilik yang terbuka luas. Uiks..Dira dah balik ke? Selalunya selagi tok bilal tak melaung azan selagi itulah Dira tak jumpa jalan balik.
     Sampai didepan pintu yang terbuka Emily ternampak Dira yang sedang duduk betul-betul dibawah kipas.
    " Awalnya balik. Training tak ada ke?" soal Emily.
    "Ada je. Baru balik ni. Lawan dengan team Razman tadi. Menang..Hehe," balas Dira.
    "Kau lawan dengan team, lelaki?..Laa..sure la dia kasi team korang menang,"
    "Hehe..tau tak pe. Diorang pun macam malas nak main sebab sorang team dia injured masa main bola hari tu. Ha, tadi aku  letak nama kau dalam reserve player tau. Sabtu ni jangan pergi mana-mana tau."
    Hampir tersedak air yang diteguk Emily. Tak sangka Dira seserius itu.
    " Aku nak siapkan lab report Sabtu ni," balas Emily.
    "Match start pagi sampai petang kot. Dengar kata kali ni ramai yang participate. Terbuka kat sesiapa yang nak masuk,"
    "Ini yang anjuran karnival desa cahaya tu ke?" soal Emily. Sebelum ini pernah juga dia terlihat poster yang tertampal di perhentian bas. Di kafe-kafe pun ada. Tapi dia malas nak ambil pusing. Bukan ada member pun yang minat main futsal. Kalau ada pun Dira, roomatenya itu. Itupun sebab dia terpengaruh dengan Ramzan yang kaki bola. Course mate Dira pun ramai yang berkawan dengan budak-budak bola, sebab itulah Dira ada teamnya tersendiri.
     Nak harapkan coursematenya sendiri, mereka lebih gemar menari dan menyanyi berbanding bersukan.
     "Iye. Tau. Jangan lupa tau Sabtu ni. Pergi sekali dengan aku," sekali lagi Dira mengingatkan Emily.
     "La, kan aku cakap aku nak buat lab report. Tak pun bila dah ada player injured nanti baru aku masuk ganti. Masa tu kau rogerlah aku. Bukan jauh pun dewan tu dengan blok kitakan?.Kan?. Bernas tak idea aku?," balas Emily. Sebolehnya dia mahu mengelak dari mengikut Dira.
    Hari Sabtu sememangnya dah diperuntukkan untuk membuat segala jenis report yang tak siap lagi. So, hari Ahad dia boleh berehat sakan sambil melayan movie di laptopnya.
    "Ok. Asalkan kau tak keluar pergi mana-mana," akhirnya Dira bersetuju. Emily tersenyum. Dalam hati dia berdoa semoga tiada siapa dalam team Dira akan tercedera pada hari kejadian tersebut.
     Emily terus menghadap laptopnya. Entah berapa hari laptopnya itu tidak ditutup. Dia mahu berehat seketika. Berehat dengan cara bermain permainan Farmville di Facebook. Sudah tiba masa untuk menuai hasil tanaman.


                                            ********************************** 


Hari berikutnya.


          Seperti biasa, setiap petang Emily akan meneruskan aktiviti berlari-lari di tasiknya itu. Tapi hari ini dia agak lewat memandangkan kelasnya lambat habis. Tambahan bas pula tak banyak petang-petang begini. Walaupun penat berebut bas dengan pelajar lain, namun dia tak pernah penat untuk berjogging. Kecintaannya terhadap berjogging sememangnya amat tinggi. Bermula dari mahu menurunkan berat badan akhirnya aktiviti itu terus menjadi rutin harian.
           Lagipun menunjukkan hasil. Makinlah dia berkobar.
          Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat pelajar lelaki semalam. Masih ditempat semalam. Bersama bungkusan roti di tangan. 
         Oh~ roti jumbo. Kenyanglah kau petang ni ikan, getus Emily. Tak tunggu lama dia terus meneruskan rutin hariannya sebelum berjalan perlahan menuju ke arah lelaki semalam.
       "Hai,"sapa Emily.
       "Oh. hai. Lambat hari ni?," balasnya sambil tersenyum. Wajah Emily yang kemerah-merahan dipandang sekilas. Emily sudah duduk disebelahnya.
        "Kelas habis lambat. Eyh, tak bukak lagi roti tu?," mata Emily memerhati roti ditangan. Masih belum dibuka. Dia senyum lagi. Nampak jelas lesung pipit disebelah kiri pipinya.
         "Ni nak buat makan malam ni,"balasnya. Emily terdiam.
        "Owh~," Emily membalas. Agak kecewa.

         "Tapi boleh jugak kalau nak bagi ikan makan," cepat-cepat dia buka bungkusan roti ditangan.
        "Uik..boleh pulak macam tu," ujar Emily sambil ketawa kecil. 
        "Boleh je, tak ada masalah," balasnya. Emily mengambil sekeping roti yang dihulurkan. Di cebis-cebis roti tersebut sebelum di campak ke dalam tasik. Di cubit-cubit lagi roti itu. Tanpa sedar dia memasukkan cebisan demi  cebisan roti tersebut ke dalam mulutnya. 
         Bila tersedar cepat-cepat dia berhenti. Memandang keliling, dan pandangannya mati ke arah lelaki berkerusi roda di sebelahnya.
         Terasa seperti diperhatikan, dia memandang kepada Emily yang sedang memandangnya. Mulutnya masih mengunyah baki roti didalam mulut. Begitu juga Emily. Kedua mereka tergelak Rupanya roti lebih banyak yang masuk kedalam perut mereka berbanding ke dalam tasik.
         "Sedapkan roti ni?," ujar Emily, mengakhiri tawanya. Lelaki disebelahnya hanya terangguk-angguk. Spontan. Bukanlah lapar mana. Cuma terliur. Haha, Emily gelak lagi.
          "Ini last day saya kat sini," ujar lelaki itu.
          "Oh, nak pergi mana?," soal Emily. Ada sedikit kecewa dihatinya. Entah, dia sendiri pun tak tahu kenapa.
          "Treatment kaki," balasnya pendek. Matanya terarah ke kakinya yang ditutupi selimut. Emily angguk-angguk faham. 
         Sunyi. Tiada siapa antara mereka yang bersuara. Hanya suara dari pengunjung tasik dan derap kaki orang yang berjogging yang kedengaran.
          "Roti ni macam dah nak habis je. Tak nak simpan untuk dinner ke?," soal Emily. Roti tinggal separuh. Tapi mereka seakan tidak mahu berhenti memberi ikan makan.
         "Tengah dinner la ni," balas lelaki disebelahnya sambil menyuap cebisan roti ke mulut. Selebihnya dicampak ke dalam tasik. Emily tersenyum. 
         "Dulu masa saya first year, akak bilik saya rajin ajak saya datang sini. Ketenangan abadi dia cakap. Sambil bagi ikan makan, sambil kitorang makan sekali. Kadang-kadang siap bawak tuna lagi. Rindu pulak kat dia," cerita Emily. Masa tu dia perasan ramai yang memerhatikan mereka. Mungkin disebabkan bau tuna yang kuat. Lagipun tempat yang mereka selalu duduk itu betul-betul disebelah papan tanda larangan makan di tasik.
         Tapi selagi tak kena tegur mereka buat tak tahu saja.
         "Piknik?," soalnya. Dia melihat Emily tersenyum.
         "Lebih kuranglah. Selalunya bila dia ada problem dia buat macam tu. Saya pun tumpang seronoklah," balas Emily. Jam ditangan dikerling sekilas. Times up!
         "Ok la. Dah nak balik dah. Thanx roti ni. Kalau nak claim, saya selalu ada kat sini,"ujarnya. Dia bangun. Mengibas rumput yang melekat di belakang seluarnya.
         "Ok..mm...." sebelum sempat dia menghabiskan ayat Emily sudah berlalu pergi. Hendak dipanggil tak tahu nama. Sudah jauh lagipun.
         ".......,"  dia termenung seketika sebelum dia pulang menuju ke blok kediamannya.




                                                    ********************************************


      Lama dia termenung dihadapan laptopnya.
      Mengelamun. Semalam dia ke tasik lagi. Melakukan rutin harian. Memang benar apa yang dikata lelaki berkerusi roda itu semalam. Hari ini memang langsung tak nampak kelibatnya..Dari awal dia sampai sehinggalah ke penghujung petang. Yang ada hanya abang Khairy yang seperti biasa hanya mengayuh kerusi rodanya di sekitar tasik.Bila tasik sudah mulai sepi, dan azan maghrib berkumandang, barulah dia bergerak pulang ke bloknya. Entah kenapa dia rasa kosong.
     Dialihkan pandangannya ke arah meja study Dira. Bersepah dengan segala jenis nota dan buku rujukan. Di sudut kanan meja itu terletaknya sebotol besar mentega kacang yang tinggal separuh isinya dan..sebungkus besar roti potong. Roti...wuwuwu....kenangan roti di tasik. Emily mencebik. Kalau tahu awal-awal yang dia akan jadi gila bayang begini mesti awal-awal dia dah minta nombor telefon lelaki tersebut. Peduli apa biar dia berkerusi roda sekalipun. No discrimination, kan?
      "Huhhhhhh~," panjang dia mengeluh. Menarik perhatian Dira yang baru balik dari bilik air. Alat mandiannya di letak di bawah katil.
      Dira memerhatikan Emily yang masih termenung.
      "Esok petang tak yah jogging tau. Kita ada match futsal," ujar Dira. 
      "Hmmm..," hanya itu balas Emily.
      "Kalau tak ada sesiapa yang injured esok kau tak yah la main," ujar Dira lagi. Sekali lagi Emily membalas dengan perkataan yang sama. Kepalanya sudah landing di atas meja study.
      "Dira, kalau satu hari, kalau la, Razman mengalami kecacatan kekal, agak-agak kau still nak terima dia tak?," soal Emily tiba-tiba.
      "Contoh cacat?," balas Dira pendek.
       "Apa-apa.Macam dah tak boleh berjalan ke, hilang sebelah tangan ke," pandangan Emily sekarang sudah terarah pada Dira. Dira yang sedang menyikat rambut berfikir-fikir.
      "Suruh dia pakai tangan mekanikal kalau macam tu,"balas Dira melawak. Emily mengeluh. Kepalanya kembali terletak di atas meja.
      "Kalau dah sayang, macammana cacat sekalipun pasangan kita, hati kita tetap akan boleh terima," ujar Dira. Emily angguk-angguk. Dira memang pakar cinta. Hampir 10 tahun dia bersama Razman tanpa jemu. Tapi lain orang lain pendapat, kan.
      Emily termenung lagi. Hurm..entah bila boleh jumpa lagi. Ada jodoh jumpa la kan. Tanpa sedar dia tertidur disitu bersama menungannya.




                                                ************************************************




    Butang hidup printer di tekan. Kertas yang sudah siap dicetak dibelek. Puas hati dia terus memasukkannya ke dalam fail. Jam di sudut laptop dikerling sekilas. Awal lagi. Baru pukul 3. Tak sangka pula lab reportnya siap cepat. Sekarang dia sendiri pun tak tahu nak buat apa. Tak ada mood untuk main facebook, waima tidur sekali pun.
    Sebelum keluar tadi Dira sempat berpesan sekali lagi agar tidak kemana-mana. Kalau-kalau khidmatnya sebagai pemain reserve diperlukan nanti. Tadi pun Dira baru buat report, team diorang menang sakan. Rasa macam nak tengok pun ada. Bukan jauh pun dewan tu. Tak tunggu lama Emily terus bersiap. Memakai pakaian sukan hariannya dan bersedia untuk pergi. Buka saja pintu Dira sudah berada di hadapan pintu.
    "Eyh, ko nak pergi mana ni?," soal Dira pantas. Tercungap-cungap.
    "Tengok korang main la. Dah habis ke main?," soal emily pula.
   "Elok sangat la tu. Jom. Haida injured pulak," balas Dira sambil menghulur helmet kepada Emily. Tanpa banyak soal Emily menyambut dan menuruti langkah Dira ke bawah blok. Enjin motor dihidupkan dan tak berapa lama kemudian mereka sampai ke dewan serbaguna. Agak banyak kenderaan yang diletakkan di luar dewan.
     "Kejap lagi game start. Kitorang dapat pergi final. Tapi Haida punya kaki terseliuh pulak. Kau tolong eh," ujar Dira ketika mereka berjalan masuk kedalam dewan. Memang betul-betul suasa bersukan. Ada satu perlawanan sedang diadakan. Dewan gamat dengan suara penyokong.
      "Haida main posisi apa?,"soal Emily. Matanya melilau keliling dewan.
      "Penyerang. Tapi Liza ganti dia. Kau ambil posisi Liza. Penyerang gak. Sama je," Dira jwab endah tak endah. Matanya melilau mencari teman sepasukannya yang lain. Mereka berjalan pantas menuju ke satu kelompok.
       "Korang, ni Emily. Bila game kita stary?," soal Dira sebaik dia sampai disitu. Masing-masing yang ada disitu memandang Emily.Emily senyum sambil mengangkat tangan.

       "Kejap lagi game ni habis kita start la. Lepas kita final untuk lelaki pulak," balas seorang dari mereka. Menuam kakinya dengan ais. 
        "Team ni pandai main ngelat tau. Ganas punya main. Baik-baiklah," ujarnya lagi kepada Emily. Emily angguk-angguk.
        "Kalau diorang ganas, balas je balik. Kat luar dah tak boleh balas dah..haha," tambah Dira lagi sambil tergelak. Emily turut tergelak. Hatinya baru tergerak untuk membuat aktiviti pemanasan badan. Namun terbantut apabila sudah dipanggil untuk meneruskan perlawanan. Nak tak nak terpaksa ikut. Sambil- sambil tunggu masuk padang boleh juga dia sambung.




        Perlawanan dimulakan. Separuh masa permainan, Emily cuba membiasakan diri dengan permainan. Seperti anak kucing kehilangan ibu dia hilang arah. Apatah lagi dengan keadaan pemain lawan yang bermain kasar. Walaupun bermain dengan teruk, dia tetap dibenarkan bermain, kerana tidak mempunyai pemain yang cukup.
       Separuh masa kedua, kesabaran Emily senakin menghilang apa bila dia kerap dikasari pemain lawan. Haida juga semakin kerap menjerit-jerit diluar padang seperti coach lagaknya.

       "Dira, tak apa eh aku main style budak kampung main bola," bisik Dira apabila Dira berada hampir kepadanya. 
       "Main je la macammana sekalipun asalkan diorang tak score," balas Dira pantas. Terus berlari mendapatkan bola. Emily mula bermain dengan sepenuh hati. Kalau tadi dia dilanggari, kali ini biar dia yang terlanggar. Walaupun kaki mula terasa seperti hendak tercabut, namun dia tetap bermain. Sekurang-kurangnya bagilah satu gol. Dulu masa kecil-kecil dialah ratu bola sepak. Bola sepak dengan futsal manalah beza sangat. 
       Nervousnya semakin hilang. Dia semakin seronok. Dan apabila peluang sampai dia terus cuba menjaringkan gol. Terpancar kegembiraan diwajah, terdengar sorakan dari pemain dari pasukannya.
      Permainan semakin rancak apabila pihak lawan cuba membalas. Namun tak berkesampaian kerana masa yang sudah sampai ke penghujungnya. Emily senyum. Bangga. Tamat perlawanan mereka berkumpul di tepi gelanggang. Tak mahu berganjak kerana ingin manyaksikan pasukan final lelaki berentap.
    


      "Aku rasa kaki aku cramp la," ujar Emily. Hujung seluar disingsing.Nampak otot betisnya yang kejang.
      "Try pakai ni," Lily menghulurkan yoko-yoko kepada Emily.
       "Kitorang kalau cramp pakai ni jek..ok lepas tu," sambung Lily lagi. Emily akur. Terasa betisnya berangin segar. 
       "Masa first game aku kesian tengok kau. Asyik kena langgar je. Tak sakit ke?,"soal Dira. Terasa bersalah kerana dia yang mengheret Emily bermain bersama.
       "Sakit. Campur nervous tiba-tiba main final. Masa koramg discuss strategi tadi aku tak dengar sangat. Serabut jap tadi," balas Emily. Dira dan Haida tergelak.
       "Macammana pulak tiba-tiba kau boleh ada hati nak bagi gol? Muka macam dah give up," soal Haida.
       "Habis tu, dah kau jerit gila-gila kat luar. Tak berani aku nak keluar tangan kosong..haha," balas Emily. Masing-masing ketawa lega. Berpuas hati dengan kemenangan. 
       Di hadapan mereka pasakukan final sudah bersedia untuk bermain. Pasukan Razman bermain kali ini. Berbeza sungguh kalau nak dibandingkan lelaki dan perempuan yang main. Permainan lelaki nampak lebih kemas berbanding perempuan.
       Matanya terpaku pada satu susuk tubuh. Seakan tak percaya.
      "Team Razman,  jersi 17. Siapa?," bisik Emily kepada Dira.
      "Adam, course mate Razman merangkap Roomate. Kenapa?," soal Dira kembali. Turut berbisik.
      "Muka dia familiar," balas Emily. Cukup fmilar. Walau pun cuma dua kali bertemu dia cukup cam dengan wajah itu. Dah boleh berjalan?
      "Yeke. Tapi dia tak suka expose sangat. Agak pemalu la. Kenapa? Kau nak kenal dia? Single tu," seperti biasa Dira akan cuba menjalankan aktriviti mencari pasangan untuk temannya itu.
       Emily terdiam. Hanya memerhati lelaki berjersi nombor 17 itu. 
       Habis separuh masa pertama. Emily masih mmerhatikan lelaki itu. Dia langsung tak peduli dengan perlawan. Mata mereka bertemu. Adam senyum. Emily hanya membatu. Tak pasti apa yang harus dilakukan. Akhirnya dia turut tersenyum,

       Sehinggalah tamat permainan, mata Emily masih terpaku padanya. Seakan melihat hantu. Tak mahu lepas. Takut bila dia mengalihkan pandangan lelaki itu akan hilang.
        


          "Aku gi kat Razman kejap," bila Dira berlalu meninggalkan mereka, lelaki itu datang menggantikan tempat Dira.
          "Anggap aku tak ada," bisik Haida.
           Emily diam.
           Masing-masing juga diam.
          "Bosan la korang ni," akhirnya Haida bangun. Berdengkut-dengkut kakinya bila dia berjalan menuju ke arah Razman dan Dira. Juga kumpulan yang lain.
           Diam lagi.
          "Saya dah boleh jalan," ujarnya.
          "Tau. Nampak," balas Emily.
          "Jogging ke semalam?," soalnya.
          "Jogging," balas Emily.
          "Oh..," hanya itu respon darinya. 
          Mereka berpandangan. Emily mula naik bosan.

          "Betullah Dira cakap. Awak ni pemalu? Kalah perempuan tau. Ni, kaki tu kenapa hari tu sampai kena pakai kerusi roda? Siap nak buat treatment lagi. Tiba-tiba hari ni main futsal," akhirnya Emily bersuara. Malas mahu bertarik-tali dengan lelaki itu lagi. Sepatah-sepatah perbualan. Dia pun naik rimas.
           Adam senyum lagi.
           "Kaki ni terseliuh je. Kerusi roda tu Khairy yang punya. Ingat nak buat sekali je kerja gila. Tak tau la pulak.." ayatnya mati disitu.
           Mereka berpandangan lagi.
           Patutlah tak nampak Abang Khairy dalam dua hari itu. Emily geleng-geleng. Sengal jugak mamat sorang ni.
           "Dia ke?," tiba-tiba saja Ramzan sudah berada dihadapan mereka. Adam  mengangguk.
           "Emily, kau tau tak, mamat kat sebelah kau ni mengada-ngada nak pergi tasik. Siap rembat roti aku lagi. Kalau aku tau itu kau memang aku join sekali," bebel Ramzan.
            "Ntah tu. Senyap-senyap je kau eh. Patut la dari semalam monyok jek," tambah Dira.
            "Adam, apa lagi. Ajak la pergi tasik. Bagi makan ikan ke apa ke. Kau nak aku sponsor roti pun tak apa. Emily punya pasal," mulut Ramzan seakan tak boleh berhenti. Seronoklah dia. Lagi-lagi bila Adam hanya diam sambil tersenyum.
             "Kau tau, malu dia kat perempuan kalah orang perempuan tau. Ni mesti kau yang start dulu kan, Emily?," kali ini mulut Dira pula.
             "Iye, iye..ada apa lagi?," soal Emily.Matanya menghadap ke arah Ramzan adan Dira.
             "Penyampaian hadiah, tak nak hadiah ke?," soal Dira. Dira menghulurkan tangan. Membantu Emily bangun.
             "Kejap boleh tak?," Adam mula bersuara. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.
             "Nak nombor phone boleh?," soalnya sambil menghulur telefon bimbitnya kepada Emily. Cepat-cepat Emily pandang reaksi Dira dan Ramzan.
             " Kau tengah propose ke ni? Orang bagi cincin la, bukan henpon," usik Ramzan.
              "Diamlah kau," balas Emily. Telefon bimbit disambut dan nombor terus dimasukkan. Selesai, dia mengembalikan telefon tersebut kepada Adam. Emily bangun. Berpaut pada Dira.
              "Adam, tolonglah dia jalan. Apalah kau ni," usik ramzan lagi. Pantang ada peluang.
              "Diamlah kau," balas Emily. Masih berpaut pada Dira.
               Adam hanya berjalan disebelah Emily. Mereka beriringan ke tempat penyampaian hadiah.
              "Adam, sampai hati kau biar dia jalan dengkot-deng.."belum sempat ayat Ramzan dihabiskan, dia terasa seperti kepalanya di ketuk.
              "Diamlah kau," ujar Adam sambil menyembunyikan tangan dalam poket. Emily dan Adam berpandangan. Mereka berbalas senyum.
       Senyum Emily semakin lebar. Even kau berkerusi roda pun aku tak kesah, inikan pula mampu berlari. Hatinya riang.


                                                           ****TAMAT****

 

               

     

- idea ni datang time aku tengah rajen jogging dulu kat tasek aman..
-start tulis masa kursus kenaikan pangkat lt dya aritu kat kdsi..orang tulis nota aku plak g mengarang..
-lama dah siap, baru nak publish..hehe
-kat penulisan2u tak publish lagi kot..lama sangat aku tunggu, so aku publish sini dulu..heheh..

Monday, November 23, 2009

-sorri sesape y terasa-

     "Senang-senang korang dua orang kahwin je dengan dia. Senang. Kekasih kau dapat, sahabat pun kau dapat. Tak payah nak gaduh-gaduh,"

    "Itu tamak namanya,"

    Itu perbualan beberapa bulan yang lalu antara dia dan Maria, sahabat baiknya yang sedang menuntut di Melbourne. Agak jauh untuk sering dihubungi. Tapi masih ada kelebihan dia untuk meluahkan segala ceritanya kepada temannya yang satu itu. Segala rahsia dan ceritanya pasti tersimpan kemas di tangan Maria. kerana dia jauh.

   Bukanlah maksud kawannya yang dekat dengannya tak boleh dipercayai langsung. Tapi dia tahu, sesaat dia memberitahu rakannya disini, sesaat kemudian pasti ceritanya itu tersebar luas. Entah siapa-siapa pun boleh tahu. Itulah jadinya kalau hidup dalam komuniti yang kecil.

    Lama Aniza termenung di skrin laptopnya. Mengingat kembali perbualannya dengan Maria suatu ketika dulu. Matanya tertumpu kearah wallpaper desktopnya. Gambar mereka bertiga, dia, Halim dn Zetty. Gambar yang di ambil didepan restoren Sushi King. Halim berada ditengah-tengah diapit oleh dirinya dan Zetty.

    Lengan kanan Halim dipaut Zetty manakala tangan kiri Halim memaut bahu Aniza. Hampir sebulan juga Zetty tak bertegur sapa dengan Aniza gara-gara gambar itu. Kecik hati. Cemburu kerana Halim memaut bahu Aniza dan kecil hati kerana Aniza mebiarkan tangan Halim melingkar dibahunya. Tapi dengan Halim tak pula dia merajuk.

    Kenapa mahu cemburu sedangkan dia sudah ada orang lain dalam hidup dia?Tak cukup kah Syafik, dengan Halim sekali mah dia jadikan miliknya?Aniza mengeluh lagi.

    "Dia kenal Halim dulu sebelum aku. Kiranya aku ni adalah orang ketiga antara dia dan Halim. Zetty tu bestfriend aku. Takkan lah sebab seorang lelaki yang belum tentu milik aku, aku nak hancurkan persahabatan aku dengan Zetty,"luah Aniza suatu masa dulu kepada Maria.

    "Memanglah betul dia yang kenal Si Halim tu dulu dari kau. Tapi ni soal perasaan.Bukan siapa kenal siapa dulu. Lagi pun dia dah ada tunang kan. Kenapa dia still nak kejarkan si Halim tu. Sedangkan korang dah saling suka, kenapa tak terus terang je kat Zetty. Memanglah at first dia akan kecil hati, lama-lama pandai lah dia fikir sendiri,"balas Maria panjang lebar.

    Aniza terdiam. Bukan sekali dua Maria memberikan nasihat yang sama. Dia tahu itu. Memanglah senang bila bercakap. Nak buat tu yang susah. Lagi-lagi bila Halim pun dah mula layan Zetty lebih dari Syafik layan Zetty. Aniza pun tak faham apa perasaan Halim pada dia. Sayang dah terucap, tapi masih melayan perempuan lain. Bukan itu saja, malah tak berani mengaku perhubungan mereka.

    Sampai bila mereka nak berhubung secara rahsia?Tanpa mempedulikan perasaan masing-masing. Aniza tak mahu Zetty terluka bila Zetty tahu yang dia dan Halim saling suka. Dia tak mahu kehilangan Zetty sebagi teman. Halim pula tak mahu Zetty membenci dirinya.

   Dan buat kesekian kalinya air mata Aniza tumpah lagi. Pantas dicapai telefon bimbit dihujung katil dan nombor Maria di dail.

    "Oit. mengngis lagi eh. Apa yang diorang dah buat kat kau?,"soal Maria. Bila Aniza sudah menelefon tapi tiada suara, dia sudah mengagak sahabatnya yang seorang itu sedang menangis. Bukan sekali dua dia begitu. kerap sekali.

     "Cakaplah. Mahal ni call jauh-jauh tapi tak cakap apa,"ujar Maria lagi. Memang betul mahal. Sedangan keluarganya sendiri pun tak pernah menghubunginya sekerap Aniza mnghubungi Maria.

     "Aku sedih la. Tadi aku tengah berborak dengan Halim, tiba-tiba Halim cakap dia nak letak telefon. Alasan dia sebab dia nak tidur kan Zetty. Kalau kau jadi aku kau sakit hati tak?Dia tak rasa ke aku sakit hati. Siapa sebenarnya aku kat hati dia?,"balas Aniza antara dengar tak dengar. Deselangi degan sedu sedan yang menyebabkan suaranya kurang jelas.

     Maria terdiam.

     "Tidurkan?Macammana tu. Dia dodoikan nyanyi lagu ke?"soal Maria bodoh-bodoh. Tesenyum Aniza mendengar soalan Maria itu.

     "Berborak sampai tertidurla,"balas Aniza. Ni mesti tak pernah buat ni, sempat dia mengutuk Maria dalam hati. Kemudian dia tersedar, Mari mana pernah bercinta.

    Kadang-kadang dia terasa kelakar pula kerana meminta nasihat berkenaan cinta pada orang yang tak pernah bercinta. Tapi Maria bukan calang-calang orang. Daya pemerhatian dia tinggi. Cara penyelesainya pun bagus. Sebab itulah ramai orang yang suka berkongsi cerita dan meminta pendapat dia.Termasuklah dirinya.

  "Oh camtu ke. Ingatkan dia berdondang sayang ngan Zetty sampai dia tidur. Entah apalah agaknya yang diorang borakkan,"balas Maria selamba. Seperti mahu membakar hati Aniza.

   "Entahlah. Kadang-kadang aku nak end up je semua ni.Tinggalkan dua-dua. Tak nak involve dengan diorang. Biar tenang jiwa aku sikit. Tak payah ada boyfriend pun aku boleh hidup ap,a" balas Aniza penuh emosi. Air matanya turun lagi. Maria tahu Aniza tak memaksudkan kata-katanya. Dan di saat itu Aniza sudah mengongoi kesedihan. Dan Maria hanya diam.

   Kisahnya bermula begini.

  Zetty dan Aniza memang sahabat baik sejak di sekolah menengah lagi. Sehinggalah berada di university mereka masih bersahabat baik. Persahabatan mereka berterusan sehingalah mereka berada di alam pekerjaan. Mereka banyak berkongsi kegemaran yang sama. Dan salah satunya adalah sushi. Maka selalulah mereka melepak di restoren sushi setiap kali ada kelapangan.Dan tempat kegemaran mereka adalah sushi king restaurant.

    Kebetulan Halim adalah pengurus kepada restoren tempat merea selalu kunjungi.

    Satu hari Zetty makan berseorangan di restoren tempat Halim bekerja. Disebabkan waktu itu sudah sampai masanya untuk restoren ditutup, Halim pun menegur Zetty. Bermula dari perbualan biasa mereka terus bertukar-tukar nombor telefon.

    Hari berikutnya Zetty datang lagi. Kali ini bersama Aniza. Terkejut bukan kepalang Halim sebaik ternampak Aniza. Anizalah gadis yang selalu diperhatinya setiap kali dia datang makan disitu. Tak kiralah bila dia berseorang atau berteman. Tapi tak pernah pula dia perasankan Zetty bersama Aniza. Maka mereka bertukar nombor telefon tanpa pengetahuan Zetty.

    Dalam usaha Halim untuk meraih perhatian Aniza, Zetty turut cuba mendapatkan perhatian Halim. Untuk tidak mengecilkan hati Zetty Halim turut melayan Zetty sebagai kawan. Tapi keadaan menjadi teruk apabila Zetty semakin sukakan Halim dan Aniza dan Halim juga suka sama suka. Dan semakin teruk apabila Halim suda punyai perasaan yang lebih dari kawan terhadap Zetty.

    Kalau Halim tak punya perasaan terhadap Zetty, untuk apa dia melayan Zetty setiap kali Zetty perlukan teman.Tambahan lagi dia sudah tahu Zetty sudah punyai tunang. Aniza pula semakin kasihkan Halim kerana Halim memang pandai mengambil hatinya. Zetty pula bagai sudah melupakan kewujudan Syafik sebagai tunangnya.

     Akhirnya mereka bertiga terperangkap dalam perangkap cinta tiga segi ini.
     Masing-masing pun tak punya upaya untuk mengecewakan antara mereka.

    Kali terahir Maria mendenganrcerita mereka adalah ketika Aniza menghubunginya dengan tangisan menyatakan kecewanya terhadap Halim yang melebihkan Zetty dari dirinya. Sehingga itu tiada berita dari Aniza. Facebook tak di update. Telefon tak diangkat, mesj tak dibalas. Dan akhirnya Maria berputus asa untuk menghubungi Aniza. Biar Aniza menghubunginya saja.

    3 bulan kemudian.
    Sedang Maria bersiap-siap untuk menutup komputernya tiba-tiba ada satu mesej masuk ke peti inboxnya. Dari Aniza. Pantas dikliknya dua kali dan terpaparlah mesej Aniza yang panjang lebar.


    Firs of all, sorrryyy sangat tak kontek kau. Aku emel kau sebab aku tak nak tau macam manareaksi kau bila aku cakap benda yang aku nak sampaikan ni.

   Secondly, aku nak bagitau aku dah dapat kerja baru! Terlalu sibuk sampai tak ada masa nak hubungi sesiapa. Banyak benda yang berlaku sepanjang tempoh ni. Kau tau tak Syafik dan Zetty dah putus tunang. Diorang putus sebab Syafik ada orang lain. Zetty pun ada orang lain. So dia orang putus cara baik.

    Zetty tak nampak sedih sangat. Sebab dia tahu dia ada Halim. Tapi Zetty mengamuk gila bila aku dan Halim kantoi dengan dia. Dia tak sanga aku dengan Halim suka sama suka. Dan yang kelakarnya, marah Zetty tak lama. Kami berbincang. Dan akhirnya kami come up dengan satu keputusan.

    Aku dan Zetty sanggup berkongsi kasih Halim. Kelakarkan? Dulu aku jugak yang oppose berkongsi kasih. Tapi kalau dah terlalu cinta- semua pun boleh jadi. Janga lupa datang ke majlis kami nanti. Dont worry, aku support pergi balik kau ok.

p/s: Aku ikut nasihat kau, ambil kedua-duanya sekali.


   Maria tersandar dikerusi.Biar betul.Bila masa aku bagi nasihat macam tu?

   "Senang-senang korang dorang kawin je dengan dia.Kekasih kau dapat, sahabat pun dapat,"

    Maria sengeh sendiri. Tak sangka mereka ambil serius gurauannya. Cepat-cepat diatutup komputer dan terus masuk tidur. Masih tak menyangka itu pengakhiran kisah cinta tiga segi mereka.