Monday, February 4, 2019

Controller freak, marah marah, you can go.

Bangun pagi rasa indah mimpi best. Tambah indah pergi kerja jalan tak banyak kenderaan. Keluar 8.40 sempat isi minyak dan sampai office pukul 9.01 pagi. Kalau hari biasa jangan bermimpilah nak sampai awal kalau dah lambat macam tu keluar rumah.

Tapi keindahan hari aku terus terpotong dengan satu scene yang buat aku rasa makin tak suka berkawan rapat dengan manusia.

Aku memang jenis yang kalau nak rapat dengan orang ni memang payah yang amat. Sebelum kenal orang mesti aku dah lukis satu garisan siap-siap. Bila dah kenal sikit orang sekeliling dan aku tak suka orang tu sebab ada perkara tentang orang tu yang buat aku tak selesa, aku akan build a wall. Kalau toksik sangat, aku buang terus dari hidup. Kalau aku kena hadap certain orang setiap hari sebab kerja, aku ok je. Sebab aku dibayar untuk deal dengan benda-benda macam tu.

Tapi kalau orang tu rasa dia dah kawan dengan aku dekat 4-5 tahun, dah pernah hang out sama-sama, buat aktiviti sama-sama, pernah borak-borak ala-ala deep conversation beberapa kali, then tiba-tiba dia rasa dia ada authority nak marah or marah marah aku, nak tentukan apa yang aku boleh buat atau tak, lepas tu dah start nak nitpick aku itu ini, aku rasa macam, whaaaaaaaaaaaaaaat? Aku boyfriend kau ke apa?

Yes, ini cerita pasal rakan sekerja yang rapat dengan aku.

Aku start rapat dengan dia dulu pun sebab dia jenis yang tak kesah. Tak peduli orang sekeliling. Tak bercakap pasal orang. Tak marah marah. Tak text aku kalau tak ada benda penting. Then what happened now? Sekarang dia dah boleh tentukan aku tak boleh nak redeem 2 cawan coffee in addition satu coffee yang aku nak? So sekarang dia dah nak jadi mak aku pulak kah bila dia marah-marah aku sebab letak balik biskut yang aku dah gigit dalam kotak. Ok part ni aku admit aku salah.

Tapi, part marah-marah tu, I is sentap ok. Jiwa sensitifku ini terus terasa dan ambil biskut tu, masukkan dalam tisu dan buang dalam tong sampah. Jadi kawan syaitan kejap sebab membazir. Tapi aku tak buat kat depan dia sebab tak nak dia kecik hati. See, sempat jaga hati orang.

Dah tua-tua ni siapa suka kena marah? Dahlah jenis yang tak reti nak gaduh-gaduh. Tahunya membawa hati yang duka, dan marah yang tak bertepi ni. Kalau aku cerita dengan kakak or adik aku ni confirm diorang sama-sama marah sebab aku pernah cerita sebelum ni pasal insiden coffee tu dengan diorang.

So, memang betullahkan teori manusia ni boleh berubah? Dalam 4 tahun saja dah berjaya buat manusia berubah. Ok, aku sorang je kot yang rasa 4 tahun tu tempoh yang pendek.

Ni kira the lowest level dalam friendship di tempat kerjalah senang kata. Sudah-sudahlah marah tu. Esok kau pergi jugak kat tempat dia kalau nak borak kan. Kan. Taklah. Esok cuti.

0 comments: