Monday, February 4, 2019

Controller freak, marah marah, you can go.

Bangun pagi rasa indah mimpi best. Tambah indah pergi kerja jalan tak banyak kenderaan. Keluar 8.40 sempat isi minyak dan sampai office pukul 9.01 pagi. Kalau hari biasa jangan bermimpilah nak sampai awal kalau dah lambat macam tu keluar rumah.

Tapi keindahan hari aku terus terpotong dengan satu scene yang buat aku rasa makin tak suka berkawan rapat dengan manusia.

Aku memang jenis yang kalau nak rapat dengan orang ni memang payah yang amat. Sebelum kenal orang mesti aku dah lukis satu garisan siap-siap. Bila dah kenal sikit orang sekeliling dan aku tak suka orang tu sebab ada perkara tentang orang tu yang buat aku tak selesa, aku akan build a wall. Kalau toksik sangat, aku buang terus dari hidup. Kalau aku kena hadap certain orang setiap hari sebab kerja, aku ok je. Sebab aku dibayar untuk deal dengan benda-benda macam tu.

Tapi kalau orang tu rasa dia dah kawan dengan aku dekat 4-5 tahun, dah pernah hang out sama-sama, buat aktiviti sama-sama, pernah borak-borak ala-ala deep conversation beberapa kali, then tiba-tiba dia rasa dia ada authority nak marah or marah marah aku, nak tentukan apa yang aku boleh buat atau tak, lepas tu dah start nak nitpick aku itu ini, aku rasa macam, whaaaaaaaaaaaaaaat? Aku boyfriend kau ke apa?

Yes, ini cerita pasal rakan sekerja yang rapat dengan aku.

Aku start rapat dengan dia dulu pun sebab dia jenis yang tak kesah. Tak peduli orang sekeliling. Tak bercakap pasal orang. Tak marah marah. Tak text aku kalau tak ada benda penting. Then what happened now? Sekarang dia dah boleh tentukan aku tak boleh nak redeem 2 cawan coffee in addition satu coffee yang aku nak? So sekarang dia dah nak jadi mak aku pulak kah bila dia marah-marah aku sebab letak balik biskut yang aku dah gigit dalam kotak. Ok part ni aku admit aku salah.

Tapi, part marah-marah tu, I is sentap ok. Jiwa sensitifku ini terus terasa dan ambil biskut tu, masukkan dalam tisu dan buang dalam tong sampah. Jadi kawan syaitan kejap sebab membazir. Tapi aku tak buat kat depan dia sebab tak nak dia kecik hati. See, sempat jaga hati orang.

Dah tua-tua ni siapa suka kena marah? Dahlah jenis yang tak reti nak gaduh-gaduh. Tahunya membawa hati yang duka, dan marah yang tak bertepi ni. Kalau aku cerita dengan kakak or adik aku ni confirm diorang sama-sama marah sebab aku pernah cerita sebelum ni pasal insiden coffee tu dengan diorang.

So, memang betullahkan teori manusia ni boleh berubah? Dalam 4 tahun saja dah berjaya buat manusia berubah. Ok, aku sorang je kot yang rasa 4 tahun tu tempoh yang pendek.

Ni kira the lowest level dalam friendship di tempat kerjalah senang kata. Sudah-sudahlah marah tu. Esok kau pergi jugak kat tempat dia kalau nak borak kan. Kan. Taklah. Esok cuti.

Tuesday, January 29, 2019

2019!!!

Selamat Menyambut Tahun 2019!!!

29 hari lewat dari yang sepatutnya. So far life tak banyak berubah. Still kerja kat tempat yang sama. Still duduk kat rumah sewa yang sama. Still pakai kereta yang sama. Baju pun masih banyak yang sama, baju lama tak muat, nak beli baju baru kedukut yang amat, pusing-pusing baju tu juga dari tahun yang sudah.

Stress kerja memang tak boleh nak elak. Tapi stress tak ada kerja/zaman jobless dulu lagi terasa azab. Maka aku dah berazam untuk kerja lagi sepuluh tahun ditempat yang sama kalau umur panjang. Yelah, aku kerja pun sebab untuk kelangsungan hidup, bukan nak kaya. Kalau nak kaya aku tak stay kat sini lebih 6 tahun. Cita-cita nak menulis, tapi malas menulis. Seronok sangat menonton sampai lupa passion yang satu ini.

Tahun ni aku tak tahu apa isi rencananya. Tapi aku betul-betul berazam nak jadi better version of me. Aku nak living life to the fullest. Nak settlekan hutang piutang, tak nak beli rumah sebab aku dah nekad nak simpan duit untuk duduk kat rumah-rumah orang tua nanti (itu pun kalau umur panjang). Aku tak plan nak jadi cat lady, tapi kalau itu sudah tersurat, aku nak buka shelter terus untuk kucing-kucing yang tak bernasib baik. Aku harap sangat masyarakat kita boleh di educate untuk tak buang kucing merata-rata, dan kalau nak bela kucing atau apa-apa haiwan peliharaan tu, penuhkan ilmu di dada dulu sebelum adopt/bela haiwan.

Nak buat apa-apa kena study dulu. Kucing tu bukan takat comel peneman tatkala sepi je tau, diorang tu sebahagian dari keluarga kita juga. Kena jaga makan, minum, kalau sakit kena hantar klinik. Jangan lupa vaksin diorang, so tak ada la senang kena jangkitan. Kebanyakan diorang sakit tu pun sebab dapat dari kita juga, (dakyah mana aku cekup ni ???) . Dah vaksin tu, jangan lupa kasi/kembiri/mandulkan sekali kalau tak mampu nak jaga kucing banyak-banyak nak bahagi kasih sayang semua.

Memanglah fitrah kucing tu nak mengawan, nak melahirkan anak semua. Tapi kita pun janganlah jadi punca dan penyebab kepada bertambahnya kucing-kucing yang terbiar terbuang dekat pasar, dekat kedai makan mengemis makan lepas tu kena sepak terajang dengan orang yang tak suka diorang. Sebab tulah aku cakap, nak bela kucing ni kena ada ilmu di dada.

Pasal kucing je pun dah dekat 3 perenggan aku membebel. Tapi macam biasalah. Aku update blog ni pun setahun sekali. Ada juga orang yang baca blog aku ni. Ni mesti kawan-kawan masa zaman blogging yang dulu. Ku sangkakan zaman blogging dah berkubur. Tapi aku rasa seronok gila menaip panjang-panjang membebel apa saja dalam page macam ni. Nostalgik sungguh rasa.

Gaya penulisan pun dah berubah. Content pun macam-macam ada.

Maybe lepas ni aku akan update sikit-sikit movie apa yang aku tengok, english series, korean drama/variety, lagu-lagu yang aku suka, random thought dan macam macam lagi yang aku rasa boleh di share dan dibaca semula tanpa rasa cringe pada masa hadapan. Sayang tempat ni, banyak memori.

Cringe pun cringe lah. At least bila tiba-tiba hilang ingatan ke apa ke, baca balik blog ni, senang sikit nak dapat balik ingatan lama.

Ada satu lagi azam yang dah terbengkalai sejak bertahun sudah- nak kurus macam tahun 2010. Harap berjayalah ya by the end of 2019 ni.