Aku agak hangin jugak
dengan budak rumah yang nak keluar rumah tiba-tiba. Dia cakap dia akan carikan
pengganti. Sejuk sikit rasa. So, aku pun biar dia yang cari pengganti dia. Bila
dah dapat, dah confirm nak masuk bila, tiba-tiba pada hari kejadian, hilang.
Tak muncul-muncul. Mesej tak reply, call tak jawab, tutup phone.
Aku dah start hangin
balik dah. Nasib baik budak yang baru keluar tu ada rasa tanggungjawab untuk
bayar sewa bulan depannya. Sebab haritu aku baik hati bagi dia masuk bilik tu
tak payah deposit.
Tak memasal kena up
lagi iklan kat mudah untuk cari orang lain masuk. Tak susah pun nak buat benda
tu, tapi manners kau mana manners tu? Bagilah tau awal-awal kalau tak jadi
masuk ke, apa ke. Aku ni bukannya ada telepati nak fahamkan apa yang kau rasa
dari kejauhan.
So, kesimpulannya
lepas submit iklan kat mudah (iklan, haha), aku pun print iklan tersebut untuk
tampal kat 7e, mydin mahu pun mana-mana board yang bakal aku jumpa. Boring kot
buat benda ni berkali-kali macam siaran ulangan.
Time ni la berangan
nak dapatkan dream house yang aku idam-idamkan dari dulu. Tak plan pun nak beli
rumah dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Pedulikan saja bila orang cakap
sampai bila nak menyewa. Sampai mati pun tak ada hal. Memiliki rumah atas nama sendiri tu bukan keperluan kalau
tak silapaku. Makanan, pakaian, tempat tinggal – 3 kemudahan asas untuk hidup
yang aku belajar dulu. Tak kisah la baju pinjam ke, rumah pinjam ke apa ke apa
ke. Just my 2 cent.
Oh, angin geram aku
dah habis rupanya. Pengajarannya kat sini, nak cari pengganti penyewa- memang
kena cari sendiri. Suruh dia bayar deposit, baru confirm and bagi kunci. Selagi
dia tak bagi deposit- jangan confirmkan dia. Aku cuba tak nak berkira sangat,
lagi-lagi dengan bangsaku (cewah) dan ekonomi sekarang ni. Tapi sesungguhnya
perkara itu sungguh tak sesuai untuk apply kat sini.
Makanya, no deposit
no room for you. Harap segalanya dipermudahkan. Huuuu…
0 comments:
Post a Comment