Thursday, September 30, 2010

oh chenta~


“Awak, saya nak ingatkan lagi sekali. Tolong jangan jatuh cinta dengan saya,” serius sungguh wajah Ahmad kali ini. Spontan kening kiri Emily terangkat sedikit. Kenapa tiba-tiba mamat ni. Sawan lagi ke?

Beberapa buah buku yang diambil dari rak buku tadi diletak diatas meja. Dia melihat Ahmad melakukan perkara yang sama. Kerusi di tarik, mereka duduk bertentangan. Emily pelik. Takkan sebab tolong angkatkan buku untuknya dia boleh terus jatuh cinta.

“Tolong angkat buku je kot, “ balas Emily selamba. Satu buku tebal dihadapannya di selak pantas.

“Iyela, manalah tahu awak terpesona dengan ke’gentle’an saya. Saya dah ada girlfriend tau,” balas Ahmad pula.

Emily senyum sinis. Bukan aku tak tau fact yang satu tu. Kalau dah berkepit ke hulu ke hilir, petang-petang balik-balik muka korang kat kafe, dating sampai ke maghrib, kalau bukan girlfriend takkan guru muzik kot. At least pergilah bersukan ke petang-petang macam aku ni, baru sihat tubuh badan. Tak adalah girlfriend nampak macam lady hulk, yang dia macam Olive bini Poppye versi lelaki.

“Tau. Dan untuk mengelakkan aku jatuh cinta kat kau, jom kita siapkan apa yang kita kena siapkan cepat. Lagi cepat lagi bagus. Betul tak?” ujar Emily sambil terus memandang buku rujukan yang mula berselerak di hadapan mereka. Dalam masa yang sama dia rasa rimas diperhatikan.

Siapa lagi kalau bukan lady hulk yang duduk tak jauh dari meja dia dan Ahmad. Itulah perempuan, nak jeles tak bertempat. Ajak duduk satu meja sekali tak  mahu. Konon tak mahu kacau orang buat assignment untuk presentation. Sanggup paksa heret kawan-kawan masuk library yang tak pernah dijejak semata-mata nak monitor pergerakan boyfriend dia. Studynya tidak, dah jadi mak guard yang lebih.

Emily mengeluh perlahan. Kalau bukan sebab kena buat group presentation dalam kelas tutorial nanti memang jangan harapl ah dia nak luangkan masa dengan Ahmad dalam library yang sejuk ni. Dia lagi sanggup duduk dekat bilik tv kat blok, sambil tengok tv, sambil buat kerja. Tenang jiwa.

“Awak, explain sikit pasal chromosome pairs ni. Tak berapa nak faham la,” soal Ahmad tiba-tiba. Emily angkat kepala dari buku. Eloklah, aku baru je habis baca part tu. Boleh mengingat balik apa yang di bacanya semalam.

Emily pun mula menerangkan tentang pasangan kromosom yang wujud dalam DNA setiap makhluk kat muka bumi ini. Lebih menjurus kepada kromosom manusia. Apa jadi kalau terkurang atau terlebih kromosom. Kalau terlebih kromosom Y pada lelaki, orang tu berkemungkinan mewarisi sikap agresif yang mampu menjadikannya penjenayah berbahaya, tentang sindrom Down, dan yang lain-lain.

Langsung Emily terlupakan akan kewujudan lady hulk yang semakin membara melihat keakraban antara Ahmad dan Emily. Ini tak boleh jadi ni. Kalau di biarkan habislah Ahmad akan jatuh ke tangan perempuan tu, desis hati Myra.

Petang itu.

Emily sudah bersiap-siap berpakaian sukan. Memang dah jadi rutin setiap petang dia akan keluar bersukan. Tak kiralah main apa pun, asalkan bukan duduk dalam bilik. Rimas dia dalam bilik. Rasa seperti duduk dalam kotak sempit yang di penuhi dengan manusia yang terlebih kuota. Kes  roommate bawak member sekampung masuk bilik lah ni. Aktiviti biasa petang-petang budak perempuan.

“Emily, kau balik nanti singgah ko-op? Aku nak kirim sabun basuh boleh? Asyik lupalah nak beli,” belum sempat Emily buka pintu, Anita bersuara.

“Kirim air liur memang tak la,” balas Emily. Cepat-cepat Anita keluar kan duit dan menghulurkan kepada Emily.

“Aku nak yang FAB kaler punya tau. Yang kecik punya je. Yang kaler ungu tu. Kalau tak ada aku nak Daia, k?,” balas Anita sambil membuat muka comel ala-ala kucing.

“Ok, bye,” balas Emily sambil menutup pintu. Macam-macam. Sabun basuh pun nak pilih-pilih nak itu nak ini. Asal boleh berbuih cukup la nak basuh baju, ngomel Emily dalam hati.

Dari jauh dia dapat melihat Maria yang sudah menantinya di hujung koridor. Maria kalau berjanji pukul  5, jam 4.55 dah terpacak dah kat tempat yang dijanjikan. Bagus tak bagus budak tu. Ayah pun bekas tentera, memanglah macam tu punya perangai.

“Lambat la kau,” tutur Maria sebaik Emily menghampirinya.

“Lambat apanya. Sharp pukul 5,” balas Emily pantas.  Mereka berjalan beriringan menuruni bukit dari blok menuju ke padang.

“Hari ni kita jogging, pastu kita usha budak main basket nak?” cadang Maria.

“Aik, macam semalam punya aktiviti je,” balas Emily. Bukannya Emily tak tahu propaganda sebenar Maria.

“Tak apa, kita buat siaran ulangan. Hehe,”  Maria tergelak-gelak dengan ayatnya sendiri diikuti Emily.

“Kau nak dengar cerita kelakar tak? Tadi aku sambung discussion dengan Ahmad, budak praktikum aku tu pasal presentation dekat library. Kau tau dia cakap apa kat aku? ‘Awak, saya nak ingatkan lagi sekali. Jangan jatuh cinta dengan saya’, sebab dia dah ada girlfriend..aku pun- haa?..masuk ni dah 3 kali dia cakap benda yang sama kat aku. Dia ingat aku nak sangat ke kat dia?,” cerita Emily tanpa di pinta. Bersemangat sungguh dia bercerita. Siap buat suara lelaki lagi bila sampai part yang Ahmad cakap tadi.

“La..dah apehal mamat tu? Ke kau nampak macam interested kat dia? Ke kau memang dah terjatuh suka kat dia? Orang boleh rasa tau,”balas Maria bersungguh. Umapama kaunselor lagaknya.

“Ahmad? Dia tu? Tak kot. Babe, aku memang tak berminat pada barang orang lain ni. Lagi-lagi dia. Bini dia pun ada tadi. Usha je dari jauh macam nak pukul aku. Cuak gak siot. Sekali dia hempap aku ke apa ke, memang tak bernafas aku,”  Emily cepat-cepat menafikan.

Dari Si Ahmad tu baik dia bercinta dengan tukang kebun kat matrik ni. Lagi lively. Takkan punya dia nak jatuh hati pada si Ahmad yang macam kayu tu. Menurut perintah je tahunya. Akibatnya ikut telunjuk si Myra sampai ke sudah. Harap muka je boleh tahan, otak dah kena program degan si Myra. Kasihan.

“Itulah kau. Susah jadi orang cun ni. Selalu dicemburui walau kau tak buat salah. Macam aku ni. Ramai je cari pasal dengan aku. Aku bercakap sikit dengan lelaki, sibuk mulut bising ingat aku nak mengurat boyfriend orang. Nak buat macam-mana. Tabah na,” balas Maria berbaur nasihat berunsur perasan.

Emily tergelak.

“Kau kalau bab perasan memang serah kat kau kan,” Emily sambung gelak. 

Sedar tak sedar mereka semakin menghampiri padang. Seperti biasa mereka berjoging mengelilingi kawasan matrik mengikut laluan jalan kaki. Suasana petang di situ memang meriah. Ada yag berbasikal, ada yag bermain bola, ada yang menjadi penonton, berdating di kafe, tengok orang bersukan, study di library, tak kurang juga yang meluangkan masa di surau. Alhamdulliah.

Hampir 30 minit berjoging, mereka berjalan laju. Menuju ke court bola keranjang. Menonton pelajar lelaki bermain bola keranjang. Maria memang mata keranjang, Cuma pada Azri seorang. Sambil menonton mereka berborak-borak.

Bila Azri sudah berhenti bermain dia turut menyertai Emily dan Maria dalam sesi menonton dan berborak.
Kes pagi tadi turut di kongsi cerita bersama Azri.

“Aku kesian sebenarnya kat Ahmad tu. Dia kalau boleh nak je join dengan kitorang semua main petang-petang macam ni. Dulu masa awal first sem memang muka dia je la ada kat sini. Dia kan tinggi, shoot bola terus masuk. Semua orang berebut nak main team dia kalau nak menang. Tapi sejak dia couple dengan Myra tu la dia jadi senyap terus. Tak study, dating.Tak dating, study,” cerita Azri menyambung cerita Emily.

“Apsal eh? Myra tu control dia ke?,” soal Maria.

“Iye jugak. Ahmad tu memang jenis diam sikit. Tapi kau cucuk dia sikit je, dia boleh jadi lagi bising dari aku. Haha..Dulu aku memang suka borak –borak dengan dia. Cita-cita dia memang tinggi, cakap dia pun tak macam kita-kita ni cakap. Lepas dia couple, aku dah jarang cakap dengan dia. Tapi kalau tak silap aku dulu sebelum dia couple,dia ada minat kat sorang budak praktikum dia ni. Aku tak ingat siapa nama dia, ramai kot budak perempuan kat kelas dia tu,” sambung Azri.

Emily dan Maria berpandangan.

“Ntah-ntah aku kot budak tu?” balas Emily. Mereka bertiga berpandangan. Akhirnya ketiga-tiga mereka tergelak besar. Terasa mustahil.

“Kau tu harap muka je cun, tapi perangai tak semenggah. Tak ada siapa la nak kat kau. Garang nak mampus. Haha,” Azri tergelak lagi. Emily dan Maria turut gelak.

“Garang sangat ke aku ni. Biasa je,” nafi Emily.

“Garang sangat. Orang nak tegur pun tak berani. Lelaki tak suka tau perempuan garang-garang ni. Kitorang suka yang lemah lembut, manja-manja gitu,”  balas Azri. Nadanya bertukar serius. Sebab sikap itu jugalah dia memilih untuk memilih Maria dari Emily. Maria walau nampak tegas masih nampak kelembutannya. Emily dengan tegasnya, dengan garangnya, bercakap pun rasa macam bercakap dengan lelaki.

“Kau nak manja bela kucing la,” ujar Emily spontan.

“Tengok tu. Nasib baik awak tak jadi macam dia,”ujar Azri kepada Maria. Maria tergelak sambil menepuk bahu Emily.

“Baguslah garang. Tak ada orang kacau. Senang nak jaga,” sampuk Haslan yang sedari tadi mencuri dengar perbualan mereka.

“Kau nak ke kat dia ni Lan? Aku bagi free,” balas Azri.

“Jadi no-3 aku, boleh,” balas Haslan sambil tergelak besar disambut Azri.

“Kau ingat aku apa?,” balas Emily. Suaranya keras. Wooo..masing-masing berpandangan

“Terbukti, kan?” ujar Maria. Merujuk kepada tahap kegarangan Emily. Payah betul nak dibawa bergurau.

“Sudahlah korang. Weyh, aku kena pergi ko-op ni. Anita kirim sabun basuh. Jomlah balik, dah nak maghrib dah kot,” Emily sudah bangun. Maria melihat jam di tangan.

“Rilek la, baru pukul berapa ni,”balas Azri.

“Korang boleh la rilek, blok korang sekangkang kera. Kitorang kena mendaki bukit lagi nanti. Dah la. Jom Maria,” balas Emily sambil menarik tangan Maria yang malas-malas mahu bangun. Kalau dah jumpa buah hati memang tak nak pisah. Bukan tak boleh jumpa lagi lepas ni. Tak faham betullah orang bercinta ni. Emily mengomel dalam hati.

Cepat-cepat mereka melangkah pergi setelah mengucap selamat tinggal. Sampai di ko-op Emily terus capai sabun basuh pilihan hati Anita. Selepas membayar harga sabun basuh di kaunter Emily terus keluar. Maria hanya menunggu di luar.

“Eyh, kau Emily kan,” belum sempat Emilly mendapatkan Maria yang menunggunya di cyber café yang bersebelahan ko-op, Emily terasa lengannya di tarik. Di bawa ke arah tempat yang agak jauh dari ko-op berdekatan dengan kedai fotostet.

Tak sempat buat apa-apa Emily terdorong mengikut ke arah daya yang dikenakan ke atas dirinya.

Myra. Myra the lady hulk bersama rakan-rakannya.

“Kenapa?” soal Emily tenang.

“Aku  nak warning kau. Aku tak suka kau rapat dengan Ahmad. Orang lain pun ada buat discussion jugak, tapi tak segedik kau. Kau tak boleh ke tak tergedik-gedik dengan boyfriend aku?,” balas Myra keras. Suaranya cukup kuat untuk didengari oleh orang yang lalu lalang disitu. Agak menarik perhatian.

Maria cepat-cepat melangkah ke arah Emily.

Emily senyum sinis.

“Ok. No problem. He’s all yours. Aku takkan jumpa dia lagi dah.  Puas hati?,” balas Emily sinis. Tak kuasa dia nak gaduh sebab lelaki.

“Aku tak kisah tau korang ada discussion ke apa ke. Sebab pasal study kan. Tapi aku boleh tau tengok kau tergedik-gedik dengan boyfriend aku tu. Kau tak ada maruah ke?,” kali ini suara Myra semakin meninggi. 

Makin banyak mata yang tertumpu pada mereka.

Ok, maruah. Gaduh macam ni bermaruahkah? Emily geleng-geleng. Alahai, segannya kalau orang tau gaduh sebab lelaki. Mana nak letak muka ni.

“Emily,” Maria cuba masuk campur. Emily cepat-cepat menahan. Dia tak mahu perkara ini berlanjutan. Buang masa.

“Ok, kalau kau rasa aku tergedik dengan Ahmad, aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak ambil dia dari kau ke apa ke. So, chill, ok?,” balas Emily sambil berlalu pergi. Myra cuba menahan Emily dari pergi namun Emily pantas mengelak.

“By the way, if you are good enough for him- you shouldn’t feel insecure like this. Oke?” sempat Emily berpesan sebelum meninggalkan Myra di situ.

 “La, ingatkan nak gaduh tarik-tarik rambut ke tadi,” salah seorang penonton drama pendek tadi bersuara. Disambut dengan yang lain.

Emily pantas memandang mereka dan memberikan pandangan membunuhnya. Begangnya pada Myra masih tak hilang. Penyibuk-penyibuk ni pulak cari pasal.

“Kecewa ke?” soal Emily sambil terus berlalu diikuti Maria. Dia tak tahu apa terjadi pada Myra dan dia tak mahu tahu. Yang dia tahu, dia mahu sampai ke blok dan tinggalkan tempat itu. Benci menjadi perhatian pada sesuatu yang tak bernilai.

“Kau ok ke?” soal Maria. Sejak tadi Emily tak kata apa.

“Aku segan dowh orang tengok-tengok ni. Nak gaduh pasal lelaki pulak tu. Mesti glamour aku sok,” balas Emily sambil tegelak-gelak.

“Rilek ar. Bukan korang gaduh berguling-guling pun. Aku rasa kalau orang lain sure dah bercakar dah. Solute ah kat kau,” ujar Maria kagum.

“Kau giler! Kalau gaduh surelah aku yang kalah. Tangan dia je lagi besar dari muka aku. Sekali dia hempap aku terus tak boleh bangun 4 hari. Tu yang aku cepat-cepat lari tu. Huhu,” balas Emily. Mereka berdua tergelak akhirnya. Emily sedar fizikalnya yang lebih kecil dari orang lain itu membuatkan peluangnya untuk kalah lebih tinggi.

Esoknya.

Selesai presentation.

Berdebar Emily Dan Ahmad menungu komen dari pembantu lecturer.

“Good presentation, lengkap, sampai tak ada siapa yang nak soal,” komen Encik Khairul, yang sebenarnya lebih kepada memerli pelajar lain kerana semuanya malas bertanyakan soalan. Mereka sebenarnya lebih kepada bersedia untuk presentation masing-masing sehingga mengabaikan orang lain punya presentation.

“Saya pun tak ada apa-apa nak soal. Sangat detail, kamu berdua boleh ganti Encik Zamri nanti jadi pensyarah. So, next group,” ujar Encik Khairul. Kumpulan lain mula bersedia membentangkan kertas mahjung.

Emily dan Ahmad bersama-sama menanggalkan kertas makjung dari white board membelakangi pelajar lain.

“Emily…saya..nak.. minta maaf sangat pasal semalam. Myra…kat ko-op..” tersekat-sekat Ahmad menutur bicara.

“Tak ada apa lah. Benda dah lepas,” balas Emily. Tak mahu memanjangkan cerita. Ahmad nampak serba salah.

“Rilek la, bukan salah kau pun. Chill, ok?,” pujuk Emily bila melihat Ahmad yang masih berwajah serba salah yang amat. Ahmad angguk-angguk perlahan.

“Dah, dah..tak payah la nak bercinta kat depan tu. Bagi la chance orang lain pulak,” ujar Basri dari belakang makmal. Di sambut dengan gelak tawa pelajar lain. Sememangnya cerita insiden ko-op semalam sudah tersebar ke seluruh matrik.

Ada yang mengatakan Emily cool kerana tak brgaduh besar, ada juga yang menyatakan si Emily penakut kerana lari dari medan pergaduhan. Macam-macam versi yang keluar, radio buruklah katakan. Tiba-tiba nama Emily, Ahmad dan Myra menjadi topic utama di matrik ketika itu.

Lepas tu..

Lepas tu..
 ….
 …

“Lepas tu apa mama?,” soal kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di hadapannya. Tangannya menyelak album di tangan kecilnya.

“Lepas tu apa eh? Glamer la..hurm..glamer. Tapi sekejap je sebab lepas tu ada cerita yang lebih menarik keluar, mama terus dilupakan. Haha,”  balas Emily.

“Tak best la cerita mama ni,” balas anak kecil itu lagi.

E’eh, dia yang  beriya suruh orang cerita, itu je komen dia. Ini semua gara-gara si kecil Zara ni terjumpa album lama yang disimpan dalam kotak ketika sedang mengemas rumah barunya. Punyalah gelabah dia cari budak Zara tu tadi, rupanya tengah seronok tengok gambar-gambar lama miliknya dibalik kotak yang berselerak di sekitar rumah.

“Tapi hensem kan mama?,” komen Zara.

“Siapa?” soal Emily pantas. Pantas Zara menunjuk kearah seorang lelaki di gambar lamanya.

“Ni mesti auntie Maria yang ajar cakap hensem-hensem ni kan,” balas Emily. Zara tersenyum-senyum.

Emily menatap wajah Ahmad lama di dalam gambar tersebut. Gambar yang ditangkap bersama rakan sekelas yang lain sebelum tamat pengajian di matrikulasi. Entah macammana dia sendiri pun tak sedar kenapa Ahmad berdiri di sebelahnya. Setahunya di sebelahnya Maria.

Mana ada hensem. Biasa jek. Apalah mata anak aku sorang ni.

Ceritanya tak tamat disitu.

Tamat matrikulasi, masing-masing  melanjutkan ke university. Ramai juga yang berjaya fly ke oversea dengan keputusan yang hebat, termasuk Ahmad. Dia pula meneruskan pengajian di university tempatan. Masa tahun akhir dia belajar itulah dia mula terjumpa kawan-kawan lamanya melaui facebook. Masing-masing pun ramai yang dah jadi penulis blog peribadi, jumpa blog yang menarik habis di follownya.

Untuk blog Ahmad dia ambil masa 2 hari untuk menghabiskan baca dari awal sampai habis. Dan dari situlah dia dapat tahu siapa sebenarnya rakan sekelasnya yang disukai Ahmad dari zaman matrik sampai ke saat dia membaca blog itu.

“Ayah, ni ayah kan?” soal Zara tiba-tiba. Pantas Emily menoleh ke arah Zara yang sedang menunjuk gambar yang sama kepada lelaki yang sedang menghampiri mereka.

Senyap.

“  Dia kata awak hensem dulu,” sampuk Emily. Memandang tepat ke arah lelaki yang sedang meriba Zara.

“Hensem la. Kalau tak, takkan nya ada orang bergaduh sebab ayah dulu. Betul tak Zara?,” Ahmad tergelak-gelak sambil memandang Zara.

“Betul-betul,” sokong Zara. Emily buat muka jijik.

“Ha, saya dah lama nak tanya awak. Masa kat library dulu, awak ingat tak yang awak cakap, jangan jatuh cinta kat awak, kenapa eh?,” soal Emily. Baru dia teringat untuk bertanyakan soalan itu setelah sekian lama dia terlupa.

“Yang tu..tak ingat la kenapa..jap..ohh..yang tu…Azri la yang cakap, dia kata awak suka saya dari minggu orientasi lagi. Lepastu dia cakap awak pura-pura tak suka saya depan saya. Saya pun cakap la macam tu kat awak,” balas Ahmad.

“Tak guna punya Azri. Berani betul budak tu. Macam tu je awak percaya?,” keluh Emily.

“Tapi bila dia cakap macam tu, saya pun dah start suka awak sikit. Tapi awak kan garang dulu. Saya tak berani nak dekat. Segan pulak kena reject nanti. Tak lama lepas tu Myra datang. Macam tu lah,” balas Ahmad sambil mengingat-ingat semula masa dulu.

Myra, apa khabarlah dia agaknya sekarang. Sejak clash selepas insiden di ko-op dulu dia langsung tak contact dia terus.

“Awak terujakan dapat group dengan saya masa buat presentation tu kan?,” soal Emily. Ahmad terangguk-angguk. Emily senyum. Dia sendiri pun tak sedar sejak bila dia mula sukakan lelaki itu. Melalui blognya dia mula mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam. Lebih mengharukan bila Ahmad buat satu entry confession terhadapnya dulu.

Tak sangka boleh berputik cinta dari blog.

Tak mustahilkan?

4 comments:

akki said...

like dis!
wei write more!
aku leh jd pengkritik kamu!

r.o.x.e said...

thanx..
hehe~

Anonymous said...

ni crite pasai diri ko ke ape?

r.o.x.e said...

cik anon nama sebenar apa ye?..hehe..