Thursday, September 30, 2010

oh chenta~


“Awak, saya nak ingatkan lagi sekali. Tolong jangan jatuh cinta dengan saya,” serius sungguh wajah Ahmad kali ini. Spontan kening kiri Emily terangkat sedikit. Kenapa tiba-tiba mamat ni. Sawan lagi ke?

Beberapa buah buku yang diambil dari rak buku tadi diletak diatas meja. Dia melihat Ahmad melakukan perkara yang sama. Kerusi di tarik, mereka duduk bertentangan. Emily pelik. Takkan sebab tolong angkatkan buku untuknya dia boleh terus jatuh cinta.

“Tolong angkat buku je kot, “ balas Emily selamba. Satu buku tebal dihadapannya di selak pantas.

“Iyela, manalah tahu awak terpesona dengan ke’gentle’an saya. Saya dah ada girlfriend tau,” balas Ahmad pula.

Emily senyum sinis. Bukan aku tak tau fact yang satu tu. Kalau dah berkepit ke hulu ke hilir, petang-petang balik-balik muka korang kat kafe, dating sampai ke maghrib, kalau bukan girlfriend takkan guru muzik kot. At least pergilah bersukan ke petang-petang macam aku ni, baru sihat tubuh badan. Tak adalah girlfriend nampak macam lady hulk, yang dia macam Olive bini Poppye versi lelaki.

“Tau. Dan untuk mengelakkan aku jatuh cinta kat kau, jom kita siapkan apa yang kita kena siapkan cepat. Lagi cepat lagi bagus. Betul tak?” ujar Emily sambil terus memandang buku rujukan yang mula berselerak di hadapan mereka. Dalam masa yang sama dia rasa rimas diperhatikan.

Siapa lagi kalau bukan lady hulk yang duduk tak jauh dari meja dia dan Ahmad. Itulah perempuan, nak jeles tak bertempat. Ajak duduk satu meja sekali tak  mahu. Konon tak mahu kacau orang buat assignment untuk presentation. Sanggup paksa heret kawan-kawan masuk library yang tak pernah dijejak semata-mata nak monitor pergerakan boyfriend dia. Studynya tidak, dah jadi mak guard yang lebih.

Emily mengeluh perlahan. Kalau bukan sebab kena buat group presentation dalam kelas tutorial nanti memang jangan harapl ah dia nak luangkan masa dengan Ahmad dalam library yang sejuk ni. Dia lagi sanggup duduk dekat bilik tv kat blok, sambil tengok tv, sambil buat kerja. Tenang jiwa.

“Awak, explain sikit pasal chromosome pairs ni. Tak berapa nak faham la,” soal Ahmad tiba-tiba. Emily angkat kepala dari buku. Eloklah, aku baru je habis baca part tu. Boleh mengingat balik apa yang di bacanya semalam.

Emily pun mula menerangkan tentang pasangan kromosom yang wujud dalam DNA setiap makhluk kat muka bumi ini. Lebih menjurus kepada kromosom manusia. Apa jadi kalau terkurang atau terlebih kromosom. Kalau terlebih kromosom Y pada lelaki, orang tu berkemungkinan mewarisi sikap agresif yang mampu menjadikannya penjenayah berbahaya, tentang sindrom Down, dan yang lain-lain.

Langsung Emily terlupakan akan kewujudan lady hulk yang semakin membara melihat keakraban antara Ahmad dan Emily. Ini tak boleh jadi ni. Kalau di biarkan habislah Ahmad akan jatuh ke tangan perempuan tu, desis hati Myra.

Petang itu.

Emily sudah bersiap-siap berpakaian sukan. Memang dah jadi rutin setiap petang dia akan keluar bersukan. Tak kiralah main apa pun, asalkan bukan duduk dalam bilik. Rimas dia dalam bilik. Rasa seperti duduk dalam kotak sempit yang di penuhi dengan manusia yang terlebih kuota. Kes  roommate bawak member sekampung masuk bilik lah ni. Aktiviti biasa petang-petang budak perempuan.

“Emily, kau balik nanti singgah ko-op? Aku nak kirim sabun basuh boleh? Asyik lupalah nak beli,” belum sempat Emily buka pintu, Anita bersuara.

“Kirim air liur memang tak la,” balas Emily. Cepat-cepat Anita keluar kan duit dan menghulurkan kepada Emily.

“Aku nak yang FAB kaler punya tau. Yang kecik punya je. Yang kaler ungu tu. Kalau tak ada aku nak Daia, k?,” balas Anita sambil membuat muka comel ala-ala kucing.

“Ok, bye,” balas Emily sambil menutup pintu. Macam-macam. Sabun basuh pun nak pilih-pilih nak itu nak ini. Asal boleh berbuih cukup la nak basuh baju, ngomel Emily dalam hati.

Dari jauh dia dapat melihat Maria yang sudah menantinya di hujung koridor. Maria kalau berjanji pukul  5, jam 4.55 dah terpacak dah kat tempat yang dijanjikan. Bagus tak bagus budak tu. Ayah pun bekas tentera, memanglah macam tu punya perangai.

“Lambat la kau,” tutur Maria sebaik Emily menghampirinya.

“Lambat apanya. Sharp pukul 5,” balas Emily pantas.  Mereka berjalan beriringan menuruni bukit dari blok menuju ke padang.

“Hari ni kita jogging, pastu kita usha budak main basket nak?” cadang Maria.

“Aik, macam semalam punya aktiviti je,” balas Emily. Bukannya Emily tak tahu propaganda sebenar Maria.

“Tak apa, kita buat siaran ulangan. Hehe,”  Maria tergelak-gelak dengan ayatnya sendiri diikuti Emily.

“Kau nak dengar cerita kelakar tak? Tadi aku sambung discussion dengan Ahmad, budak praktikum aku tu pasal presentation dekat library. Kau tau dia cakap apa kat aku? ‘Awak, saya nak ingatkan lagi sekali. Jangan jatuh cinta dengan saya’, sebab dia dah ada girlfriend..aku pun- haa?..masuk ni dah 3 kali dia cakap benda yang sama kat aku. Dia ingat aku nak sangat ke kat dia?,” cerita Emily tanpa di pinta. Bersemangat sungguh dia bercerita. Siap buat suara lelaki lagi bila sampai part yang Ahmad cakap tadi.

“La..dah apehal mamat tu? Ke kau nampak macam interested kat dia? Ke kau memang dah terjatuh suka kat dia? Orang boleh rasa tau,”balas Maria bersungguh. Umapama kaunselor lagaknya.

“Ahmad? Dia tu? Tak kot. Babe, aku memang tak berminat pada barang orang lain ni. Lagi-lagi dia. Bini dia pun ada tadi. Usha je dari jauh macam nak pukul aku. Cuak gak siot. Sekali dia hempap aku ke apa ke, memang tak bernafas aku,”  Emily cepat-cepat menafikan.

Dari Si Ahmad tu baik dia bercinta dengan tukang kebun kat matrik ni. Lagi lively. Takkan punya dia nak jatuh hati pada si Ahmad yang macam kayu tu. Menurut perintah je tahunya. Akibatnya ikut telunjuk si Myra sampai ke sudah. Harap muka je boleh tahan, otak dah kena program degan si Myra. Kasihan.

“Itulah kau. Susah jadi orang cun ni. Selalu dicemburui walau kau tak buat salah. Macam aku ni. Ramai je cari pasal dengan aku. Aku bercakap sikit dengan lelaki, sibuk mulut bising ingat aku nak mengurat boyfriend orang. Nak buat macam-mana. Tabah na,” balas Maria berbaur nasihat berunsur perasan.

Emily tergelak.

“Kau kalau bab perasan memang serah kat kau kan,” Emily sambung gelak. 

Sedar tak sedar mereka semakin menghampiri padang. Seperti biasa mereka berjoging mengelilingi kawasan matrik mengikut laluan jalan kaki. Suasana petang di situ memang meriah. Ada yag berbasikal, ada yag bermain bola, ada yang menjadi penonton, berdating di kafe, tengok orang bersukan, study di library, tak kurang juga yang meluangkan masa di surau. Alhamdulliah.

Hampir 30 minit berjoging, mereka berjalan laju. Menuju ke court bola keranjang. Menonton pelajar lelaki bermain bola keranjang. Maria memang mata keranjang, Cuma pada Azri seorang. Sambil menonton mereka berborak-borak.

Bila Azri sudah berhenti bermain dia turut menyertai Emily dan Maria dalam sesi menonton dan berborak.
Kes pagi tadi turut di kongsi cerita bersama Azri.

“Aku kesian sebenarnya kat Ahmad tu. Dia kalau boleh nak je join dengan kitorang semua main petang-petang macam ni. Dulu masa awal first sem memang muka dia je la ada kat sini. Dia kan tinggi, shoot bola terus masuk. Semua orang berebut nak main team dia kalau nak menang. Tapi sejak dia couple dengan Myra tu la dia jadi senyap terus. Tak study, dating.Tak dating, study,” cerita Azri menyambung cerita Emily.

“Apsal eh? Myra tu control dia ke?,” soal Maria.

“Iye jugak. Ahmad tu memang jenis diam sikit. Tapi kau cucuk dia sikit je, dia boleh jadi lagi bising dari aku. Haha..Dulu aku memang suka borak –borak dengan dia. Cita-cita dia memang tinggi, cakap dia pun tak macam kita-kita ni cakap. Lepas dia couple, aku dah jarang cakap dengan dia. Tapi kalau tak silap aku dulu sebelum dia couple,dia ada minat kat sorang budak praktikum dia ni. Aku tak ingat siapa nama dia, ramai kot budak perempuan kat kelas dia tu,” sambung Azri.

Emily dan Maria berpandangan.

“Ntah-ntah aku kot budak tu?” balas Emily. Mereka bertiga berpandangan. Akhirnya ketiga-tiga mereka tergelak besar. Terasa mustahil.

“Kau tu harap muka je cun, tapi perangai tak semenggah. Tak ada siapa la nak kat kau. Garang nak mampus. Haha,” Azri tergelak lagi. Emily dan Maria turut gelak.

“Garang sangat ke aku ni. Biasa je,” nafi Emily.

“Garang sangat. Orang nak tegur pun tak berani. Lelaki tak suka tau perempuan garang-garang ni. Kitorang suka yang lemah lembut, manja-manja gitu,”  balas Azri. Nadanya bertukar serius. Sebab sikap itu jugalah dia memilih untuk memilih Maria dari Emily. Maria walau nampak tegas masih nampak kelembutannya. Emily dengan tegasnya, dengan garangnya, bercakap pun rasa macam bercakap dengan lelaki.

“Kau nak manja bela kucing la,” ujar Emily spontan.

“Tengok tu. Nasib baik awak tak jadi macam dia,”ujar Azri kepada Maria. Maria tergelak sambil menepuk bahu Emily.

“Baguslah garang. Tak ada orang kacau. Senang nak jaga,” sampuk Haslan yang sedari tadi mencuri dengar perbualan mereka.

“Kau nak ke kat dia ni Lan? Aku bagi free,” balas Azri.

“Jadi no-3 aku, boleh,” balas Haslan sambil tergelak besar disambut Azri.

“Kau ingat aku apa?,” balas Emily. Suaranya keras. Wooo..masing-masing berpandangan

“Terbukti, kan?” ujar Maria. Merujuk kepada tahap kegarangan Emily. Payah betul nak dibawa bergurau.

“Sudahlah korang. Weyh, aku kena pergi ko-op ni. Anita kirim sabun basuh. Jomlah balik, dah nak maghrib dah kot,” Emily sudah bangun. Maria melihat jam di tangan.

“Rilek la, baru pukul berapa ni,”balas Azri.

“Korang boleh la rilek, blok korang sekangkang kera. Kitorang kena mendaki bukit lagi nanti. Dah la. Jom Maria,” balas Emily sambil menarik tangan Maria yang malas-malas mahu bangun. Kalau dah jumpa buah hati memang tak nak pisah. Bukan tak boleh jumpa lagi lepas ni. Tak faham betullah orang bercinta ni. Emily mengomel dalam hati.

Cepat-cepat mereka melangkah pergi setelah mengucap selamat tinggal. Sampai di ko-op Emily terus capai sabun basuh pilihan hati Anita. Selepas membayar harga sabun basuh di kaunter Emily terus keluar. Maria hanya menunggu di luar.

“Eyh, kau Emily kan,” belum sempat Emilly mendapatkan Maria yang menunggunya di cyber cafĂ© yang bersebelahan ko-op, Emily terasa lengannya di tarik. Di bawa ke arah tempat yang agak jauh dari ko-op berdekatan dengan kedai fotostet.

Tak sempat buat apa-apa Emily terdorong mengikut ke arah daya yang dikenakan ke atas dirinya.

Myra. Myra the lady hulk bersama rakan-rakannya.

“Kenapa?” soal Emily tenang.

“Aku  nak warning kau. Aku tak suka kau rapat dengan Ahmad. Orang lain pun ada buat discussion jugak, tapi tak segedik kau. Kau tak boleh ke tak tergedik-gedik dengan boyfriend aku?,” balas Myra keras. Suaranya cukup kuat untuk didengari oleh orang yang lalu lalang disitu. Agak menarik perhatian.

Maria cepat-cepat melangkah ke arah Emily.

Emily senyum sinis.

“Ok. No problem. He’s all yours. Aku takkan jumpa dia lagi dah.  Puas hati?,” balas Emily sinis. Tak kuasa dia nak gaduh sebab lelaki.

“Aku tak kisah tau korang ada discussion ke apa ke. Sebab pasal study kan. Tapi aku boleh tau tengok kau tergedik-gedik dengan boyfriend aku tu. Kau tak ada maruah ke?,” kali ini suara Myra semakin meninggi. 

Makin banyak mata yang tertumpu pada mereka.

Ok, maruah. Gaduh macam ni bermaruahkah? Emily geleng-geleng. Alahai, segannya kalau orang tau gaduh sebab lelaki. Mana nak letak muka ni.

“Emily,” Maria cuba masuk campur. Emily cepat-cepat menahan. Dia tak mahu perkara ini berlanjutan. Buang masa.

“Ok, kalau kau rasa aku tergedik dengan Ahmad, aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak ambil dia dari kau ke apa ke. So, chill, ok?,” balas Emily sambil berlalu pergi. Myra cuba menahan Emily dari pergi namun Emily pantas mengelak.

“By the way, if you are good enough for him- you shouldn’t feel insecure like this. Oke?” sempat Emily berpesan sebelum meninggalkan Myra di situ.

 “La, ingatkan nak gaduh tarik-tarik rambut ke tadi,” salah seorang penonton drama pendek tadi bersuara. Disambut dengan yang lain.

Emily pantas memandang mereka dan memberikan pandangan membunuhnya. Begangnya pada Myra masih tak hilang. Penyibuk-penyibuk ni pulak cari pasal.

“Kecewa ke?” soal Emily sambil terus berlalu diikuti Maria. Dia tak tahu apa terjadi pada Myra dan dia tak mahu tahu. Yang dia tahu, dia mahu sampai ke blok dan tinggalkan tempat itu. Benci menjadi perhatian pada sesuatu yang tak bernilai.

“Kau ok ke?” soal Maria. Sejak tadi Emily tak kata apa.

“Aku segan dowh orang tengok-tengok ni. Nak gaduh pasal lelaki pulak tu. Mesti glamour aku sok,” balas Emily sambil tegelak-gelak.

“Rilek ar. Bukan korang gaduh berguling-guling pun. Aku rasa kalau orang lain sure dah bercakar dah. Solute ah kat kau,” ujar Maria kagum.

“Kau giler! Kalau gaduh surelah aku yang kalah. Tangan dia je lagi besar dari muka aku. Sekali dia hempap aku terus tak boleh bangun 4 hari. Tu yang aku cepat-cepat lari tu. Huhu,” balas Emily. Mereka berdua tergelak akhirnya. Emily sedar fizikalnya yang lebih kecil dari orang lain itu membuatkan peluangnya untuk kalah lebih tinggi.

Esoknya.

Selesai presentation.

Berdebar Emily Dan Ahmad menungu komen dari pembantu lecturer.

“Good presentation, lengkap, sampai tak ada siapa yang nak soal,” komen Encik Khairul, yang sebenarnya lebih kepada memerli pelajar lain kerana semuanya malas bertanyakan soalan. Mereka sebenarnya lebih kepada bersedia untuk presentation masing-masing sehingga mengabaikan orang lain punya presentation.

“Saya pun tak ada apa-apa nak soal. Sangat detail, kamu berdua boleh ganti Encik Zamri nanti jadi pensyarah. So, next group,” ujar Encik Khairul. Kumpulan lain mula bersedia membentangkan kertas mahjung.

Emily dan Ahmad bersama-sama menanggalkan kertas makjung dari white board membelakangi pelajar lain.

“Emily…saya..nak.. minta maaf sangat pasal semalam. Myra…kat ko-op..” tersekat-sekat Ahmad menutur bicara.

“Tak ada apa lah. Benda dah lepas,” balas Emily. Tak mahu memanjangkan cerita. Ahmad nampak serba salah.

“Rilek la, bukan salah kau pun. Chill, ok?,” pujuk Emily bila melihat Ahmad yang masih berwajah serba salah yang amat. Ahmad angguk-angguk perlahan.

“Dah, dah..tak payah la nak bercinta kat depan tu. Bagi la chance orang lain pulak,” ujar Basri dari belakang makmal. Di sambut dengan gelak tawa pelajar lain. Sememangnya cerita insiden ko-op semalam sudah tersebar ke seluruh matrik.

Ada yang mengatakan Emily cool kerana tak brgaduh besar, ada juga yang menyatakan si Emily penakut kerana lari dari medan pergaduhan. Macam-macam versi yang keluar, radio buruklah katakan. Tiba-tiba nama Emily, Ahmad dan Myra menjadi topic utama di matrik ketika itu.

Lepas tu..

Lepas tu..
 ….
 …

“Lepas tu apa mama?,” soal kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di hadapannya. Tangannya menyelak album di tangan kecilnya.

“Lepas tu apa eh? Glamer la..hurm..glamer. Tapi sekejap je sebab lepas tu ada cerita yang lebih menarik keluar, mama terus dilupakan. Haha,”  balas Emily.

“Tak best la cerita mama ni,” balas anak kecil itu lagi.

E’eh, dia yang  beriya suruh orang cerita, itu je komen dia. Ini semua gara-gara si kecil Zara ni terjumpa album lama yang disimpan dalam kotak ketika sedang mengemas rumah barunya. Punyalah gelabah dia cari budak Zara tu tadi, rupanya tengah seronok tengok gambar-gambar lama miliknya dibalik kotak yang berselerak di sekitar rumah.

“Tapi hensem kan mama?,” komen Zara.

“Siapa?” soal Emily pantas. Pantas Zara menunjuk kearah seorang lelaki di gambar lamanya.

“Ni mesti auntie Maria yang ajar cakap hensem-hensem ni kan,” balas Emily. Zara tersenyum-senyum.

Emily menatap wajah Ahmad lama di dalam gambar tersebut. Gambar yang ditangkap bersama rakan sekelas yang lain sebelum tamat pengajian di matrikulasi. Entah macammana dia sendiri pun tak sedar kenapa Ahmad berdiri di sebelahnya. Setahunya di sebelahnya Maria.

Mana ada hensem. Biasa jek. Apalah mata anak aku sorang ni.

Ceritanya tak tamat disitu.

Tamat matrikulasi, masing-masing  melanjutkan ke university. Ramai juga yang berjaya fly ke oversea dengan keputusan yang hebat, termasuk Ahmad. Dia pula meneruskan pengajian di university tempatan. Masa tahun akhir dia belajar itulah dia mula terjumpa kawan-kawan lamanya melaui facebook. Masing-masing pun ramai yang dah jadi penulis blog peribadi, jumpa blog yang menarik habis di follownya.

Untuk blog Ahmad dia ambil masa 2 hari untuk menghabiskan baca dari awal sampai habis. Dan dari situlah dia dapat tahu siapa sebenarnya rakan sekelasnya yang disukai Ahmad dari zaman matrik sampai ke saat dia membaca blog itu.

“Ayah, ni ayah kan?” soal Zara tiba-tiba. Pantas Emily menoleh ke arah Zara yang sedang menunjuk gambar yang sama kepada lelaki yang sedang menghampiri mereka.

Senyap.

“  Dia kata awak hensem dulu,” sampuk Emily. Memandang tepat ke arah lelaki yang sedang meriba Zara.

“Hensem la. Kalau tak, takkan nya ada orang bergaduh sebab ayah dulu. Betul tak Zara?,” Ahmad tergelak-gelak sambil memandang Zara.

“Betul-betul,” sokong Zara. Emily buat muka jijik.

“Ha, saya dah lama nak tanya awak. Masa kat library dulu, awak ingat tak yang awak cakap, jangan jatuh cinta kat awak, kenapa eh?,” soal Emily. Baru dia teringat untuk bertanyakan soalan itu setelah sekian lama dia terlupa.

“Yang tu..tak ingat la kenapa..jap..ohh..yang tu…Azri la yang cakap, dia kata awak suka saya dari minggu orientasi lagi. Lepastu dia cakap awak pura-pura tak suka saya depan saya. Saya pun cakap la macam tu kat awak,” balas Ahmad.

“Tak guna punya Azri. Berani betul budak tu. Macam tu je awak percaya?,” keluh Emily.

“Tapi bila dia cakap macam tu, saya pun dah start suka awak sikit. Tapi awak kan garang dulu. Saya tak berani nak dekat. Segan pulak kena reject nanti. Tak lama lepas tu Myra datang. Macam tu lah,” balas Ahmad sambil mengingat-ingat semula masa dulu.

Myra, apa khabarlah dia agaknya sekarang. Sejak clash selepas insiden di ko-op dulu dia langsung tak contact dia terus.

“Awak terujakan dapat group dengan saya masa buat presentation tu kan?,” soal Emily. Ahmad terangguk-angguk. Emily senyum. Dia sendiri pun tak sedar sejak bila dia mula sukakan lelaki itu. Melalui blognya dia mula mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam. Lebih mengharukan bila Ahmad buat satu entry confession terhadapnya dulu.

Tak sangka boleh berputik cinta dari blog.

Tak mustahilkan?

Monday, September 27, 2010

pengalaman hebat~

boleh bayangkan tak jalan kaki sorang-sorang area lot 10 malam-malam tanpa tahu arah tujuan sebenar- dengan kata lainnya sesat..ye, aku sesat masa tu..dalam kepala otak memanglah ada tujuan, arah je yang aku tak berapa nak pasti sangat..dengan tak tahu jalannya, dengan semangat berani matinya dan dengan confident nya aku melangkahkan kaki macam aku dah tau tempat tu sejak aku lahir lagi..

perlahan-lahan aku menyusuri jalan..berbekalkan air nescafe latte di tangan, dalam hati aku nekad- habis je air nescafe ni aku sedut, aku mesti berjaya jumpa times square..kalau tak, mati la aku..masa tu memang tak terfikir nak kontek siapa-siapa langsung..padahal boleh jek kalau nak kontek sesape yang tau jalan area sini..

malam tu memang aneh dan pelik buat aku..rasa macam ada kat dunia lain..dengan lampu-lampunya, orang-orangnya..serius- rasa macam aku adalah tourist yang berjalan di negara sendiri..hehe..rasa macam bangang pun ada jugak sebab dah berapa lama duduk kl ni, tapi masih tak ingat jalan..jalan balik rumah guna jalan raya pun tak tau, memang parah la aku ni..

ceritanya macam ni, lepas wave goodbye kat qila n family, aku dengan confidentnya melangkah keluar dari low yat tu untuk ambil monorail imbi ke hang tuah..dan dari monorail hang tuah aku sepatutnya tukar ke star lrt naik sampai ke salak selatan..tengok, kalau bab public transport ni aku memang hebat-kalau nak suruh aku jalan kaki tunjuk jalan sana sini naik kereta ke memang fail lah..sebab tak selalu guna jalan darat..hehe..

oh, ada tak aku mention sebelum ni yang aku adalah seorang yang buta jalan  yang tegar..lagi-lagi bila malam..memang terbaiklah..haha..

keluar-keluar je, rerupanya aku ikut salah pintu..aku keluar ikut pintu lain dari yang aku masuk..jadinya jalan yang aku akan lalu lepas ni 100% aku tak tau dan tak pernah lalu..aku fikir-fikir balik, aku patut takut ke patut excited?..sorang-sorang, malam-malam, tempat yang tak familiar, orang-orang yang tak tahu boleh percaya ke tak..sepatutnya apa yang aku patut rasa?

seriously, to be honest, aku adalah sangat teruja masa tu..takut tu memang ada la..tipulah kalau cakap tak ada sikit pun takut..kaki ni pulak laju je jalan sampai terbabas nak pergi kat parking kat bawah tu..ada la pulak kan..jalan ikut sedap kaki..

jalan punya jalan, jumpa banyak pulak hotel-hotel..tiba-tiba nampak pulak ada orang berdiri depan satu kedai ni ramai-ramai dan cuba tarik perhatian orang yang lalu lalang untuk masuk kedai dia..aku tak sure kedai apa..nampak gaya macam kedai urut refloksologi..entah iye entah tidakk..

dalam kepala aku sibuk fikir-kat mana aku, kat mana aku dan kat mana aku ni..arah mana perlu aku ikut dan sebagainya..kalau jumpa times square maksudnya aku dah selamat..tapi arah mana eh?..dalam gelabah-gelabah tu memang cuba sehabis mungkin buat muka setenang yang boleh..

samapai satu tempat, tiba-tiba aku dapat rasakan ada banyak flash kena kat muka aku..mestilah flash camera takkan kilat pulak kan..aku pun pandanglah arah datang kilauan-kilauan tersebut..memang banyak kamera yang terhala pada aku masa tu..aku pun dah, apehal pulak diorang ambil gambar ni..tau la aku sesat kan..tapi apehal pulak sampai kena ambil gambar reramai camni..

pulak..sekali aku tengok betul-betul, rerupanya aku yang dah terselit dalam objek sebenar yang diorang nak ambil gambarnya..tengok betul-betul aku ada kat depan lot 10..yang ada skrin besar yang mana aku baru tahu hari tu..(wa..aku yang jakun)..betul-betul kat sebelah aku adalah dua orang yang berpakaian kilat-kilat dari hujung topi sampai hujung kasut dan berlagak seperti patung..la hai..patut la sibuk diorang ambil gambar..

hehe..

aku pun duk tercongok sekali join diorang tengok orang macam patung tu..jakun yang amat la kan..first time kot jumpa benda-benda macam ni..seronok gak..kat depan tu ada stesen monorail bukit bintang..patutnya boleh je naik monorail tu..dah, habis cerita..

tapi  tak tau lah apa yang memandu minda aku malam tu, dengan selambanya kaki aku ni terus melangkah melepasi stesen monorail tu dan terus berjalan..ni lah jalan-jalan cari pasal namanya..nasib baik sebelum tu ada jumpa sign board untuk ke times square, lagi 1.4 km kalau tak silap..maka kaki ni pun terus berjalan..follow je bawah laluan monorail tu..

tiba-tiba aku teringat kat brader jual goreng pisang tu..7 tahun lepas, masa tu first time aku datang kl sorang-sorang naik bas..nak balik asrama..dari pudu memang sumpah aku tak tau macam mana nak pergi keramat au 2 tu..yang aku tau, berhenti kat pudu, naik lrt kat masjid jamek pastu naik bas nombor 20, nanti bas tu akan berhenti betul-betul depan asrama aku..

masalahnya aku manalah nak tau dari pudu tu nak pergi lrt masjid jamek tu ikut arah mana..dan dengan selambanya aku tanya kat sorang brader yang tengah goreng pisang masa tu..dia pun cakap,'ikut je landasan untuk lrt tu..nanti mesti jumpa'..

aku pun, ok, ikut je bawah landasan tu..then tada-- terjumpa satu jejantas untuk cross jalan ke times square sebelum ke jejantas untuk ke stesen monorail imbi..aku pun- sangat-sangat lega yang amat..rasa macam nak sujud syukur je masa tu sebab dah jumpa jalan pulang..

rasa macam satu pengembaraan yang hebat didunia yang lain..haha..rasa syukur jugak sebab tak jadi apa-apa kat aku sepanjang tempoh pengembaraan tersebut..moral of the story?..moralnya adalah walau pun berada dalam keadaan yang merunsingkan- enjoy the moment, treasure the experience dan minumlah nescafe semasa anda sedang sesat- nescaya jumpa jalan bla dah habis satu tin air tu..

haha...

Wednesday, September 22, 2010

~~

nana cafe..

lokasi terbaru penggambaran untuk babak terbaru dalam life~ aku..bila mana, macam biasa pagi-pagi aku akan pergi ke cafe ni untuk online for the sake of job hunting, and then tetiba tengok tempat yang aku selalu duduk dah ada penghuni..so aku pun ambil meja next to tempat biasa aku itu..

dan seperti dalam babak-babak cerita lain, tiba-tiba orang yang duduk kat tempat biasa aku tu ask me to join dia, sebab dia kata boring sebab makan dengan lap top dia je..well..tengok dari gaya dia, aku macam, why not?..aku terfikir kejap, senyum dan angkat barang-barang pergi pindah meja tu..

dan bermulalah filem tanpa skrip aku itu..bila dia cakap aku macam budak umur 15 atau 16 tahun, aku pun senyum je lah..dalam hati cakap, kali ni aku muda 7 atau 8 tahun dari usia sebenar..hehe, bukan salah saya kalau kelihatan lebih muda dari usia sebenar..huhu..

apparently dia adalah quite somebody..around 30-something and boleh di kata agak success dalam kerjaya..so, banyak advice yang dia bagi bila aku cakap yang aku tengah hunting job..dan yang paling aku suka adalah, dia punya soft skill dia..bila bercakap, dia pandai seimbangkan keadaan..pandai sambung perbincangan..5 minit dia bercakap, 5 minit dia akan bagi aku bercakap..quite flattered bila dia cakap, kita ni berborak macam dah kenal 10 tahun- sebab dia yang banyak cakap kot..soft skill dia memang terbaikla~

waa..aku nak jadi macam tu...dan dia pandai buat orang selesa bercakap dengan dia..yang aku ni pun satu slumber jek berborak ntah dengan sape-sape jek..dah terbiasa kot..bukan boleh buat apa pun kat open space camni kan..lainlah kalau jumpa kat belakang lorong ke apa ke...

paling best part dia cakap camni- nanti kalau ada apa-apa projek- boleh i try cari u..aku pun, ok no problem..cakap macam tu je la kan..dah macam interview pulak tadi..haha..aku malas nak pikir lebih-lebih..apa-apa hal kalau ada tuhan memang nak bagi rezeki, ambil je la..tak yah berlagak, betul tak?..tak ada la pulak aku cakap nak mintak  kerja kat dia ke apa ke..so, follow with the flow..

that's an interesting meeting, by a coincident of course..lagi best bila dia yang bayarkan food aku..sekali lagi aku tergelak..huahha...

thanks a lot mr i-dont-remember-your-name...

Thursday, September 16, 2010

notitle~

saya rindukan dia..

Monday, September 13, 2010

kenyang dah, duit raya belum....

raya ke empat..
tengah kami sekeluarga bersiap-siap untuk beraya-(tipu- sebenarnya aku dengan adik aku ella tengah berposing dalam bonet kereta kejam), bila tiba-tiba segerombolan budak kecik yang datang entah dari mana datang bagi salam depan pintu rumah..ayat biasala, bagi salam and cakap nak datang beraya..

bila adik aku yang sorang lagi seha dah buatkan air, bagi makan kuih raya semua tiba-tiba budak yang paling kecik cakap camni,

'kenyang dah, duit raya belum,' dan disambut dengan nada tak setuju dari kana-kanak yang lain..

yang kelakarnya, sebab semua orang pun dah faham tujuan sebenar diorang duk konvoi dari satu ke satu rumah sebab apa..duduk minum tak sampai 5 minit, duit raya pun dihulur..

tak sampai 2 saat bebudak tadi dah keluar dari rumah dan ada kat depan pintu jiran sebelah rumah pula...hey..bebdk zaman skarang~
..

Saturday, September 11, 2010

the word>

slmat hari raya..
there!..aku dah wish ari raye, so jangan komplen yang aku tak ikuti perkembangan semasa..tak ada benda sangat yang nak bercerita pasal raya..memang tak ada mood nak beraya sejak awal bulan puasa hari tu..so maafkan aku andai aku langsung kelihatan tak bersambut unruk menyambut syawal..terlalu banyak perkara yang berlak yang merubah perjalanan hidup aku..

and by the way, aku tak pernah sukakan raya pun sejak 2 tahun yang lepas..dengar lagu raya pun memang tak sudi lah..yang ini bila aku ada masa dan kesempatan akan aku ceritakan sebab dan alasan dia..

enry kali ni memang tak ada kena mengena dengan raya pun..cuma sesuatu dalam jiwa aku yang nak keluar sangat-sangat, dan seperti biasa meronta-ronta ingin di lepas keluar, tapi tak jumpa medium yang sesuai..so, here i am, mumbling crappying at this place...

raya first- teringat kat zai..teringat kat semua house..teringat kat headphone..kalau diberi pilihan memang sumpah aku tak nak pakai headphone cenggitu lagi seumur hidup aku..bukan headphone yang aku nak cerita, bukan semua house dan bukannya zai..

namun seseorang yang berada disemua house yang memakai headset yang punyai kaitan rasmi dengan zai..huh!!..rasanya aku dah janji taknak story lagi pasal objek tu..(kan??..)..entah la..there were the days, aku rasa aku langsung tak ingat kat dia, ada satu masa tu aku tak pernah sedar pun dia pernah wujud dalam hidup aku..

dalam satu masa tu kekadang aku rasa macam dekat sangat dengan dia, dan ada satu satu masa tu aku rasa macam longing untuk dia..aku pernah janji kat diri aku sendiri- setiap kali aku teringatkan dia, daninsiden2 yang pernah terjadi between us-aku akan tersenyum, instead of berduka..

mungkin kerana aku agak ralat sebab kitorang tak ada proper farewell masa waktu tu..aku pun tak pasti sama ada dia akan ingat aku lagi ke tak..bagi aku dia istimewa, kewujudan dia dalam hidup aku selama tempoh tu amat memberi kesan..bagi orang yang pernah alami rasa yang sama mesti dia akan faham..

sebab rasa aku terhadap dia bukan cinta- sesungguhnya aku bukan menafi perasaan sendiri..memang tak ada rasa cinta..apa yang boleh panggil ya rasa ini?..entah..sukar di mengerti tapi yang penting bukan cinta..bila dia ada aku teruja, bila dia tiada aku tenang..aku seperti ingin membuktikan kemampuan diri..

mangkin?..pemangkin?..yess..thanx for that word..perkataan yang lebiih tepat untuk aku is- pemangkin..dia adalah pemangkin untuk aku terus menjalani hidup dengan tabah..ada dia, aku boleh buat sesuatu dengan lebih baik..tanpa dia aku masih boleh melakukan sesuatu tersebut- tapi macam kurang motivasi la kan..


aku selalau cakap macam ni, tak apa pergi kat tempat baru nanti mesti jumpa orang baru'..boleh ganti pemangkin baru..mungkin iye..aku memang begitu..

tak apa lah.. sabar je la..mungkin boleh jumpa mangkin baru lepas ni..

Wednesday, September 8, 2010

-cam kena lak ngan life aku skang neh~

Something More Lyrics

I lie awake again, my bodies feeling paralysed
I can’t remember when
I didn’t live through this disguise
The words you said to me
They couldn’t set me free

Im stuck here in this life i didn’t ask for
There must be something more,
Do we know what we’re fighting for?

Breathe in breathe out

And all these masks we wore
We never knew what we had in store

Breathe in breathe out

The storm is rolling in
The thunders loud it hurts my ears

Im paying for my sins
And its gunna rain for years and years

I fooled everyone and now what will i become?
I have to start this over
I have to start this over

There must be something more,
Do we know what we’re fighting for?

Breathe in breathe out

And all these masks we wore
We never knew what we had in store

Breathe in breathe out

I fooled everyone and now what will i become?
http://www.elyricsworld.com/something_more_lyrics_secondhand_serenade.html
I have to start this over
I have to start this over

There must be something more,
Do we know what we’re fighting for?

Breathe in breathe out

And all these masks we wore
We never knew what we had in store

Breathe in breathe out
There must be something more
Breathe in breathe out
There must be something more

will never hve tje tittle~

kau tau perasaan lepas bebas bak burung berterbangan di angkasaraya?..kau tau apa perasaan lega dan tenang setenang air di kali? kau tau apa perasaan gembira tak bertepi?

tau kah? pernah rasakah?

aku akui beberapa hari yang lepas aku sangat stress, mengalami depresi yang maha dashyat..setiap kali berfikir dan terfikir, ada saja tragedi yang berlaku..rasa macam nak frozen kan otak ni dari terus berfikir..nak tenang seketika..

dan akhirnya semalam, selepas tempoh 5 hari berfikir dan menimbang tara keputusan diri dan sebab akibat dan natijahnya akibat keputusan aku ni, sebaik kaki melangkah keluar dari lif, menuruni anak tangga semua house- hati rasa lapang..pundak terasa ringan..

rasa bebas..rasa lega..walau pada mulanya agak berat kaki untuk melangkah pergi- jauh dari lubuk hati ni, rasa nyaman yang amat sangat..dan saat tu aku percaya, aku dah buat satu keputusan yang betul..selama tempoh tersebut, aku tak pernah rasa aman yang sebegini..betul, tak tipu..

aku tak tipu diri sendiri dan sesiapa juge..walau ada sesuatu yang tertinggal kat tempat tu, tapi apa yang aku tinggalkan tu tak tertanding dengan rasa yang aku rasa saat tu.. faham kan?..orang yang paling faham perasaan aku sekarang ni adalah orang yang pernah alami perkara yang sama macam aku sebelum ni..

walaupun lepas ni pening nak start over new life pulak, tapi sendiri pilih jalan ni, sendiri kena redha la kan?..huhu..bertabah cik ross!!

- oke..skang aku nak teruskan plan nak bela binatang peliharaan dan nama dia dah fix- aie, chumill kan?..cik aie, saye x kan lupekan plan untuk membela awak, oke??

Friday, September 3, 2010

last song~

When I was younger
I saw my daddy cry
And curse at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it

And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day that I promised
I'd never sing of love
If it does not exist

But darling,
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways
To make it alone
Keep a straight face

And I've always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now
Paramore The Only Exception lyrics found on http://www.directlyrics.com.com/paramore-the-only-exception-lyrics.html
I had sworn to myself that I'm
Content with loneliness

Because none of it was ever worth the risk

Well, You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

I've got a tight grip on reality
But I can't
Let go of what's in front of me here
I know you're leaving
In the morning, when you wake up
Leave me with some kind of proof it's not a dream

Ohh---

You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

And I'm on my way to believing
Oh, And I'm on my way to believing



-  and dr ross said, 'he's just not into you'
-and i said, 'i know..its just me who trying..and now i'm living in reality'...

Thursday, September 2, 2010

and the hardest part is leaving you...

'Its funny because when you're a child, you believe you can be anything you want to be, go everywhere you want to go. There are no limits. You expect the unexpected, you believe in magic. Then you grow older and that innocence is shattered. The reality of life gets in the way and you're hit by the realization that you just might have to settle for a little bit less. Why do we stop believing in ourselves? Why do we let facts and figures and anything but dreams rules our live?                                                                                                                                  -Cecilia Ahern-


Life is though. Soo damn though...decision to made- urghh..even dah fikir masak-masak, hati dah bulat dan akhirnya keputusan dah dia,bil, somehow there;s still doubt on that..

ah benci pulak tulis mixed language ni..

akhirnya aku ambil tindakan berani mati tersebut..because the only reason to make me stay is no longer the reason..tengok!..mixed language lagi..biar lah..

entahlah..aku tak tau macammana future aku pas ni, tapi i'm hoping for the best..maksudnye kena bermula dari awal cam dulu..bezanya kali ni, aku akan lebih berhati-hati untuk buat pilihan yang terbaik untuk diri aku sendiri..tempoh masa sebulan yang \diperuntukkan itu akan aku guna dengan sebaik mungkin..insya-allah..kali ni kena bertindak pantas..

aku tak mau kecewakan diri aku lagi,..xmau ada air mata yang mengalir lagi setiap kali mahu melangkah ketempat kerja..xmahu ada sakit kepala sampai nak termuntah lagi bila handle benda yang renyah..mungkin apa yang aku perlu lakukan selepas ini adalah becoming more and more stronger..

terima kasih bebanyak pada sesiapa yang banyak berjasa kepada aku sepanjang tempoh aku berduka lara itu (gelaran zai kat aku- wanita berduka)
dan semalam adalah hari terakhir untuk aku appreciate diorang..berbuka bersam-sama walaupun semua orang tak tahu yang i'm leaving except engku..dan aku tak rasa nak bagitau diorang semua..dasat kan???

dan the best part semalam ialah sesat dia atas jalan raya dengan encik motivasi aku tu..nak gelak pon ada..nak tumbuk diri sendiri puna ada..ye la, dah berbulan duduk kl masih tak tau jalan balik rumah atas jalan raya..ye ar, nama pun pengguna public transport yang tegar..dekat sejam gak la berjalan-jalan atas jalan raya when finally jumpa rumah aku itu..

sure orang tua tu dah menyumpah-nyumpah aku dalam hati dia walau luarannya dia nampak sangat tenang..hey, muka yang tenang jangan disangka tiada amarah..haha..

well that the last memori yang tercipta antara aku dan encik motivasi tu..memandangkan dia already taken~..uwaa..sob2..knape la aku slalu attracted pada orang yang suda already taken..wuwuwuw..benci..
tapi xpe la..tabah je menerima kenyataan tersebut..g tempat lain nanti jumpa orang lain plak..(walau pada hakikat sedang berduka ni, ayat penyedap rasa)..adeh..

well, the hardest part nanti adala 7hb nanti, the last day aku kat tempat durjana yang bagi aku suit setiap hujung bulan tu..xleh imagine caner nak berpisah dengan zai..kompem ada tragedi pertumpahan air mata nanti..hurm..untuk ko zai, walau ko tak kan baca post ni, aku sayang ko- dah macam akak aku sendiri..hopefully x lost kontek k..bertabah kat tempat tu sampai ko dapat better offer (kalau x mak ko bunuh ko ..huhu)..ko tau kan aku payah nak rapat dengan orang..even 2 bulan lbey je kita rapat- honestly aku sangat appreciate ko..sob3..

orait..

pada encik motivasi-..........(speechles..)

'cik kak,...okee?..aluuu..' - his three favourite words...(waa....sedih!)