Zaman blogging dah ditelan zaman. Dan sebab itu jugalah aku kembali ke sini. Tapi ada juga yang still view post aku. Aku tak tahu siapa, tapi pada siapa yang sudi membaca tu- wah banyaknya masa kau. Aku terharu.
Anyway.
Aku stress. Medium untuk aku lepaskan stress dah kembali kepada aktiviti mengetuk-ngetuk keyboard sambil kelihatan seperti sedang tekun bekerja di waktu bekerja. Ya, disebabkan aku stres di waktu kerja dan disebabkan oleh kerja maka aku tak ada idea lain untuk melampiaskan kestressan aku ke mana-mana setakat ini.
I'm done with stress eating. Aku gain more than 20 kg because of stress eating dan nak turunkan balik ke saiz asal susahnya bukan main.Rindu betul zaman-zaman orang panggil aku cikeding dulu.
Oh ya, stress pasal kerja.
Bukan isu besar tapi benda kecil yang ditimbulkan oleh orang yang aku tak gemar, maka dia jadi besarrrr betul dalam kepala otak aku ni.
Scene 1.
A: Terus terang saya cakap, saya malas betul nak buka attachment dekat email tu. Boleh tak kita tulis terus dekat bawah ke so that tak payah buka attachment?
Me: So nak buat karangan kat dalam emel? Telenovela? Cerpen? Cerjang? Novel?
Tidak. Aku tak jawab macam tu. Aku cuma mengiyakan sambil angguk kepala sambil dalam kepala aku dah fikir, kenapa aku kena cater untuk orang pemalas macam kau? Dan kau? Kenapa aku yang kena mudahkan kerja untuk orang yang mengaku malas nak buka attachment macam kau. Susah ya nak buka attachment?
Ye, aku tak faham kesukaran kau sebab aku memang bekerja guna PC, tidak secanggih orang lain yang boleh bekerja guna smart phone saja. Tapi come on la, yang tukang karang email tu nanti aku. Yang tukang hantar emailnya tu nanti aku juga. Pakai nama email aku. Bukan email engkau. Aku pun kerja bukan setahun dua, kenapa kau treat aku, suruh aku buat kerja tadika punya student boleh buat lagi elok?
Itu satu.
Nak benda siap cepat. Tapi kalau kau sendiri bagi input lambat, lepas tu aku bagi draf minta kau semak sampai kesudah tak ada respon. Alih-alih hujung minggu aku kau kacau suruh buat itu ini. Aku tak payah ada weekend ke? Kenapa etika kerja kau macam baru kerja seminggu dua tiba-tiba naik jawatan jadi CEO?
Aku stress sebab dia bukan bos aku. Aku faham dia baru, tapi kalau baru tu buat cara baru. Minta advice, tanya kalau tak tahu. Oh lupa, dia ada tanya ada minta advice tapi bila kita bagitau jawapan bagi advice tak nak terima pula. Nak buat cara dia sendiri. Lepas tu menyusahkan orang. Kalau guideline dengan SOP pun tak boleh beza payahlah gini.
Time tak ada kerja dulu sanggup je ye nak buat apa saja. Ni bila baru dapat kena buat kerja dengan orang mengarut sikit dah stress. Haha.
Kalau ikutkan ada banyak lagi scene yang aku nak ceritakan, tapi since stress aku dah makin kurang dan mood bawang aku dah makin jauh. Maka, good bye lah untuk hari ini. Sekian.
Tuesday, April 17, 2018
Stwess day.
Friday, October 13, 2017
Aku, kau dan carrier kucing.
13 Oktober, Jumaat. Friday 13th.
Saturday, July 8, 2017
That Human Vitamin.
Human Vitamin adalah term yang digunapakai di Korea Selatan merujuk kepada manusia yang mempunyai aura yang sangat positif, selalu gembira dan menjangkitkan kegembiraan itu kepada orang sekeliling, (Ross, 2017).
Setiap orang ada sumber human vitamin diorang yang tersendiri melainkan orang yang selalu bersedih, depress, tak ada life dan jenis yang tak reti nak create their own happines instead selalu bergantung harap pada orang lain untuk bahagia disamping tak mahu bahagiakan orang lain kerana fikirkan bahagia dia saja dan orang lain tak penting.
Wow, statement macam minta kaki di muka. Atau tujahan maki bertalu-talu.
Aku ada satu human vitamin ni. Kekerapan nak berjumpa macam 3 or 4 kali setahun. Kerja di bangunan yang sama. Tapi sebab masa dan jarak dan work load yang mengarut menjadikan kami tak ada reason pun untuk selalu bertembung mahu pun berjumpa.
Bila jumpa dengan human vitamin ni dia akan bagi kita perasaan ringan yang luar biasa. Yang boleh bertahan sampai berbulan-bulan lamanya. Nama pun ala-ala supplement kan, tak payah ambil kalau tak perlu. Kalau ada banyak-banyak pun membazir juga. So, ia adalah indah jika jumpa once in a while.
Ia adalah sangat berbeza dengan crush mahu pun perasaan yang seangkatan dengannya sebab tak melibatkan perasaan jiwa-jiwa langsung. Kalau lama tak jumpa tak akan bagi sebarang efek langsung. Tapi bila dah jumpa dah ada banyak conversation rasa maca ada bubbles atau belon besar yang terbang disekeliling kita dan bawa kita naik sampai ke awan gitu. Cenggitu sekali rasa dia.
Dah habis jumpa- dah. Habis kat situ je. Tak teringat-ingat langsung. Which is sangat la nice adanya.
So, itu saja yang nak di sharenya.
Happy good weekend to me yang terpaksa mereput kat ofis for the sake report yang tak siap lagi. Sekian.
Tuesday, July 4, 2017
Lepas gian merindu pada blog.
Sunday, April 9, 2017
Post tak ada isi.
Hei, banyak sangat benda yang dah berlaku sepanjang aku tinggalkan blog yang berhabuk ni. Setahn lebih aku tak tulis apa-apa kat sini. Kawan-kawan dulu yang sama-sama main blog pun dah lama tak update blog. In fact ramai je yang buat private. Tak kasi kita baca lettew. Hmpph.. merajuk okei.
Padahal aku pun pernah buat private jugak satu masa dahulu. Haha.
Anyway. Zaman sekarang orang update dekat fb je, tak pun ig. Apa barang mengarang panjang lebar tak ada isi macam aku selalu dan tengah buat ni. Buang masa. Lagi-lagi dengan sikap kita yang makin malas nak membaca panjang panjang sekarang ni kan.
Knowing me, cerita yang biasa aku akan tulis mesti tak lari dari genre depress, sedih, hajat tak kesampaian, negativity yang melampau and so on. Since aku tak mampu nak zahirkan di alam nyata, biasanya aku akan lari ke dunia lain untuk bagi tenang di jiwa.
Dunia yang paling dekat is dunia kpop kvariety aku tu la. Dari zaman study, tahun 2007 lagi aku dah start berkecimpung dalam dunia kpop. Dengar lagu diorang wala tak paham satu patah apa pun. Jadi peneman time aku selalu pergi kelas jalan kaki or time joging kat tasik dulu sorang-sorang. Selain lagu jepun and lagu Jay Chow dalam playlist aku.
Lagi pun aku tengah susah hati ni sebab tak dapat cari pengganti penyewa untuk bilik master kat rumah ni. Lama dah cari, tak jumpa-jumpa. Harap-harap lepas mengadu kat sini dapat la tu jumpa pengganti. Merata dah aku iklan. Yang contact aku pulak takat tanya nak minta kurang harga. Kalau aku tan rumah boleh la kot aku kurangkan harga,
Point nya, post aku memang tak ada isi.
