Fairuz baru saja dua hari bekerja sebagai guru sementara di tadika persendirian milik Datin Rosma sementara menunggu hari konvonya menjelang bulan Oktober kelak. Masih bersisa 5 bulan sementara dia menanti tarikh keramat itu. Haruslah dia memanfaatkan masa yang ada itu dengan sebaiknya. Boleh dapat pengalaman, masyuk pun masyuk dari tak ada buat apa-apa.
Dalam tempoh dua hari tersebut dia hanya perlu memerhatikan bagaimana guru-guru lain bertugas untuk dijadikan panduan kerana sesungguhnya dia memang tiada pengalaman mengajar. Lalu, segala jenis aktiviti cuba difahami dengan baik agar perjalanan kerja berjalan lancar. Bukan mudah rupanya untuk mengajar di tadika ini. Sangkanya dia hanya perlu masuk kelas, mengajar, dan terus keluar. Kemudian tunggu di bilik guru sehingga masa yang seterusnya.
Rupa-rupanya tidak sama sekali. Bila bukan subjeknya yang di ajar di kelas, dia harus menjadi guru pembantu. dia harus memastikan urusan kelas lanacar seperti pensel di asah tajam, jika pelajar gagal menjumpai buku dia harus membantu pelajar tersebut, dan macam-macam lagi.
Selain itu bila dia menjadi guru pembantu dia harus menyediakan minum pagi untuk pelajar-pelajar 5 dan 6 tahun. Kalau pagi itu makan koko crunch mesti azab. mana nak isi koko crunch dan corn flakes dalam mangkuk, kemudian di isi sudu, disusunnya pula ke atas meja panjang di mana pelajar akan menikmati makanan mereka.
Susu tak boleh letak awal-awal. Nanti bijiran jadi lembik. Budak-budak tak suka. Ramai yang tak nak makan. Kena tunggu anak-anak duduk, baru boleh tuang susu dalam mangkuk. Itu pun bukan semua yang nak makan dengan susu. Silap tuang, kena tukar. Silap tuang, dapat budak yang suka main-main, di tadahnya susu suam yang mengalir keluar dari muncung jag guna sudu, maka jadilah air pancut di situ. Habis basah satu meja.
Kena lap.
Untuk dua hari yang pertama, dia tak mengajar lagi. Jadi lepas kelas, meja dan kerusi di susun kemas di hadapan kelas. Bilik darjah yang kosong akan di jadikan tempat tidur untuk anak-anak. Tapi sebelum tu anak-anak kena mandi dulu.
Untuk hari pertama dia jaga kelas anak-anak 5 tahun. Mula-mula budak perempuan yang mandi. Masing-masing gembira untuk mandi. Bersoronglah beg beroda yang rata-ratanya semua berwarna pink bergmbar princess. Masing-masing mengeluarkan tuala dan baju basahan dari dalam beg buat pengganti pakaian seragam sekolah. bukan main gembira mereka berborak, berlari dan menari-nari dalam kelas. Hatinya terhibur melihat gelagat anak-anak kecil itu.
Selesai mandi dia perlu menyikat rambut dan menyapu bedak pada mereka. Dengan gembiranya dia bersila dan memanggil anak-anak yang usai mandi dan lengkap berpakaian baru ke arahnya untuk disikatkan rambut dan di bedakkan mukanya. Anak-anak kecil yang dambakan perhatian seronok di perlakukan sebegitu. Ramai yang mengerumuninya. Fairus jadi bangga.
Rasa macam artis pula, tawanya dalam hati.
Sedang asyik dia melakukan tugas, tiba-tiba dia rasa gelabah. Kenapa lampu tertutup tiba-tiba. Lampu rosakkah? Apa la tadika ni. Dari luar kedengaran jeritan kuat Puan Bibah menyuruh pelajar perempuan masuk tidur.
"Kat mana la pulak budak-buadak ni nak tidur?," Fairuz menyoal dalam hati. Di sekelilingnya masih ada lagi beberapa pelajar yang masih belum siap bersikat rambutnya.
Tak sampai dua saat, kelas 5 tahun itu dikerumuni semua pelajar perempuan. Masing-masing muka terpinga-pinga. Malangnya Fairuz tidak mampu memahami apa yang tersirat di hati pelajar tersebut. Dia masih tekun dengan kerjanya menyikat rambut pelajar yang masih bersisa.
"Lah, tak bentang lagi ke comforternya?..Lupa nak bagitau..," entah dari mana tiba-tiba kedengaran suara Cikgu Yus. Dengan gigih Cikgu Yus mengusung badan montel comelnya ke arah sebuah almari. Di bukanya pintu almari tersebut sambil menjerit menyuruh pelajar lain yang berada di dalam kelas untuk keluar. Walhal dalam masa yang sama Puan Bibah menyuruh pelajar perempuan masuk tidur.
Pelajar akur. Mereka keluar. Namun bila di jerit semula oleh Puan Bibah, mereka masuk semula, dan di halau semula oleh Cikgu Yus.
Fairus sendri jadi pening dengan keadaan itu. Tak organise betul tempat ni, bisiknya dalam hati.
"Fairus, meh sini, bentang comforter. Patutnya awak bentang benda ni siap-siap," panggil cikgu Yus. Fairus terdiam. Cepat-cepat di sudahkannya kerjanya itu. La, tak sangka. Sebab aku ke tempat ni jadi huru hara macam ni.
Sepantas kilat dia cuba membentang comforter. Dengan bantuan ikgu Yus, segala kerja berjalan lancar. Berpeluh juga badan gempalnya ketika itu. Hari-hari buat macam ni boleh kurus kot.
Masa untuk tidur agak ngeri buatnya. Pelajar di jerit lagi untuk menyuruh mereka tidur. Ada yang di pukul. Sungguh tak patut. Kalau cakap elok-elok, bukannya mereka tak nak dengar. Akhirnya dengan cara itu pelajar tidur. Dia hanya memerhati.
Sedang dia berbaring di bahagian pelajar lelaki, dia ternampak satu kejadian. Terlihat seorang budak lelaki memanjat badan budak lelaki lain. Sebagai guru baru dia hanya memerhatikannya saja. Kejadian berhenti setakat di situ. Tapi fikirannya benar-benar terganggu. Gay ke? Budak 5 dan 6 tahun gay? Biar betul?
Seharian dia memikirkan hal tersebut. Takkan lah. Sehingga malam pun dia sibuk memikirkan hal tersebut.
Esoknya, dia datang bekerja seperti biasa. Hari kedua. Mungkin kerana sikapnya yang cepat ramah dengan orang membuatkan dia senang masuk dengan guru-guru lain, kecuali Cikgu Maria yang kelihatan suka menyendiri. Dia lebih suka berborak dengan Cikgu Yus, mungkin kerana saiz mereka yang lebih kurang sama. dengan Cikgu Ana dia suka juga berborak kerana Cikgu Ana memang banyak kata, bolehla di bawa borak sentiasa.
Dengan Cikgu Maria, dia kelihatan agak sombong. Lebih banyak mendengar dari bercakap. Reaksinya pula tak banyak. Macam robot. Bosan.
Maka untuk hari kedua itu, dia sudah mula berborak sakan dengan cikgu-cikgu lain. Cikgu Maria dilihatnya sibuk bermain dengan kanak-kanak lain. Dia pun pelik kenapa begitu ramai kanak-kanak mengerumuni Cikgu Maria. Entah apa lah yang di borakkannya.
Hari kedua sama seperti semalam. Tak banyak beza. Jadi guru pembantu, mengawasi kanak-kanak mandi, menyusun meja dan sebagainya. Tiba waktu tidur hatinya jadi berdebar. Kali ini dia tidur di bahagian budak perempuan.
Setengah jam berlalu. Dia tergerak untuk mendapatkan handphonenya di kelas di mana tempat budak lelaki tidur. Alangkah terkejuta pabila dia melihat adegan yang sama semalam berulang lagi. kali ini lebih ramai. 4 orang. masing-masing tidak tidur. Bila seorang pergi ke tandas, tiga yang lain turut mengekori.
Dengan curiganya dia mengekori empat orang budak lelaki tersebut. mereka semua ke tandas. Mereka masuk sekaligus. Ada beberapa bahagian tandas disitu yang kesemuanya tidak berpintu. Dua orang masuk satu tandas. Makin bertambah curiganya.
Langsung tak didengarinya bunyi air. Entah apa yang di buatnya? Takkan buat projek kot?
Fairus tak puas hati. Dia mengekor. Belum sempat apa-apa empat budak lelaki tadi dijerkah oleh Cikgu Yus supaya pergi tidur. Berlari tak cukup tanah masing-masing pulang ke tempat tidur. Berderau darah Fairus.Seperti tidak percaya.
Lanats di ceritakan segalanya kepada Cikgu Yus dan Cikgu lain. Perkara ni tak boleh dibiarkan. kena bendung dari awal ni. Kalau biarkan, habislah generasi anak muda masa depan. Boleh effect pada kemajuan negara ni.
Tindakan harus diambil. Sebagai guru yang berwawasan dia harus membetulkan kesalahan besar ini, ikrar Fairus.
**************************** end************************************
apa? korang rasa ni cerita tak ada ending?..
defak!!
komen aku..
- aku rasa si fairus ni dah terpengaruh dengan dakyah-dakyah video seks pemimpin blablabla yang tersebar megahnya kat media tu sampai dia nak relatekan perkara tu kat kehidupan seharian..
-come on la, bebudak kot..even tak sampai 2 bulan aku kenal dorang, nakal nakal dorang, tak sampai kot tahap tu..bukan aku tak pernah tengok dorang pegang-pegang tangan sesama gender, peluk-peluk semua ( sebab some of them ada hug habits, especially one of them yang dituduh gay itu)..kalau peluk lelaki dah dia kata gay, kalau peluk perempuan tu apa pulak? kaki perempuan?
-aku bukan nak butthurt ke apa ke, tapi the way si Fairuz tu cerita kat kitorang tadi, kalau ko dengar akan menimbulkan rasa annoying giler..4 orang beb..4 orang dia tuduh as a gay..even aku bukan parents budak 4 orang tu, aku terasa giler beb..
-bukan agenda aku bak back up bebudak tu..tapi dari pemerhatian aku selama lebih 40 hari bertugas kat situ , bebudak tu bila dah tak boleh tido, dorang pusing kanan pusing kiri, kacau kawan sebelah, bila ada geng tak nak tido, pakat-pakat keluar dari tempat tidor..pergi toilet, dan agendanya main air..
banyak kali kot diorang kena tangkap sebab main air sampai basah lencun baju semua..yang tadi tu sebab tak sempat kot nak main air dah kena terjah..
-aku nampak emo di sini..yes, aku admit, aku tak boleh terima kenyataan outsider ( aku panggil dia outsider sebab dia baru 2 hari ada kat situ), dah komplen itu ini..dia kena learn dulu behavior dan habits bebudak kat situ sebelum buat tuduhan melulu cam tu..
aku diamkan jek sebab aku yang bersalah sebab tak sedar diorang keluar ramai-ramai..yes aku tido, tapi aku tido after aku make sure sumer orang dah nak fall into deep sleep..mata masing-masing dah layu..yes, once again my mistake sebab tak make sure semua tidur betul-betul..(sebab tu aku emo lebih kot, sebab its happened to be bila aku yang jaga diorang)
Tapi part diorang 4 orang kena tuduh gay beramai-ramai oleh si Fairus tu memang aku rasa busyet sangat-sangat..dem nonsense..
so, aku buat conclusion kat sini, the wild imagination yang si Fairus tu ada, adalah datangnya dari curiga yang tak bertempat..aku akan anggap cerita dia adalah the joke of the year..
Thursday, May 5, 2011
wild imagination..
Monday, May 2, 2011
ironi~
aku admit yang aku dengan budak-budak adalah umpama air coke ngan mentos, which means tak boleh nak bersatu padu macam roti canai dan kuah kari..kalau bersatu pun akan menghasilkan letusan coke dari botolnya..maka bersepahlah coke dan bersemutlah akhirnya jika tidak di lap air coke tersebut..
budak-budak bagi aku adalah seperti alien yang amat sukar untuk di fahami, di predict dan di kawal..perlukan kesabaran yang tinggi alam bila berdepan dengan diorang..aku selalu anggap yang aku ni hot temper, cepat naik angin dan sentiasa hilang sabar bila aku kena jaga budak-budak..
contohnya, aku ada 2 orang adik..dua-dua perempuan..beza umur aku dengan diorang adalah 5 dan 7 tahun..sepanjang aku jadi kakak diorang, aku tak pernah jadi kakak yang baik..aku tak pernah mengalah dengan diorang kecuali di paksa..aku tak pernah suapkan bagi makan kat diorang dan aku tak pernah pun mandikan diorang atau main-main ngan diorang masa aku kecik dulu (seingat aku la)..
dengan adik aku yang first tu, bila umur aku 13 tahun dan dia 8 tahun, aku dah tinggalkan dia untuk stay kat hostel sampai la ke sudah..dalam tempoh 8 tahun tu tak banyak kenangan yang manis-manis aku ingat dengan dia..yang aku ingat kitorang kuat gaduh..memang tak ngam langsung..pantang jumpa, mesti gaduh..
sampai satu tahap aku pernah hantuk kan kepala dia ke dinding gara-gara dia koyakkan kertas aku masa aku balik bercuti dari hostel masa aku form 1 dulu, which is tindakan yang paling bodoh dan bangang yang aku buat dan aku sangat menyesal bila aku ingat balik..bodo betul aku dulu..apa sangat la kertas tu kalau nak di bandingkan dengan kepala anak orang kan..
and as time goes by, bila masing-masing dah besar, secara automatiknya kitorang jadi kamceng pulak..share kegilaan yang sama dan style yang sama..so aku buat conclussion kat sini, bukan aku benci kat adik aku, its just aku tak boleh nak get along dengan budak-budak yang tak cukup akal very well..
mungkin..
dan ironi nya, setelah beberapa kali aku menggagalkan diri aku dalam dunia kerjaya aku, tiba-tiba pintu rezeki aku terbukak luas untuk aku berkerjasama dengan kanak-kanak yang memang tak cukup akal lagi apetah akil baligh..ini semua ku lakukan untuk aku membiayai yuran hidup aku untuk bernafas kat bumi ni..
dan bertambah ironi, bila aku, seorang aku yang aku selalu anggap yang aku ni hot temper, cepat naik angin dan sentiasa hilang sabar bila aku kena jaga budak-budak, boleh get along dengan budak-budak tersebut tanpa buat aku stress yang amat macam masa aku kerja jawab call dulu..
malah mereka amat menyayangi aku..
hahahah...biar kan aku perasan..kenapa? tak percaya? tengok neh..
Sunday, April 10, 2011
baca blog foa tadi..baca pasal obe cerita pasal parents yang hantar anak diorang yang super-nakal-tahap-tak boleh-dibentuk-lagi ke sekolah pondok..kebanyakannnya bebudak yang di hantar tu telah di reject dari masuk sekolah kebangsaan biasa..dengan harapan anak diorang boleh di bentuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan kelak..
banyak isu yang commenter timbulkan kat situ..banyak jugak pendapat yang boleh di ambil pakai..ramai yang kondem parents sebab bila dah tak mampu nak betulkan anak sendiri terus campak diorang jauh-jauh ke sekolah pondok..ramai juga yang cakap semuanya bermula dari rumah- dari didikan parents u sendiri jugak..bila dah tak berjaya, tanggungjawab di beri pada orang lain pulak..dan ramai jugak yang back up parents tersebut, yelah, dunia kan sekarang tanpa sempadan..kekadang orang dah ajar benda baik, benda buruk jugak yang nak di turut..
honestly, aku selalu jumpa parents pesen yang macam ni..lahirkan anak, anak dah besar 2-3 bulan, hantar ke pusat asuhan, pergi kerja, balik kerja, ambil anak, balik rumah- aku tak tau lah apa yang diorang buat once dh sampai rumah, dan aktiviti tu berulanglah sehingga anak-anak tu besar..
no offense ye bagi parents sekalian, kerana bukan semua parents begitu..basicly aku cuma mahu highlight pada ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik anak diorang ke tangan orang lain, seperti pengasuh, guru dan sebagainya secara sepenuhnya..of course la diorang bayar, tiada keraguan di situ..
bukan aku nak cakap yng parents sekarang ni tak bertanggung jawab nak didik dan besarka anak sendiri..aku faham, nak hidup sekarang ni bukan senang..kos hidup tinggi bagai semua tu..ye, orang lain pun faham dan semua orang pun merasainya kecuali yang tak terasa langsung bila harga barang semua naik..
hanya sekadar mahu menyentuh segelintir ibu bapa yang aku jumpa yang mana mengharapkan yang terbaik untuk anak dia dan dalam masa yang sama effort yang di berikan sungguh tak memadai..
contoh pertama.
seorang cik puan ni, bekerja sebagai pensyarah, suaminya juga seorang pensyarah di sebuah universiti awam di malaysia, mempunyai 3 orang anak..luckily 2 anak yang pertama mewarisi kegeniusan mereka, manakala anak ketiga agak lambat sikit bila belajar, tak ada fokus bila belajar, bila time orang belajar dia pergi conteng meja dengan pensel..bila marah buat muka sedih dan lebih banyak side negatif yang boleh kita nampak dari anak dia tu..
setiap kali hantar anak dia kat tadika si puan ni selalu tanya pasal progress anak dia..cikgu-cikgu pun beritahu lah hal yang sebenar..selalunya dia akan sentiasa tak berpuas hati dengan progress anak dia tu- dan akhirnya akan blame sistem sekolah dan guru-guru di situ..bandingkan dengan 2 anak dia yang lain..
cakap yang 2 anak dia yang lain sebelum ni masa tadika dah lancar membaca dan sebagainya..bila tanya si anak, dekat rumah ada tak belajar read easy ke, anakku ke, iqra' ke, jawapan dia tak..maksudnya bila kat rumah langsung tak ada sesi pembelajaran berlaku..segalanya di serahkan pada pihak sekolah untuk mendidik anak dia..lepas tu expect yang anak dia boleh excell dengan hebatnya seperti budak-budak lain yang dalam masa yang sama belajar dekat rumah dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain..
serius aku kesian sama itu budak..juga kami- secra tak langsung..
contah dua.
kat sekolah tadika tu lepas tidur, dalam pukul 2.30 semua murid dari umur 4-6 tahun kena belajar sembahyang..isnin belajar solat zuhur, dan seterusnya hingga hari jumaat belajar soalat subuh..macam biasa, ada imam kat depan, ada saf lelaki di depan dan perempuan di belkang..di guide oleh guru-guru, bacaan secara lisan, baca kuat-kuat semua..
dalam ramai-ramai budak, ada sorang budak perempuan ni bila time solat jek, mesti muka dia kelat..nak tak nak je..bila suruh baca kuat kuat, dia geleng-geleng sambil berkerut kening dia macam kena paksa buat kerja berat..
satu hari dia rebel..dia tak nak pakai telekug semua, lari duk jauh-jauh..padahal orang lain semua dah ready nak start solat..tanya dia kenapa tak nak solat..dia cakap tak nak..kenapa, dia bagi jawapan yang sama.aku tanya, kat rumah sembahyang tak, dia geleng..baru 5 tahun kot..aku tanya lgi, mak sembahyang tak, ayah sembahyang tak?..dia geleng-geleng..adik beradik sembahyang tak?..dia geleng lagi...
aku tanya, dia tak nak sembahyang sebab orang kat rumah dia tak sembahyang ke?..dia angguk-angguk...
.....
aku terdiam..aku teringat ada orang kata, kata budak kecik ni bukan 100% boleh percaya sangat...biarpun ada orang cakap yang budak kecik ni tak pandai menipu..entah..
fikir la sendiri...takkan nak tanya mak dia pulak..
contoh 3
yng ni positif..bila parents yang dalam masa yang sama turut ajar anak dia bila kat rumah..kalau bukan parents adik beradik yang bantu adik dia untuk belajar membaca dan sebagainya..kebanyakan ramai yang cepat membaca ni hasil dari belajar kat rumh jugak..maksudnya tak harap dari sekolah semata..
ye la, expectation tinggi, budak bukan sorang dua nak ajar dalam satu kelas..ada yang cepat, ada yang lambat..ada yang sederhana..cikgu cuma ikut standard yang average..yang cepat tu memang bonus..yang lambat tu kalau di biar memang boleh tertinggal jauh..
aku dulu pun tak masuk sekolah tadika..tapi memang dari kecil lagi mak aku ajar abc 123 eja nama semua..alhamdulillah la tak ketinggalan sangat..bila time adik aku pulak, mak aku hantar masuk tadika- tak berapa nak ajar sangat kat rumah, memang lembap la..lagi la kat tadika kat kampung aku dulu tu banyak permaianan..tambah pulak adik aku tu bukan spesis einstein, quite lambat la jugak dia nak belajar membaca semua..
itu yang aku nampak,beza belajar sendiri kat rumah, and hantar tadika then tak praktik langsung kat rumah..bukan aku nak kata tadika tak bagus, aku just nak stress kan kat sini yang effort tu kena datang dari parents gak untuk bantu anak dia dalam pelajaran..lagi-lagi untuk early education ni..bila parents ajar, dah kira macam tutor- attention to one to one..kemungkinan untuk cepat tangkap apa yang di ajar lebih tinggi berbanding kat sekolah..dengan distraction lagi..macam-macam lah..
jadi yang belum jadi parents ni, pilih la nak jadi parents yang macammana..aku sekarang cuma melihat, tak rasa sendiri pngalama tu..jadi aku tak nak condemn ke apa ke..kita cakap anak orang, takut nanti jadik apa pulak kat orang sekeliling kita..
to be continued..
Saturday, April 2, 2011
Sunday, March 27, 2011
aku dan layang layang
aku rasa comel giler bila tengok orang main layang-layang tadi..kat padang kecik sebelah mcD bangi tadi..sweet giler..
kebanyakkannya semua bawak family, anak kecik-kecik lagi..sekali laagi aku nak cakap yang dorang semua comel giler..ada parents yang bersungguh ajar anak dorang terbangkan lelayang..ada budak kecil yang bersungguh lari-lari pegang layang-layang..ada yang berebut nak cuba terbangkan lelayang setelah beberapa kali cubaan yang gagal..dan aku msa tu memang teruja giler tengok layang-layang yang terbang tinggi..
seumur hidup aku, aku tak pernah berjaya terbangkan layang-layang sendiri..dulu masa kecik-kecik memang selalu sangat buat layang-layang..guna surat khabar, pakai lidi, tampal sana sini..adjust sikit-sikit, tunggu petang angin kuat sikit, then lari-lari pegang benang yang di pinjam dari mesin jahit mak, lari sampai penat, tapi layang-layang masih tak terbang..
sebab tu bila aku tengok layang-layang tadi buat aku rasa teruja yang amat sangat..
teruja dengan kejiranan kat situ..family-..xde pun couple dating kat situ..semua family bawak anak kecik-kecik yang comel..rasa tenang yang amat sangat...compared to other place yang hectic nak mati..hurm...
tetibe aku nak tambah satu lagi wish kat wish list aku..nak fly the kite..

