teringat masa kerja dulu..langsung tak ada masa..balik kerja, mandi, terus tidur..esoknya, bangun terus pergi kerja..makan- itu pun kalau ingat..langsung tak ada life..
pergi kerja, rasa berat je kaki melangkah..cukup lapan jam menghadap komputer, headseat di campak, kemas-kemas, lalu jalan tar yang bersepah dengan manusia, naik tren, turun tren, sampai rumah, mandi, tidur...kalau ingat- makan..
masa kat se aritu, shift 24 jam..orang tido aku kerja, aku tidur orang lain kerja, serupa tak macam orang..tak jumpa house mate..tak borak..tak balik kg- sama ngan situasi aku kat atas..masa tak ada..badan sentiasa penat..
kalau dulu mental ngan mulut aku penat layan karenah orang, lepas tu badan aku pulak penat tak cukup rest plus tak cukup tidur..lagi nak layan karenah orang atasan yang ntah pape..tambah lagi underpaid yang melampau..kerja 12 jam macam robot..
lepas tu kerja pulak cari customer..call sana sini, pergi sana sini, guna duit sendiri..gaji pulak tak ada gaji basic, bergantung pada komisen..pekerja paling lama yang kerja kat situ 3 bulan, itu pun x pernah buat closing..kedua paling lama kerja sudah 2 bulan..tapi payment x pernah dapat...aku penat..sebab diorang tarik customer dengan cara salah..bukan cara aku..kalau aku buat cara aku- sure x dapat closing..
susah gak kalau terlalu jujur ni..tapi x jujur mana nak dapat berkat..dulu aku kerja rasanya tak berkat kot duit yang aku dapat tu..lepas dia maki aku, aku maki dia belakang-belakang..ntah mana duit tu aku pun tak tau mana dia pergi..
sekarang, aku punya banyak masa..aku boleh buat apa yang aku suka..tapi, aku tak berduit..aku sakit kepala pikir hidup yang macam ni..apply sana apply sini, macam fresh graduate, sampai sekarang masih macam ni..
orang kata rezeki tak sampai lagi..ye, mungkin..tapi sampai bila ntah..aku pun sabar..tapi sampai bila...kat dunia ni mana ada benda free..semua kena bayar..bergerak sikit kena bayar..aku dah 24 kot..orang lain mungkin dah stable..aku masih terkontang kanting lompat-lompat kerja sana sini..
asyik tak tahan je..
aku memang xnyesal tinggalkan kerja-kerja yang pernah aku buat dulu..tapi ni la balasannya kot..rasanya kalau aku bertahan lagi sikit mungkin aku boleh terbiasa..itu namanya pengorbanan kot..demi rezeki- kena korbankan masa yang banyak..demi rezeki- terpaksa korbankan family, tak dapat balik raya atau jenguk seminggu sekali..demi rezeki- kena hidup tak macam orang..
ye la..aku rasa memang aku kena bertahan untuk kerja-kerja yang tak macam manusia normal yang lain..korban masa yang banyak dalam hidup demi duit, tak ada life sendiri macam masa zaman study dulu, terpaksa bertahan dengan karenah birokrasi dan karenah orang atas yang sentiasa menekan,terpaksa tak jumpa family walau sekali sebulan...
mungkin kot..mungkin la..
even after everything, outcome dia still macam ni..puas dah pujuk hati ni..risau sebab tak nampak hari esok..sekarang dah masuk februari..bulan depan march..tahun dpan umur aku 25..tahun depan lagi 26..aku masih tak ada apa-apa accomplishment..ye, boleh panggil aku loser kawan-kawan...
tengoklah bulan 4 ni macam mana..xdapat survive gak, aku tutup buku kat sini..aku bukak buku kat tempat lain pulak..ntah la..kena buat sembahyang hajat hari-hari kot bagi rezeki murah..doa la sesame untuk si loser ni ye kengkawan..
jangan risau, aku takkan bunuh diri..
Monday, February 21, 2011
the very genuinely ultimate loser..
Saturday, February 12, 2011
rapikan mengenai kesihatan..
aku tak ada benda sangat nak repekkan kat sini..kalau ada mesti require masa yang panjang..tapi memandangkan aku macam separa ting tong je skarang i'll make it short..
tanda-tanda demam (ini aku punya simptom, mungkin berbeza dengan orang lain punya)
1) batuk-batuk gedik
biasanya aku akan kena sakit tekak dulu..bila aku sakit tekak, biasanya aku boleh prevent diri dari batuk dan demam..dulu masa kat vads, aku hidup dengan bercakap, nak tak nak kena elakkan batuk dari berlaku..suara hilang tak apa lagi..bila sakit tekak aku akan ambil 'euphon', ubat sakit tekak yang sangat-sangat mujarab..itu pun housemate aku, kak su yang bagi..sebab kitorang selalu sakit tekak sama-sama, dia dapat free dari klinik panel company dia..aku takkan dapat free kalau gi klinik panel pun sebab kena bayar dulu claim kemudian..
tapi ntah kenapa tah tetiba kali ni tak kena sakit tekak tiba-tiba batuk keluar kahak hijau..aku mintak tolong cik google carikan aritu pasal warna kahak ni..kalau kaler putih tu tahap biasa, tahap kedua kahak kaler kuning or coklat, dan tahap tiga kaler hijau- yang menandakan jangkitan kuman, bakteria dan kawan-kawan dia kat paru-paru..lastly, paling bahaya kalau batuk berdarah..tak lama la tu..
memula risau gak..bila batuk pun rasa separuh mati- batuk style orang merokok kuat punya batuk sampai sakit dada yang amat..kuman kuasa apa tah duk serang sistem antibodi aku pun aku pun tak tau..tapi sehari je la macam tu..esoknya aku check balik, kahak bertukar jadi kaler putih..tahniah sistem antibodi ku kerana berjaya membunuh kuman tersebut walau aku tak ambil sebarang medication hari tu..(kes tak suka makan ubat, unless rasa nak mati baru telan ubat)..
2) selesema...
selesema dan hidung sumbat memang tak boleh nak pisahkan bila batuk menyerang aku..nak bernafas pun payah..nak tidur lagi la..yang ni aku biasanya ignore je..paling teruk pun kena bernafas guna mulut..masa ni tak selesa langsung..sebab tendency untuk batuk lagi tinggi untuk aku..macam bob cakap masa aku form 3 dulu, kalau hidung sumbat masa nak tidur, cuba tidur mengiring..memang berkesan la..walau selalunya sebelah hidung je yang berfungsi masa tu (x kena block)..ok la dari tak boleh bernafas langsung.
3) atas sejuk, bawah panas..
maksunya bahagian atas badan aku dari pusat ke atas akan jadi sejuk semacam..dan dari bahagian pusat ke bawah akan jadi panas..aku pun tak paham kenapa..selalunya aku akan pakai sweater siap ber hooded kepala dan pakai short bermuda saje..kalau pakai seluar panjang mesti akan gulung-gulung kaki seluar..ntah, aku malas nak google yang ni..
4) sakit belakang
sakit belakang yang macam lenguh lenguh, sengal-sengal ubi..rasa macam nak sewa sekor anak gajah suruh dia pijak-pijak belakang aku sekejap..
5) kulit jadi sangat sensitif
terutamanya pada kulit bahagian tangan yang merangkumi bahagian bahu, terus ke pergelangan tangan..bila tersentuh sikit bahagian tu akan rasa sakit..
kalau kena air paip bersuhu air paip biasa akan rasa pedih dan sejuk yang luar biasa..boleh tahan gedik gak tangan aku ni kan..
6) tiba-tiba gedik nak mandi air panas
biasa berlaku bila rasa tak sedap badan..rasa benci gila dengan air paip biasa..nak minum air dari peti ais pun tak mampu sebab rasa sejuk gila..
tekak pun rasa nak benda panas jek..
7) tak boleh duduk same spot lebih dari 2 minit..
ini mungkin kerana keadaan diri yang sangat tak selesa..rasa tak selesa yang kalau ada button off on kat badan ni rasa macam nak off kan dulu sekejap..kalau masa tu tengah baring mengiring, jap legi menelentang..lepas tu berubah ikut posisi yang selesa untuk waktu-waktu tersebut..
8) demam..
rasa macam ada haba panas yang keluar dari kulit muka..bila bernafas rasa panas..dan terus tak boleh bergerak dengan aktifnya..
bagi aku solution terbaik adalah tido..sebab kalau tak sakit kepala akan datang tak lama lepas tu..
aku dah malas nak ambil panadol dah sebab ada banyak side efek karang..biasanya aku demam sekejap jek..
yang lama nak baiknya cuma batuk ngan selesema jek..
9) mimpi ngarut
bila demam, akan selaunya di temani mimpi ngarut..contoh semalam aku mimpi pasal nak bako rumah orang kampung..sape setuju angkat tangan macam sayee....ntah pape je,,
so sekarang ni, korang dah tau sedikit sebanyak simptom-simptom aku bila nak sakit or demam..so, kalau korang nampak atau dengar mulut aku membebel sebab perkara-perkara di atas, senang je- masakkan aku sesuatu yang panas dan berkuah dan lazat..huhu
ubat xkan jalan untuk aku sebab aku cuma makan ubat bila rasa macam nak mati jek..haha..
Wednesday, February 9, 2011
merapik meraban episod 1~
Tuesday, February 8, 2011
aku tengah terfikir, nak tulis pasal cerita apa untuk entry kali ni..kalau post cerita gembira- orang naik jelek pulak..nak tulis cerita sedih- karang dikata mintak simpati pula..cerita biasa biasa- nampak biasa sangat..cerita luar biasa- apa yang luar biasa sekarang..semua pun dah nampak biasa walau satu masa dulu sesuatu perkara itu adalah sangat luar biasa..
so, untuk bagi otak blur aku gembira sikit hari ni, aku nak cerita pasal Strong Heart..rancangan variety dari korea selatan yang jadi penghibur kitorang adik beradik..bukak kat vikii, biar dia loading episode by episode, lepas tu terus tengok dengan gembiranya- kekadang sedih pun ada..
bagi yang memang alert racangan korea ni mesti tau sangat pasal talk show yang satu ni..cerita yang megharukan dari artis-artis korea yang sangat terbuka dan jujur ketika menceritakan kisah hidup diorang..tru hardness dorang gain experience dan dari experience tu diorag jadi matang..dan dengan ketabahan dan kesabaran, diorang berada kat tempat yang diorang ada sekarang..
hebat kan?..
sebab cerita diorang bukan calang-calang cerita..bukan kisah suka semata..bila tengok cerita korea- (aku lebih dekat dengan cerita dari negara itu dari dulu sampai sekarang dan selamaya), walaupun kadang-kadang aku nampak macam mengarut semacam- tapi sesungguhnya apa yang berlaku dalam cerita tu ada berlaku dalam kehidupan seharian..
macam dalam cerita marry me mary, mak kepada kang mu kyol tu memang sah-sah menyusah kan..lepas satu masalah, satu lagi bala di bawaknya..lepas tu suruh anak dia clean up her mess..yang ayah nya si mary tu pun sama jugak..berhutang sana sini, akhirnya susahkan mary, dipaksanya si marry kawin dengan lelaki kaya bukan pujaan hatinya..nasib baik lelaki kaya tu baik..dapat yang jahat stok-stok pukul orang tak pasal-pasal macam mana?
kes-kes orang tak sedar diri macam mak mu kyol ngan ayah si biskut mary ni memang slalu je jadik kat sekeliling kita..dalam cerita memang la aku siap kutuk-kutuk si mu kyol ngan si mary tu, apasallah tak buang je mak bapa mereka yang selalu timbulkan masalah tu?..dah buat salah, lari, lepas tu datang balik bawak masalah baru bila problem lama dia baru settle..
lepas tu, aku pun terfikir- memang macam tu pun kat real life..dah banyak jugak la aku jumpa orang macam tu..create troubles, pastu lari, suruh orang sekeliling dia settlekan problem dia (of course lah family dia, siapa lagi yang nak tolong kalau bukan family..nak harapkan kengkawan nga jiran?..jangan harap..lagika nak mintak tolong pak mentua ke mak mentua ke, lagilah dalam mimpi pun takkan mugkin)..datang balik bawak problem baru..dan family dia masih sanggup nak terima dia atas nama darah daging sndiri..
tak tau la otak orang-orang macam tu proses pakai apa..banyak sangat makan otak udang ke apa agaknya..
sebab tu la bila wanita tabah ni cakap camni aku jadi terharu terus,
' habis tu takkan nak biar dia masuk penjara..siapa yang nak tanggung anak bini dia nanti..biarlah dia nak buat macam mana pun..'
itu ayat yang keluar dari mulut seorang kakak yang dianiayai adik dia sendiri..sempat pikir untuk orang lain tu..kesian gak bila aku dengar cerita dia..ingat nak tolong adik dia tambah side income, last last jadik macam tu..adik dia pandai sikit bab-bab wiring ni..so dia pun mintak tolong adik dia buatkan wiring kat rumah baru dia..bayar, bukan tak bayar..tak pasal-pasal adik dia ni ter'cut' wayar penebat tnb..jadi power overload la kat rumah orang lain..
so, efeknye banyak la barang elektrik kat area kawasan perumahan kat situ rosak..nak jadi cerita jiran dia ni suruh bayar ganti rugi, tnb pulak ambil tindakan ambil meter elektrik kat rumah baru kakak tu..selagi tak settle bayar gantirugi, tak dapat lah elektrik kat rumah tu..yang si adik dengan bijak nya melarikan diri, tak mampu nak bertanggung jawab..
yang si kakak pun cakap kat orang tnb tu, kontraktor tu lari balik indon..so, dia yang kena bayar bagi si adik yang bebal tu..bebal sebab dia tak ada lesen dalam kerja-kerja pendawaian ni, pastu dengan konfidennye claim boleh buat semua..aku yang dengar ni pun terfikir, hurm- memang tak salah lagi memang wujud orang yang bawak masalah kat orang lain ni seperti yang ada kat dalam tv tu..
tadi strong heart, tiba tiba melalut ke merry me mary lak..haha..sebab masa kakak tu cerita, aku terbayangkan strong heart..haha..boleh pulak...
kalau la kakak tu macam salah seorang customer aku dulu, memang naya la adik dia..
ni kisah kakak lain pulak..kakak ni penari budaya..kalau tengok kat astro- rancangan apetah yang ada menari-menari tu, dia jadik penari latar kat belakang..aku tak pernah perasan, member aku yang cakap dia pernah nampak..
so, nak di jadikan cerita, si kakak ni kalau dapat gaji dia memang tak pernah keluarkan duit dari akaun dia..setelah beberapa bulan, dia pun check balik akaun dia ni..terkejut bukan main bila dia tengok akaun dia susut sebanyak 8 ribu lebey..
pergi check kat bank, bank cakap semua duit tu keluar kat branch sekian-sekian..dia pergi branch tu, review kat cctv, sekali tengok tukang dajal akaun dia adalah adik perempuan dia sendiri..entah macam dapat nombor pin segala tu tak la pulak dia bagitau..
yang si kakak ni lain pulak dengan kakak kat cerita atas tu..di bawak terus adik dia yang ambil duit dia tanpa kebenaran tu (curi?) pergi mahkamah, saman kaw-kaw punya..adik sendiri kot?..tapi dia pedulik hape..
rasanya masalah kat sini bukan pasal duit sangat pun..duit tu memang ye la, bawak gi court to make sure adik dia bayar balik..tapi dalam kes ni, apa yang akak dia berang sangat sebab dia percaya kat adik dia kot..sakit dia lain macam kot sebab kena dengan adik sendiri, perempuan pulak tu..means, mesti la dia rapat gak kot satu masa dulu sampai no pin utk atm kad pun boleh tau..
ape nak jadi tah..adik beradik pun nak pedajal jugak..
moral entry aku ni- sedangkan adik beradik pun payah nak percaya, inikan orang luar..sedangkan family sendiri suka bagi masalah kat famili sendiri, apatah lagi orang yang tak kenal kita..pedulikkan la kau makan siput babi ke apa..yang penting tak susah kan dia..
apa aku melalut ni...
Friday, January 28, 2011
urggggh!!!! then hahahaha~...what a lol~
tadi adalah sangat marah yang teramat..dan sekarang ni tiba-tiba-tiba boleh tergelak yang galak..
sambil tunggu page blogger ni nak loading untuk melampiaskan kemarahan, tiba-tiba teringat balik insiden tadi rasa macam tak jadi nak marah bagai..instead aku tergelak sakan..
ni kesah seorang mak cik yang ego..tak nak terima bantuan orang lain..macam biasa ini kisah benar, tiada tokok tambah perisa untuk menjadi kan kisah ini lebih menarik..another story- original~
di pagi yang hening, ada sorang mak cik ni, ber exercise ikut instuctor dalam dvd yang di beli oleh saudaranya..badan dah makin kembang, haruslah dia bagi kurang sikit idora (lemak, nanti aku cerita camman lemak tu boleh dapat nama idora) kat badan tu kalau nak muat baju yang lama-lama..nak beli baju baru ekonomi negara dan ekonomi dompetnya seakan tak mengizinkan sekarang..barang semua mahal..sale pulak pada barang yang dia tak minat..
so dia pun tegarkan hati kuatkan semangat ber eksesais di pagi hari selama sejam lebih..memang berpeluh satu badanlah lepas aktiviti tu..sementara tunggu peluh kering dia layan la dulu tengok cerita korea, tajuknya Marry me, Marry! yang ada hero kacak kegemaran dia tu..dalam tengok-tengok tu dia rasa tak selesa la pulak..baju melekit kat badan, bau baju berpeluh pun menusuk hidung...
jadi dia pun ambil la inisiatif pakai towel saje..dalam rumah sendiri je pun..apa nak segan..tingkap semua tutup, pintu berkunci, tak ada sape nak sekodeng la senang cakap..bila dah rasa selesa sikit, dia pun terus menonton sampai habis satu episod..dah abis satu episod dia pun gerak la nak gi mandi..
terfikir seluar baju semua kat ampaian lagi..so dia pun pergi la kat ampaian tu nak ambil apa yang patut..tengok-tengok ada baju terjatuh kat bawah..mak cik ni duduk rumah flat..bila baju jatuh, sangkut la dia kat bumbung tempat ampaian orang bawah..macam biasa beliau ambil batang penyapu dan cuba tarik-tarik baju yang jatuh tu..
sambil menyumpah seranah dalam hati, dan keluar tempikan usaha dari mak cik tu, tiba-tiba jatuh lagi satu baju..tangan dah la pendek, tinggi pulak tu gap antara bumbung tu dengan jeriji kat ampaian tu... payah bebeno di rasa nak ambil baju yang jatuh tu...selepas berusaha dengan gigih, satu baju berjaya di kaut..
satu lagi gagal sebab material kain dia tak mengizinkan..tapi dia tetap berusaha..iyah sana iyah sini tak dapat dapat jugak nak ambil baju tu..tanpa di sedari nya jiran sebelah tingkap dok perati lama dah..terkejut beruk mak cik ni bila tiba-tiba kena tegur..punya la baik hati jiran tu nak offer pertolongan, mak cik ni punya berlagak cakap tak pe, tak payah..budget dia boleh buat sendiri..
jiran dia ni pun, yelah, orang dah tak sudi, nak buat macam mana..tak sampai 20 saat mak cik ni give up dan cakap, 'esok je la amek,' dalam nada yang tak puas hati..
dia pun terus berlalu sambil duduk balik di depan komputer dan update status fesbuknye..
.....
aku paham kenapa mak cik tu tolak pertolongan jiran tu..
1)dia mungkin memang seorang yang independant..
2) sebab jiran tu lelaki dan masa tu dia tengah pakai towel saje..
