Friday, December 17, 2010

adik comel..

"nanti bila dah besar pakai tudung macam akak ni ye," ujar si ayah kepada anak perempuannya yang berada didakapannya sambil menunjuk ke arah aku.

terkedu sekejap aku sebelum tersenyum lebar selebar lebarnya dalam hati (macam mana tu, haha, sila imagine sendiri)..si anak yang comel tu senyum malu. comel. comel sangat sangat. wajahnya persis wajah ayahnya, berambut kerinting seperti si ayah dan pipi bulat macam separuh bola. rasa macam nak gigit.

yang bagusnya anak kecil itu sangat patu. bila disuruh salam, dia menghulur salam. sambil di bawanya tangan kita ke hidungnya untuk di cium tanda hormat. hampir histeria aku tengok kecomelan dan behavior yang di tunjuk oleh kanak-kanak itu. bagus. dari kecil sudah di ajar seperti itu. harapnya kekal hingga bila-bila..

kakak sebelah aku tu free hair..aku tak perasan muka dia masa brader tu cakap macam tu kat aku tadi..aku pun tak berani nak pandang kakak tu..takut dia tengah terasa ke apa ke..tapi tengok gaya dia lepas tu macam tak rasa apa-apa pun..aku nak komen lebih-lebih kat sini pun malas la takut jadi isu kontroversi ke apa ke walau ini page aku..aku kan sukakan hidup yang aman dan damai..hehe..

pasal isu bertudung ni aku tak nak komen lebih..cukup aku cakap yang aku selesa bertudung dan juga sebagai melaksanakan tuntutan syariat..aku pun tak nak komen pasal tudung yang kejap ada dan kejap tak ada atas kepala yang di amalkan sesetengah orang..aku tak berminat nak komen- sebab dah ramai sangat komen..dan korang pun sure2 kompem2 tak nak baca lagi benda2 cam tu..

aku cuma tak berapa nak berkenan sangat kat satu trend ni..trend bukak tudung tudung masa kahwin..rata-rata aku tengok kawan-kawan sebaya aku yang biasanya bertudung dalam kehidupan seharian diorang, tiba-tiba masa majlis kahwin bukak tudung..aku tak faham jugak kenapa..aku rasa cun je kalau pakai tudung masa kahwin tu..seri pengantin tetap ada kot..

aku tak tau la aku nanti macammana kan (itu pun kalau ada yang sudi nak kahwin dengan aku), ni sebagai ingatan untuk aku jugak..lepas tu bila dah selesai majlis kahwin tu, pakai tudung balik macam biasa..kiranya just bukak tudung sekejap masa time bersanding and ambil gambar je la..aku tak ada nak marah ke apa ke, cuma melahirkan rasa yang agak pelik..

nanti sah-sah ada yang cakap- 'kau mana faham, bukan kau yang kahwin pun..blablabla..'..aku yakin mesti ada punya..mungkin aku yang terlalu konservatif kot dengan memikirkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang pelik..mungkin orang lain dah anggap perkara ni sebagai sesuatu yang terlalu biasa..aku je yang sibuk-sibuk jadikan isu..hal kecik je bagi diorang..

apa-apahal pun, aku harap dorang happily ever after dan tak ada rasa sikit pun menyesal bila tengok balik gambar diorang bila dah berusia kelak..(cam klaka je ayat aku ni..pehal tetiba rasa nak nyesal plak kan?)..

so, untuk adik yang comel sangat sangat tu, akak harap sangat dapat jaga diri baik-baik, jadi gadis yang baik (depends la apa definisi baik bagi anda), dan ingat pesan ayah yang satu tu ok?..

hopefully aku pun akab jadi lebih baik dari masa ke semasa~

Wednesday, December 15, 2010

pervert~

aku memang suka lelaki pervert ni..lelaki yang suka jeling jeling sambil senyum senyum miang..bila orang tak bagi respon dia ingat kita jual mahal, konon nak mark up harga..lepas tu anggap satu cabaran untuk tackle orang yang buat jualan mahal ni..aku memang suka bila jumpa orang macam tu..

lepas tu hari hari tayang muka dengan harapan kita boleh jatuh rindu bila dia tak datang satu hari..wah, itu part paling best..datang tanya dah makan belum, kalau belum boley i blanje- kata dia..owh, yang itu part yang aku suka juga..bab bab makan free ni memang paling aku gemar..maklum la orang miskin gaji kecik macam aku ni mana lepas nak makan tengah hari..rezeki betul...

aku pun suka juga bila time tengah buat kerja dia tiba-tiba pandang pandang sambil imagine yang entah apa apa dalam kepala otak dia sambil tersenyum sumbing..kacak sungguh la masa tu kan..paling aku suka part bila dia tanya mana aku bila time aku tak de pada staff lain..caring nye...

aku harap sangat hubungan macam ni kekal sampai bila bila..biarlah dia ada girlfriend ke, tunang ke waima isteri sekali pun, asalkan aku tak rugi..betol tak?

......

haha..nasib baik tak jadi kat aku..sian kau kakak sebab kena usha ngan lelaki cenggitu..cam tah pape tah..

'i'm semi blinded, and deaf also'

'i  could not hear you. i only can see for short distance only. i can't see your face clearly. doctor said i got brain infections. i spent 3 months in hospital. i'm semi blinded. i cannot hear you..'

sambil tersenyum lelaki separuh abad itu menerangkan kepada aku satu persatu mengenai keadaan dirinya ketika itu. aku terkedu seketika. dia berpakaian kemas, lagaknya seperti orang yang bekerja di pejabat besar. Yang sudah biasa duduk di kerusi dan meja tempat kerja berhadapan dengan komputer sepanjang hari dan ditemani udara segar air conditioner di ruang pejabat yang selesa.

entah kenapa itu first impression aku terhadap lelaki dewasa itu sebaik dia melangkah masuk tadi. walau cara jalan dia nampak tak seimbang, tapi aku tak rasa dia ada sebarang kekurangan fizikal di kala itu. cum bila dia memberi penerangan tentang dirinya sebentar tadi buat aku betul-betul tersentuh.

tak ada rasa sedih langsng. tak ada nada kesal langsung pada nada suara dia. seolah-olah dia dapat menerima keadaan dirinya sekarang dengan tenang. dari seorang yang dapat melihat dunia dengan jelas- nikmatnya ditarik banyak. dari seorang yang sihat pendengarannya- dia terus jadi pekak. 2 nikmat deria yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

aku teringin nak bertanyakan dengan lebih lanjut bagaimana dia boleh mendapat jangkitan otak tersebut, apakah puncanya, sejarah hidupnya, bagaimana dia dahulu sebelum jatuh sakit, terlalu-lalu banyak yang ingin aku tahu tentang lelaki itu. tapi sayangnya dia tak akan mampu mendengar soalan aku.

aku rasa dia sangat tabah berhadapan dengan nasib dirinya. berjalan seorang diri dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa ditemani sesiapa walau tahu akan kekurangan diri, malah tongkat pun tiada di tangan untuk menandakan dia semi blinded..

semakin jauh dia berjalan perlahan meninggalkan aku, hati ini semakin di runtun pilu..tak tahu kenapa hati ni rasa syahdu sangat..terfikir- apa agaknya perasaan bila ditarik nikmat yang dipinjam tuhan ni? akan tabahkah aku meneruskan hidup seperti lelaki itu? at least dia keluar juga dari rumah dia dari menangisi nasib diri hingga ke hujung usia..

hidup ni memang macam-macam..aku tak tahu apa moral untuk kisah ni- mungkin nak suruh aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..mungkin juga nak suruh aku sabar dan tabah dengan hidup yang bermacam-macam ni..

apa-apahal pun, aku nak cakap, yang semakin kita bercampur dengan masyarakat yang bukan dari suasana kita membesar- semakin kita tahu yang dunia ni pelbagai sebenarnynya..dan semakin banyak aku tahu pasal realiti kehidupan anak-anak jati kl ni, buat aku takut untuk hidup dalam dunia mereka..

aku akan buat satu entry panjang lebar tentang dunia anak-anak jati kl - kawasan yang bukan elite..later..

Saturday, December 4, 2010

enough is enough~

its not like i cant forget em, its just me, the one who dont want to forget em all this time..dont wanna let go..refuse to forget everything happened which obviously its only a few pieces in the chapter of my life..

baiklah jika begitu..

betapa stalkernya diri aku ni bila sanggup google nama orang dan cari apa-apa info mengenai orang tersebut..dan hasilnya- aku sendiri yang terluka..sob3..sedih..namun jauh dari sentap..aku pun macam tak ada apa rasa sangat..tapi aku bertekad nak lupakan segala-galanya tentang perkara yang dah lepas lepas tu..

selama ni aku rasa macam sayang sangat nak lupakan segala yang pernah berlaku dalam hidup aku ni..beberapa peristiwa menarik, cam chumill, terasa seperti indah, yang mana mampu buat aku tersenyum sorang-seorang bila teringat balik..

tapi setelah melihat hasil pencarian tersebut- aku rasa, tak perlu kot aku hidup dalam kenangan..seperti mana yang aku buat selama lebih kurang 2 bulan ni...tak perlu dan tak patut...

mungkin aku akan jadi bosan sebab tak ada benda yang sesak-sesak otak lepas ni, tapi- aku rasa worth it..youth memang kejam..aku tak dapat pun rasa keremajaan macam orang lain..sedar-sedar dah dewasa..itulah- asyik sangat dengan dunia sendiri masa zaman muda-muda dulu..nak sangat jadi anything but ordinary..tak dapek la den nak nolong..

walau bunyi macam menyesal, memang ada sikit pun, tapi tak apalah..mungkin life aku akan menjadi lebih menarik lepas ni..so, haruslah lupakan semua yang tak seronok yang sudah berlalu...maka yang seronok akan sampai...

finally, after 2 bulan, akhirnya aku berjaya menekadkan diri untuk let go segala rasa tersebut..

hehe..wish me luck~

Wednesday, November 24, 2010

7 Ciri Lelaki Yang Membuatkan Aku Rasa Dia Hot


Ini bukan artikel gay.Untuk menulis benda ni,aku tidak akan letakkan diri aku di dalam diri Saiful Bukhari atau Neil Patrick Harris.Aku akan cuba menulis benda ni jika aku seorang wanita.

1. Lelaki yang pengemas



Yeah.Aku rasa first sekali perempuan akan tengok adalah benda ni.Baju,seluar,kasut.Ada ke keluar dengan awek tapi tak gosok gigi? (pernah ke korang jumpa orang macam ni?)

2. Lelaki yang pandai memasak


Aku rasa salah satu impian wanita adalah makan malam bersama suami sambil makan hidangan yang di masak sempurna oleh si suami.Benda ni buat sekali-sekala aje.Aku dah kawin dekat setahun baru buat 2 kali aku masak untuk isteri aku...ok la tu kot?

3. Lelaki yang romantik tapi tahu batas keromantisannya


Ada sesetengah lelaki,dia romantik tapi dah sampai jadi tahap clingy membuatkan ramai orang wanita menyampah.Sikit-sikit call,sikit2 sms.Sikit2 datang serbu kat ofis nak tengok awek sihat ke tidak.

4. Lelaki yang lucu tetapi tidak lucah


Ramai lelaki lucu tetapi lawak mereka tak senonoh.Ada seorang member aku,lawak dia HARAM TAK LAWAK pada aku tapi member2 pempuan aku semua ketawa berguling-guling bila terdengar.Dialah yang kawin paling awal antara kitorang.Kitorang?......ramai baru nak kawin tahun depan.Umur dah nak masuk 30 an.

5. Lelaki yang sayang kanak-kanak

Salah satu benda yang mampu mencairkan hati mana2 gadis adalah apabila dia ternampak anda membantu seorang budak bangun apabila budak tu terjatuh akibat berlari merata-rata di shopping kompleks.Upah mana2 budak dengan gula-gula dan suruh dia terjatuh.


6. Lelaki yang kadangkala tidak takut untuk membuka hati dia

Ramai lelaki ego.Aku pun ego.Kadang-kadang lelaki ni sebab nak di anggap "macho" sentiasa menunjukkan sifat keras kepala dalam semua benda.


7. Lelaki yang mampu menangis 


Ni mesti kena dengan waktu dia.Lepas menonton filem sedih,ok.Lepas membaca kisah menyayat hati dalam Reader's Digest,ok.Menangis sebab bergaduh dengan awek sebab awek tak nak peluk dalam wayang lepas tengok cerita sedih...takyah la buat.

.....

kopi dan pes dari cursing malay punya blog.. nice one eh..kalau ada satu lelaki yang ada semua tujuh perkara kat atas ni datang minang memang kompem2 i say yess..berangan lebih kan..haha...