Sunday, August 15, 2010

mencari motivasi..

motivasi ku tiada..
hilang..
selama 4 hari..
campur esok jadi 5 hari..
giler rrrrrr..

owh cik motivasi, datang la....
datang la...datang la...
tolong la datang...

camne lagi la nak seru kau supaya kau datang...
MOTIVASI!!!
alamak..dah terjerit...

make sure ari selasa ni kau ada ye motivasi..
kalau tak..
xbermotivasi la aku hari tu...

hari ni pun separuh mati cari motivasi nak teruskan hidup...
semalam dah separuh mati tanpa kau cik motivasi..
tengok-tengok je kosong, tiada...

sekosong pemikiran hati...

tolong ye cik motivasi..be there- eventhough i know u would never be mine~

Wednesday, August 11, 2010

mau lari..

off  hari ni..tak keja..
first day puasa..
bangun pukul 5 suku, bersahur..sorang-sorang..kak su pun bangun, pastu dia geleng-geleng kepala dengan muka kecewa..sedih la tu..tak ada rezeki nak celebrate first day ramadhan..

entah kenapa aku rasa sayu juge..suis kettle elektrik yang kaler putih tu aku tekan..air semalam, panas kan ajelah..malas nak tambah air baru..milo 3 in 1 dituang dalam mug..sambil tunggu air masak tuna dari peti ais dikeluarkan..dua keping roti gardenia yang dibuang tepinya disapu dengan tuna mayonis pedas..tak ada lah pedas mana..

makan-makan, minum-minum, air milo yang secawan tu pun tak habis..simpan saja dalam peti ais..boleh buat buka karang..lepastu tutup lampu, sambung tido balik..

entah kenapa ramadhan kali ni rasa sayu sangat..entah..mungkin tercompare dengan ramadhan tahun lepas..at least ada orang untuk bersahur bersama..berbuka bersama..walau masa tu kehidupan rasa perit yang amat..tapi dengan kehadiran orang disisi boleh membawa kebahagiaan..

dulu duduk serumah dengan kejam, kerja kat jusco, tensen, benci, boring, tapi kejam ada..boleh cerita segala bagai rasa..sekarang nak cerita apa kat sesiapa pun dah tak reti..tak pandai nak mengolah cerita..sekarang masing-masing pun busy..walau aku tak busy mana, tapi still nampak busy..

sekarang ni...ntah la..dalam tidor pun boleh mimpi tempat kerja..rasa macam  kena hauunted pun ada..siapa kata kerja aku ni boleh relek bila balik rumah..siap terbawak dalam mimpi pun ada...scary sungguh..

pukul 6 lbey dengar bunyi bising-bising..bunyi orang bukak periuk nasi dan plastik roti..dengar-dengar juga nama aku di sebut-sebut..biah tanya kak su kenapa aku cuti arini..sebab aku off day la arini..suara dia kedengaran cemburu..tapi perluke kau cemburu pada aku yang off day ari ni sedangkan kau fixed setiap ahad dab sabtu adalah off day...aku lagi jeles kat korang sebenarnya...

spontan aku cakap camni, "oi, orang sahur pukul 5 lbey la bukan pukul 6 lbey,"..pastu aku dengar diorang tergelak sambil membalas sesuatu kepada aku..ntah..tak jelas, sebab sebenarnya aku memang tengah mamai yang amat masa tu..

dekat pukul 7 aku bangun..tak shenunuh kan..patut takyah tido lepas sahur tadi..buat la apa yang patut..tapi nak buat macammana, tuntutan mata ni lain macam sangat hari ni..lepas subuh aku terus jammed nak buat apa..laundry, cleaning..pastu, jammed lagi sekali..tengah-tengah tengok tv sekali lagi aku terlelap..

dapat pulak mesej bunyi gini dari team leader,

'salam.slamat menjalani ibadah pose.start sok semasa jd level 1sila isi EXIT POOL TRACKER masing2 stp ari.soon u all will be back up ATT.tq..'

sumpah sepatah haram aku tak paham ayat dia..nak balas balik, comfirmcomfirm dia takkan balas..jadi aku berbalas mesej dengan zai..dibukak pulak cerita yang elaun akan dipotong kalau tak achieve performance..aku dah, what the what??..kenapa teruk sangat ni?..kerja dah la makin banyak..sibuk suruh promote cd, kena mintak rating dan segala bagai lagi..pastu kalau tak achieve kena potong elaun pulak..

selamba je nak pinda-pinda kontrak..pastu kalau tak setuju nak buat macammana?..resign?..zai macam dah bulat, macam dah nekad..abis kontrak dia nak angkat kaki..aku tak tau macammana nak pujuk dia lagi..sedangkan ati aku sendiri ni pun dah tak terpujuk..

kalau zai pergi- aku sorang..saat tu hati aku rasa sebak semacam..entah..aku dengan zai tak de la rapat mana pun..xde pun pernah cerita heart to heart story..tapi sepanjang sebulan lebih ni aku rapat dengan dia..basicly pasal kerja..kalau dia takde, haish..xready lagi la...

bertambah sayu aku di pagi 1 ramadhan ni..lagi sayu bila zai kata kesian kat team leader..kalau dia kesian aku lagi kesian..sebab kitorang, cik tl kitorang tu pun x achieve performance dia gak..itu mungkin aku tak perlu pikir..tapi dalam banyak-banyak orang kat tempat kerja aku tu cuma 2 orang je yang aku boleh rely- satu si zai, dan satu lagi cik tl aku tu..

walau pun perangai tl aku tu ada sikit ignorant (bak kata ahli group aku), tapi bekerja dengan dia senang..tak banyak soal..ikut cakap dia, everything ok..maksud aku bukan ikut membabi buta..selagi ok, ikut saja la..xde masalah pun..

entahla..bila hati rasa kosong sangat, aku try buat benda yang menenagkan jiwa, tapi tetap tak tenang..last-last aku sampai kat sini..dalam cc hampir 2 jam aku kat sini..usha2 life orang lain..cuba compare dengan diri sendiri...tak banyak beza..masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi...

cumanya, aku tak reti nak luah pada siapa..tak nak bebankan kepala otak orang lain dengan masalah seciput ni..jadinya..disinilah tempat aku meluah rasa..hurm..

entahla..orang kata bulan puasa ni kena banyak sabar..memang kena banyak sabar, tak sampai satu hari puasa dah banyak dugaan dan cabaran terbentang depan mata..tak tahulah sampai bila aku boleh bertahan..harap sangat mampu bertahan..tak tahu dah berapa gelen air mata tumpah dari pagi tadi..sayu, syahdu, sebak, sedih..segala macam perasaan s yang datang..

tambah-tmabah dengan rumah kat kampung lagi..hurm..mengeluh lagi..mau lari...

Sunday, August 1, 2010

denial state~

dan sebenarnya,

sesunggunya apa yang aku baca dari buku merah, iaitu buku yang aku tulis setiap kali aku bosan itu, adalah benar semua sekali..isinya aku baca kuat-kuat, tanpa skip sebarang perkataan..waima titik noktah sekali pun..jadinya jika orang itu tidak mempercayai apa yang aku baca itu sebenarnya ialah yang kutulis, terpulang kepadanya untuk mempercayainya atau tidak...

dan sebenar-benarnya, \
sesungguhnya aku mahu mengakui bahawa diri ini masih lagi dalam denial state yang mana bukan kehendak hati ini untuk melalui state ini lagi..akan tetapi, kerana dari segi logiknya akal dan fikiranku yang berfikir ini, perkara yang dibincangkan sebentar tadi itu adalah sesuatu perkara yang sangat mustahil untuk terjadi di realiti..

hanya mimpi dan impian semata..tapi, pernah dengar tak quote ni,
' tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan,'

tapi, masalahnya saya tak ada keberanian tersebut..dan takkan mungkin ada kot..tak pe, kita follow with the flow saja lah ye.manalah tahu kan, satu hari nanti, keberanian tu akan datang, dan mungkin, mimpi tu akan jadi realiti..siapa tahu kan?

thanks for listening, and for the serbuk cuci yang digunakan untuk -oh clorox, yang di gunakan untuk membasuh saya tadi..

cukup sampai disini hari ini..saya melalui weekend yang gembira pada minggu ini..terima kasih lagi sekali yer..

Sunday, July 18, 2010

prevention better than cure~

terkejut masih tak hilang lagi..biar dulu sebelum ni dia pernah betray aku dengan perbuatan mereka, tapi dia pernah jadi kawan aku..biar tak berhubung sekarang, tetap, dia pernah jadi kawan aku..tolong aku bila diperlukan, berjalan bersama ke stesen lrt setiap kali mahu pulang, kekadang jalan-jalam sesama kat times square, tengok wayang sesama kat mid..

biar tempoh perkenalan dan per'kawan'nan kami singkat saja, tapi bila tahu tentang update dia yang terbaru ni buat aku terkejut..kesal pun ada...kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali?..apa yang dia fikir waktu tu sampai sanggup merelakan akibat ini terjadi?..aduh..ayat aku dah makin tak boleh belah dah..

tapi apa yang aku nak sampaikan nanti adalah totally kisah benar..walau hanya secebis info yang aku dapat dari informer, tapi aku rasa sudah cukup memadai untuk aku mencoretkan sebuah kisah, yang patut jadi teladan..buat gadis-gadis.. (baca style che'nelle)..

kisah si lalang~

nama dia bukanlah lalang..dia bukan sejenis tumbuhan atau rumput juga..dia manusia..sama macam aku, sama macam kamu semua juga..cuma apa yang membuatkan dia sama seperti lalang adalah kerana dia tiada pendirian yang tetap dan teguh..dia seperti tak pasti apa yang dia mahukan dalam hdupnya..

apa yang orang cakap, dituruti saja..seperti tidak punya organ yang dinamakan otak dalam sistem badannya yang membolehkan dirinya untuk membuat  keputusan dalam hidup ni..kerana itu dia umpama silalang yang ditiup angin bila membuat keputusan..

contoh-

aku: jom, g job interview
dia: kerja apa?
aku: kerja ni, bla bla bla..cenggitu..cenggini
dia: ok..

bila dah dapat

aku:yay
dia: hehe..(senyum saja)

bila dah start kerja

aku: gila suck kerja ni..sok aku nak interbiu kerja lain. nak ikut?
dai: tengok la..

(padahal dalam masa yang sama dia tak suka juga kerja tu)

esoknya.

aku: eh, ada pulak ko
dia: aku try jek dapat- dapat la. xdapat xdapat la.

bila dah dapat, training 2 bulan, mintak spa, dapat temuduga, dia berhenti.

aku: kenapa berhenti?
dia: tunggu spa..
aku: teruskan je la dulu, dapat nanti baru berhenti
dia: tak pe la.tunggu je la.malas la aku kerja ni.

wuhu..mudah saja mulut dia berbicara begitu..kau ingat senang nak masuk gov?..lagi la benda yang kau mintak tu jauh dari apa yang kau belajar dulu..tambah pulak dengan kau yang tak punya confident dan keinginan ayng tinggi dalam hidup ni....agak2 kau boleh dapat ke?

tapi tak sampai hati la pulak nak cakap macam tu kat dia..so aku diam kan saja..lagi pun beza 2 tahun lebih tua dari aku mungkin dia lagi pandai merencana masa depan untuk dia sendiri..siapalah aku nak consult tentang life orang lain kan?..

tapi ternyata, usia bukan pengukur kematangan seseorang..bukan aku nak claim yang aku ni lagi matang dari dia, bukan aku nak cakap yang aku ni lagi banyak pengalaman hidup dari dia..bukan aku nak cakap yang aku ni bagus sangat, tapi, setakat ni rasanya aku masih boleh bezakan yang mana betul mana salah setakat ni..

bila dulu dia cakap dia ambil kelas menjahit, aku cam pelik, mana dia dapat duit nak masuk kelas menjahit semua tu..dia tak kerja pun lagi..takkan banyak sangat saving dia masa dia kerja dulu untuk dia tampung kelas tu sambil tampung hidup sementara dapat kerja?..aku dah start pelik, lagi la dia anak sulung...

dan selepas 2 bulan aku tak jumpa dia, aku dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku pada dia..kenapa dia makin lama aku nampak dia makin chubby masa training dua bulan dulu..kenapa dia selalu usap perut dia masa kat training room dulu..kenapa dia tak ada mood dalam satu-satu hari tu..kenapa dan kenapa dan pelbagai lagi persoalan lain yang aku malas nak ambil pusing satu ketika dulu..

tapi bila si k cakap yang dia bakal jadi mother (without wed-lock), aku terkesima kejap...

err..aku tak salah dengar biar k hanya berbisik pada aku..rupa-rupanya, kelas menjahit adalah kelas bersama teman lelaki..duduk serumah, dan itulah akibatnya...

kenapa aku terkejut, sebab selama aku kawan dengan dia, aku tak nampak tanda-tanda dia jenis perempuan macam tu..perempuan yang mudah- maksud aku..nampak macam perempuan baik saja..memangla bertudung bukan lamabang kebaikan seseorang, dan pakaian bukan melambangkan peribadi..tapi at least, act like one..

entahlah..aku ni sibuk cerita pasal orang, takut sangat jadi kat diri sendiri..sebab tu la aku cakap jadikan pengajaran..sekarang ni yang aku tau dia mau keep that baby..setahu aku dia kenal lelaki tu bukan lama pun..laki tu pun walau dah berusia still tak stable lagi- dari apa yang pernah dia cerita kat aku la dulu..

hurm..benda nak jadi kan..tapi at least kita boleh mengelak sebelum berlaku sesuatu kan?

prevention better than cure~

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita ~