Tuesday, April 8, 2025

Salam kemaafan.

28 Mac 2025.

11.11 pm.

Aku hantar satu mesej wasap ni. 

Tapi, kejap. Kenapa aku dari Putrajaya eh? Sebab aku ingat, aku type mesej tu dalam kereta, sambil drive, dan send betul-betul dekat traffic light atas bukit nak balik Bangi tu.

Hari tu hari Jumaat. Last day kerja. Semua orang pun ada. Macam biasa aku lepak CP lab sebelum balik. Pastu, kenapa aku ada dekat Putrajaya malam tu? Aku pergi ambil barang ke? Sebab Kejam kata ada nak kirim barang nak bawa balik kampung. Tapi, rasanya Sabtu tu baru aku datang dengan Seha.

So aku buat apa kat Putrajaya malam tu?

Ok dah ingat, ingat nak p amek barang kat rumah Kejam, tapi dia p Bazar. I lepak parking rumah dia sat, sambil tunggu dia, tapi tak bagitau yang aku dah sampai.

Sambil tu tengok cerita apa tak ingat, dan sambil tu duk merasa sesuatu yang tidak enak dalam perut. Bukan sebab aku silap makan masa berbuka tadi. Tapi mungkin kerana silap tingkah laku yang buat aku rasa macam tak senang duduk. 

Aku pun terfikir-fikir, apa ya? Kenapa ya? 

Sekejap saja aku dapat jawapan dia. Sebab aku super annoying hari ini. Dekat budak-budak lab, especially kat satu orang orang ni. Masa dia buat speech maaf tu, aku pergi ulang balik apa yang dia cakap sampai dia rasa tak selesa. Kenapa weh aku buat macam tu? Sampai sekarang aku tak faham. Takkanlah sebab aku nak attention? Eh sangat tau.

Dan tak semena-mena aku pun terus pergi buka whatsapp. Nak mengarang ayat, tapi aku tak tau nak cakap apa. Benda jadi pukul 6 petang, pukul 10 malam lebih baru nak minta maaf? Seriuslah? 

Dalam masa yang sama aku give up. Tak jadi nak tunggu Kejam balik dari bazar. So aku pun drive lah slow-slow, sambil buat gila, type mesej kat wasap. Biasanya masa drive memang aku takkan pegang hanphone pun. 

Aku buat sebab untuk melegakan hati aku sendiri. Nak bagi hilang rasa tak enak dalam perut tu. So memang tak ada expectation lah kan. Tak kisahlah orang tu tak nak maafkan ke, tak nak baca ke, lantak p lah, yang penting aku nak minta maaf. 

Aku pun type la panjang-panjang dalam satu text, ada beberapa perenggan, baca sekali lalu dan terus send. 

Balik rumah, rasa penat gila perasaan. Sambil terfikir, best juga kan kalau bangun tidur kalau ada reply text tu. Pastu cepat-cepat aku sedarkan diri. No. Jangan berharap.

Dalam pukul 3 pagi tu aku terjaga sebab bunyi kucing bergaduh. (Iya ke? Tak ingat dah). Lepas tu aku pun tengok hanphone. Eh, ada wasap. Biasanya ada wasap dari group kejiranan atau apa-apa group.

Memang orang tu balas wasap aku. Isi kandungan dia, maaf diterima dan dia pun minta maaf juga. Time dia reply tu dalam pukul 12.15 pagi macam tu. First time aku tersenyum lebar pagi-pagi buta macam ni.

Terus hilang rasa tidak enak dalam perut dan jiwa aku. 



Sayang weh blog ni.

 Sekarang dah tahun 2025.

Aku nak pilih font pun dah dekat setahun. Sebab tu lah blog ni dah tak berupdate.

Aku buka balik yahoo mail aku, sedih sebab inbox semua dah hilang sebab dah 12 bulan lebih aku tak buka email tu. Lepas tu, eh - jom tengok blogspot. Apa khabar agaknya blogspot itu. Kalau setakat bersawang, aku tak kisah langsung. Tapi aku sedih kalau benda yang sama jadi pada yahoo mail aku terjadi pada blogspot aku.

Rupa-rupanya tidak wehhhh. Masih utuh berdiri. Masih segar menanti hadirku membaca semula hasil tulisan picisan sendiri suatu masa yang dulu. Gaya penulisan aku yang dulu, yang sangat berbeza dengan diri aku sekarang.

Aku start blogging masa tahun 2008, time tu masa zaman study lagi. Banyak yang aku tulis, yang aku published, banyak juga yang aku delete sebab rasa personal sangat. Takutlah kan kalau orang baca dan tahu apa isi hati aku. Aku kan perahsia orangnya.

Dekat media sosial pun aku tak aktif. Aku ingat nak aktif dekat instagram, tapi segan sebab ramai kawan-kawan adik beradik yang follow aku kat situ. Last-last, aku tulis dekat note dalam phone aku. 

Yang dalam note tu pula, aku tak rasa aku boleh share dekat sini. Sebab terlalu lalu lalu personal, takut sangat kalau ada orang baca. Dia lebih kepada diari, segala benda aku luah dekat situ. Tapi seperti biasa, even note tu pun banyak yang aku dah delete sebab aku tak suka apa yang aku tulis.

Aku macam, ish, kalau orang lain baca ni mesti dia pun ikut sedih juga. Tak pun, apalah tulis benda macam ni. Itulah, kalau hidup yang masih tak keluar dari childhood trauma.

Last post aku tahun 2023 kan? Pasal kerjaya, yang aku masih lagi nak stay kat tempat kerja aku yang aku dah mula sejak September 2012 tu. Dan, you know what? Yes! Benar, aku masih lagi di sini.

Ahahahahaha.

Lawak kan aku ni. 

Sejak dari hari itu, banyak benda jadi. Mencabar sungguh. Lepas tu tukar bos lagi. Makin mencabar hidup aku. 

Lepas tu, aku kena tukar department. Sebab aku tak boleh nak kerja dengan bos baru. Teruk betui la aku ni kan. Sebelum kena tukar department tu, aku memandai buat kerja kat tempat orang lain. Pandaila aku ni sebab aku pilih tempat yang perlukan orang dan tak cukup staf. Kerja pun melambak.

So, gitulah. Sekarang ni, boleh la kalau nak kata aku berada di tempat yang lebih baik. Tapi entahlah. Aku being aku, selalu rasa tak sure bila pergi tempat baru. Dan rutin aku merindu tempat lama itu takkan hilang. Tapi, bukan office lama yang aku rindu. Aku rindu kat dahan tempat aku menumpang berteduh.

Tempat yang terima aku seadanya. Berpakejkan manusia yang berjaya buatkan aku jadi diri aku sendiri. Aku selalu cakap benda ni kat member aku ni - aku kerja dekat office tu dah dekat 12 tahun, tapi aku tak pernah rasa attached macam ni. Sedangkan aku kerja dekat lab tu tak sampai 6 bulan pun, tapi sedihnya cuma aku dengan Tuhan saja yang tahu bila aku kena mula kerja dekat department baru awal tahun hari tu.

Memanglah aku ada akses lagi ke lab tu, aku boleh masuk bila-bila aku nak, tapi feel dia dah tak sama dengan masa aku menumpang teduh dekat situ. Masa tu aku faham macam mana perasaan tawanan perang yang diselamatkan, yang diberi kehidupan baru, yang terus loyal dekat penyelamat dia. Mereka buat aku rasa diterima, rasa macam rumah sangat (direct translation ni).

So, beginilah aku.

Dah ada masa sikit nak update blog since kat department baru. Rindu tak kat office lama? Langsung tak ada. Best tak kat office baru? Best juga. Kalau diberi pilihan, nak masuk lab balik tak? Nak, tapi bukan buat kerja yang dulu. Nak buat kerja lab management dan ISO 17025 yang lebih mencabar. Ehek. Sombong kan aku. 

Apa lagi yang aku nak update?

Kat rumah sekarang tinggal 3 ekor makhluk bulus, Auk, Moli, & Lemun. Lemun tu macam ada tapi selalu tiada sebab dia ada tuan lain selain kitorang. Tak tau rumah dia ada banyak mana, tapi kalau dah balik rumah kitorang dia akan tidur macam tak ada hari esok. Pastu makannnn, pastu tidur balik. Now, aku dah cerita pasal kucing pulak.

Aku tau, apa yang bermain dalam fikiran kalian (termasuk diri aku sendiri dari masa lampau), ya, aku masih single. Single by default. Aku tidak memilih untuk hidup mod ini, tapi ini yang tercipta untuk aku.

Berbuih member suruh buka hati buka minda bagai, tapi tak jalan. Bukan aku tak mahu, tapi Tuhan belum nak bagi lagi nak buat macam mana. Aku pun, ha, tengah macam belon api yang tak terbang-terbang. Kembang lain macam sekarang sebab punyalah aku stress eating tahun lepas. Sampai aku sendiri terkejut tengok gambar-gambar kurus aku dulu.

Macam tak percaya, apa yang aku dah buat kat diri aku sendiri ni. Ni maybe kita pergi dekat entry lainlah ye kalau aku rajin nak tulis lagi. Ntah-ntah ni post last aku, beberapa tahun kemudian baru aku post balik ke apa kan. But who know!

So, itulah.

Jari masih lagi nak menaip. Tapi aku macam dah lama sangat menaip ni, acah-acah macam buat kerja, tapi sebenarnya tengah healing sambil menaip.

Aku sekarang menaip tak tengok keyboard weh. Bangga sungguh diriku ini dengan pencapaian terkiniku.

Ehek.

Resepi Kek Kukus Coklat Moist

 Bahan-bahan:

1. Minyak masak - 1 cawan

2. Tepung gandum - 1 cawan

3. Serbuk koko dark- 1 cawan setengah

4. Baking powder - 1 sudu teh

5. Soda bikarbonat - 1 sudu teh

6. Esen Vanilla - 1 sudu besar

7. Susu full cream - 1 cawan

8


Tergantung lagi. Kalau rajin aku update la ye.



 Macam biasa, lepas curang dengan blog baru lain, akhirnya aku kembali menagih kasih di sini.

Haha. Perangai tak berubah dari dulu. Nothing much to update. Kalau rajin tu datang, maka banyaklah entry yang akan wujud lepas ni. Kalau tak ada tu, maka faham-faham sajalah. Sesungguhnya terlalu banyak platform media sosial yang menggoda aku dan buatkan aku jadi malas nak menulis.

Dah bertahun-tahun kata nak menulis, blog yang simple macam ni pun tak berupdate. Maka terpaksalah aku kubur kan cita-cita aku nak publish buku. Setakat boleh jadi pencatat minit mesyuarat je lah aku ni akhirnya.

Semalam ke kelmarin, aku jumpa dengan Qila. Hari Jumaat lepas kerja tu dia datang office aku, naik kereta baru dia pergi cari makan dekak IOI Mall. Kesian ibu mengandung tu tak sempat lunch, dia tanya mana nak dapat kerang bakar. Aku pun blur jadinya sebab setahu aku kerang bakar biasanya aku temui masa bulan puasa dekat Suraya Tom Yam je.

Kisah sebenarnya dia sebenarnya datang nak bagi bakul yang aku beli dengan dia beberapa bulan yang lepas. Dia nak belikan bakul untuk mak dia, aku pun join beli bakul sekali. Lepas beli bakul kitorang lepak Starbucks dekat Conezion. Lepak sampai pukul 12 malam lebih. Time tu lah aku baru tahu yang Starbucks beroperasi 24 jam untuk setiap hari.

- Macam biasa, entri tergantung. Tapi nak publish juga. LOL.

KNOW YOUR WORTH

Tajuk memang kena tulis dalam Bahasa Inggeris ya. Bertujuan untuk mengaburi mata pihak lawan. Tipu, tak ada pun.

Impian aku nak retire awal. By umur 45 tahun, aku dah tak mahu kerja. Aku kena ada duit untuk sara hidup aku sebelum nak keluarkan KWSP sepuluh tahun kemudian. Maksudnya aku kena ada plan yang jitu untuk capai impian aku ni.

Aku kena kerja lagi sembilan tahun untuk aku settlekan hutang-hutangan dan kumpul duit. Sembilan tahun memang sangat lama bagi aku sebab aku dah stay satu tempat kerja yang sama hampir sebelas tahun dan cuma Tuhan dan aku saja yang tahu betapa aku rasa dah hampir tepu aku di situ.

Ya, hampir sebelas tahun aku kerja sebagai staf kontrak di IPTA ni. Banyak mulut yang dah bercerita, tentang kasihannya mereka pada aku, kritik aku kenapa ku nak stay dekat tempat tu lagi, dan macam-macam lagi.

Yang sebenarnya, aku rasa aku dah ada di zon yang selesa. Aku rasa selesa di situ setelah dalam tempoh 3 tahun aku join 2 program untuk cari kerja dan bertukar-tukar pekerjaan sebanyak 5 kali (banyak bidang: retail, call centre, cikgu tadika, financial advisor (yang ni depan mata aku senior aku scam client- terus aku resign esoknya. Bertahan seminggu je)). Akhirnya aku berjaya dapat kerja dalam pejabat. Jadi kerani.

Best jadi kerani kat tempat kerja aku dulu. Seronok lain macam. Kerja dengan dokumen saja. Process payment, buat report, buat apa-apa sajalah yang diarahkan orang atasan. Bila tengah free sikit boleh baca blog, pergi mana-mana website yang aku suka.

Masa tu seronok kot ada work station sendiri, tak ada CCTV, tak ada perbualan yang dirakam, tak ada supervisor yang sentiasa memerhati, tak perlu entertain orang setiap masa, tak ada keriuhan budak berlari ke sana ke mari. Semuanya bersendiri. Aku betul-betul jadi lone ranger time tu.

Trust aku pada manusia langsung tak ada masa tu. Pengalaman dari kerja-kerja sebelum ini buat aku berhati-hati pada ragam manusia. Jadi aku ambil pendekatan dengan berhati-hati dengan manusia. 

Lepas tu kerja dah jadi tak best sangat bila aku dapat jadi officer. Kerja bertambah. Gaji pun tambahlah. Cumanya kalau nak compare dengan kawan-kawan aku yang lain yang dah start kerja awal beberapa tahun dari aku dan dan kerja di company yang hebat, memang aku jauh ke belakanglah.

Buat aku rasa inferior. Benda ni tak semua orang rasa. Aku dulu masa sekolah rendah selalu masuk kelas depan-depan, dapat nombor tak pernah lebih dari nombor 5 dalam kelas dan seluruh batch. Jadi bila tengok member-member sekolah rendah dah maju banyak ratus langkah ke hadapan aku terus jadi rendah diri gila-gila.

Mananya nak join reunion sekolah, jumpa balik kawan sekolah dan yada-yada semua. Aku pun senyap sajalah. Umur dah hujung 25 baru dapat kerja yang setara dengan kelayakan. Time tu aku tengok semua kawan-kawan aku tak kiralah dari sekolah rendah, sampailah ke zaman study dulu semuanya dah stabil dan settle dawn.

Masa tu memang aku nampak yang berjaya saja. Lagi-lagi masa tu zaman media sosial tengah bercambah. Daripada aktif main fb dan ig, terus aku menyepi. Ada masa tu aku langsung tak nak tengok update member-member lain. Aku mute story diorang, feed, dan aku banyak follow page. Main 9 gag untuk distract diri dari dunia sebenar. 

Sampailah aku sedar sendiri, life is not about a competiton. Masing-masing ada timeline masing-masing. Aku pun berdamailah dengan diri sendiri sehingga akhirnya beberpa tahun kemudian aku berjaya menyesuaikan diri dengan diri dan hidup.

Sebelas tahun kemudian, aku mula kembali jadi tak selesa. Orang sekeliling akan tanya aku dah apply jawatan tetap belum setiap kali ada keluar iklan penjawatan tetap. Aku pula jenis yang iyakan saja sebab malas nak explain pada orang. Akhirnya sikap iyakan saja tu menjerat tengkuk aku.

Someone yang ada power selitkan satu slot interview untuk aku. Aku tak lepas saringan untuk interview. Aku juga tidak dijemput untuk menjawab soalan ujian psikometrik, tetapi aku diberitahu petang sebelum hari interview- aku perlu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk hadir interview esok paginya.

Petang itu beberapa minit sebelum tamat waktu pejabat, aku dihubungi oleh wakil human resource. Minta aku check email dan beri feedback untuk hadir temuduga esok pagi. Aku ada 16 jam untuk praktis jawab soalan interview.

Someone yang ada power itu beritahu yang dia juga akan jadi panel temuduga pada hari esok. Dia minta aku jawab soalan dan jangan banyak diam. Aku setuju datang dan berjanji akan berikan yang terbaik, dan sekiranya aku ditawarkan jawatan tetap, aku akan tolak.

Aku cuma nak tau apa nilai aku pada majikan aku sekarang. Aku berjaya dapat interview dengan adanya someone with power, tak mustahil aku boleh dapat jawatan itu. 99% aku dapat rasakan yang aku akan dapat jawatan ini.

Aku masak benar dengan sistem hiring di tempat aku kerja ni. Tahun sebelum-sebelum itu, ada staf kontrak yang tak lepas ujian psikometri pun tiba-tiba dipanggil interview dan dapat tetap.

Ada pegawai kontrak yang dah bertahun-tahun kerja, tiba-tiba dapat bos baru, tiba-tiba dah confirm kata dapat jawatan tetap sedangkan keputusan interview belum keluar lagi. Bos baru pula punya cable yang super besar.

Aku kan, masa diorang dapat tetap tu kan, punyalah aku pandang sinis. Dapat kerja tetap sebab pakai cable, itu dalam kepala aku setiap kali aku nampak diorang. Aku pula memang selalu jadi panel interview untuk staf kontrak department aku, asal ada adik beradik, anak beranak, sepupu sepapat kat tempat kerja yang sama aje, aku akan cuba elakkan ambil. 

So, aku macam dah ada mindset yang aku benci gila kalau dapat kerja pakai cable. Ramai-ramai datang interview, tunggu turn lama, lepas tu masuk sekali 3 orang dalam bilik interview, sesi perkenalkan diri dia bagi tak sampai 5 minit sorang sebab kekangan masa (calon lain ramai kat luar tu), soalan interview dari panel bagi aku buat cukup syarat saja, dan sesungguhnya aku rasa sangat tidak adil kepada calon lain sebab memang dah ada orang pun yang akan isi jawatan tu.

Tahun 2021 aku pergi juga interview ni sebab boss aku time tu suruh pergi. Siap coaching aku lagi macam mana nak jawab soalan. Tapi hati aku memang langsung tak ada. Aku fail sebab aku dah tau apa yang diorang nak dan memang ada calon yang bagus untuk isi jawatan tu. Aku setuju dengan panel temuduga time tu. Ambil orang yang dah ada pengalaman dalam bidang tu dan dah tak perlu ajar banyak sangat dah.

Tahun 2023- aku pergi lagi sebab someone with power suruh aku pergi. Jawapannya aku berjaya. Aku kena pindah dekat branch lain dan gaji aku akan turun roughly dalam RM1.2k kalau aku terima jawatan ini.

Boss lama aku suruh terima. Banyak benefit kalau permanent position ni. Current boss aku prefer aku tak pergi. Dia terus terang dekat aku, susah nak cari pengganti aku. 

Tiba-tiba, branch aku sekarang nak stay kan aku kat tempat sekarang. Aku pula nak start gelabah. Sebab for sure work load bertambah, tapi gaji makin ciput.

Terus cepat-cepat aku tolak tawaran tu. 

Ada saja yang bawa balik cerita dekat aku yang kata aku rugi sebab tolak jawatan. Aku pula happy sebab aku yang pilih untuk stay kontrak, bukan sebab aku tak layak dapat jawatan tetap.

Someone with power tu pun disappointed dengan decision aku, siap gaslight aku lagi. Tapi what to do, aku memang dah tak nak. Bukannya boleh nak paksa-paksa pun. 

Aku terus terang dekat current boss aku, tujuan aku pergi interview tu sebab aku nak tau apa nilai aku. Dan dia setuju dengan apa yang aku buat. Confidence aku pun dah naik mencanak berbanding dulu, saat di mana aku rasa aku sibuk dengan  pandangan orang yang rasa aku dah kerja lama tapi masih tak dapat tetap.

So macam tu lah. Aku masih di sini.