Quick journal untuk hari ni.
Masuk hari ni baru 4 hari aku betul-betul nak dapatkan balik apa yang aku hilang. Untuk buangkan apa yang menumbuh dalam badan.
To cut the story short, lepas raya puasa hari tu berat naik gila-gila. 1- sebab sepanjang bulan puasa tu aku tak work out langsung. Aku stop jogging. 2- masa raya hari tu aku walau makan normal macam orang lain dan tak pergi open house sangat, aku perasan yang baju yang aku selalu pakai hari pergi ofis makin mengecut. Itu mungkin sebab masa bulan puasa aku kadang-kadang buka tak proper food.
Hasilnya, aku dapat efek yoyo. Time bulan puasa berat aku turun lebih kurang 4 kg, lepas raya mencanak dia naik. Aku punya susah hati sampai aku decide untuk buat benda yang dah lama gila aku tinggalkan. Try ambil pil bagi turun berat badan. Dia punya efek memang best tak rasa lapar langsung.
Bila kau dah tak lapar, kau pun tak makan, Bila kau tak makan, tak ada lah kalori intake. Tapi time tu memang tak rasa penat letih dan lesu langsung. At the same time aku pun jogging macam biasa malam-malam lepas kerja. Aku rasa macam super human sebab even tak makan sangat aku still ada tenaga.
Lebih kurang dalam 2 minggu aku ambil pil. Satu hari aku ambil sebiji sebelum breakfast. Kalau aku miss nak makan semalamnya, hari ni aku makan 2 bijik sekali gus. Aku budget boleh terus kurus. Berat boleh turun banyak. Tapi tak pun. Berat tetap takat tu. Malah kadang-kadang main naik. Aku jenis yang timbang berat setiap hari. Walau pun tak bagus untuk psikologi aku, tapi aku buat jugak.
So, aku decide aku tak nak makan dah pil tu. Time tu aku dah boleh fikir straight sikit. Time stress hari tu aku tak tau apa yang aku fikir. Tengok orang yang berbadan besar boleh kurus sebab ambil ubat kurus tu terus aku beli benda yang sama. Orang tu pun ambil masa kot nak kurus. Bukan 2 minggu makan boleh terus kurus. Huhu..
Ada lagi separuh ubat tu dalam beg aku. Hari-hari aku kendong bawak pergi kerja. As a trophy untuk aku atas apa yang aku dah buat kat badan aku. Kenapa aku cakap macam tu? Teruskan membaca.
2 minggu kemudian aku buat blood test. (Read: 2 minggu lepas aku tak ambil ubat tu.)Saja-saja je buat sebab member ajak. Buat kat lab dekat tempat aku kerja je ni pun. Bersungguh-sungguh jugak Doktor tu nak cari urat darah aku nak sedut darah masuk dalam picagari dia. Padahal dulu time medical check up setiap tahun masa rotu dulu asal aku hulur tangan je medical staff tu boleh jumpa the urat.
Wednesday, September 30, 2015
So, in short: Don't Quit!
Tuesday, September 29, 2015
29 September 2015 jam 9.12 pagi.
Hari ni 29 September 2015 jam 9.12 pagi.
I should be working now. Siapkan minit mesyuarat yang sepatutnya aku siapkan berzaman dulu lagi. Tapi aku malas. Aku jadi macam ni bila banyak sangat work load. Tapi aku still happy sebab aku masih ada kerja.
Last post aku April yang lepas. Dalam masa yang sama aku cuba tulis kat blog lain. Tapi tak siapa yang boleh tandingi blog cinta pertama aku yang ini. Haha..
Overall, life ok. Everything ok. Wish list banyak yang dah berjaya cross dan banyak yang dah tambah baru. Biasalah manusia mana pernah puas. Mesti ada je benda yang tak ada nak diadakan. Kadang-kadang melebihi keperluan. Well that's me, at least.
Sekarang ni musim jerebu. Tak seronok nak main-main kat luar. Minggu lepas baru je rasa dapat pemandangan yang HD, 2 hari lepas tu datang balik angin yang bawa jerebu. Semalam diorang kata hujan lebat. Siap guruh petir semua datang. Seronok tidur time-time tu sebab diorang cuti. Aku pulak tak perasan langsung yang semalam tu hujan. Balik-balik je tengok kereta basah macam kena simbah air.
Terlepas aku satu nikmat dunia. Perasaan dalam hujan. Dulu time kat ofis lama, setiap kali hujan je bukak tingkap luas sikit. Dapat tempias hujan pun jadi la. Memang refreshing yang amat. Rindu pulak zaman lone ranger dulu. Bila dah cerita pasal cuaca ni, nampak sangat yang dah out of topic. dah tak ada idea nak tulis apa.
Mumbling. Rambling.
Sekarang dah 10.58 pagi. Bukan maksud aku taip dari tadi cuma dapat berapa perenggan je. Sebabnya, hei, aku malas nak explain. Tak ada kerja aku nak explain.
Haish, tetiba teringat rendang mak masa raya haji aritu. Nasib baik dia tak buat banyak. Kalau tak mau makin kembang aku dibuatnya.