Sunday, August 28, 2011
memorial~
Thursday, August 25, 2011
dehydrate~
aku tak pasti terms tu sesuai ke tak dengan condition aku sekarang..biasalah..bulan puasa..mana nak boleh minum air siang kala ni..
mata ni dah pedih semacam..rasa macam nak sumbat banyak-banyak air kat liang-liang mata neh bagi segar semula..nak minum karang jadik lain pulak..
hari ni aku ambil half day..so skarang aku kat rumah tengah seronok (?) online lepas bake 'muffin coklat lembap air mata maria' yang sangat special..diadun dengan penuh perasaan seperti menonton adegan air mata dalam drama korea genree kelakar yang tiba-tiba ada scene sedih giler kat situ..
so, dengan sedikit perisa tambahan yang secara tak sengaja termasuk kedalam adunan muffin itu, aku harap adik aku boleh berasa sedikit kegembiraan untuk menjamah muffin yang didedikasikan untuknya itu.. tak sabar pulak rasanya aku nak balik rumah untuk menyajikan hidangan istimewa itu untuknya..
kenapa dengan adik aku?..refer pic kat bawah jap...
Wednesday, August 17, 2011
nuzul quran..
pagi tadi orang kat surau announce, sesape yang tak kerja arini meh la ramai-ramai turun..memeriahkan majlis untuk sama-sama bergotong royong buat bubur lambuk ramai-ramai..aku yang rajin ni memang la liat nak turun..bila petang, usus dah mula rapping, tiba-tiba terbau sesuatu yang enak..
apesal la aku tak tutup tingkap..kalau tak mesti tak terganggu nafsu nak main internet selama 24 jam aku dengan bauan yang bisa mencairkan air liur ku yang sememangnya mencari-cari sesuatu untuk di dissolve kan..semalam dah la berbuka dengan makanan berbuka kelmarin..beli banyak sangat food kelmarin..tak habis kunun nak simpan buat sahur..jap lagi sahur tak bangun, makanya simpan buat berbuka..yang penting kenyang..
tapi masalahnya sekarang dari pagi tadi tangan ni duk rajin bukak peti ais..walau tak ada makanan dalam tu..tengok air pun jadilah..tak dapat nak makan, imagine saje la..duduk sorang-sorang kat rumah, kalau tak puasa pun bukan orang tahu..tapi tuhan tau..wawawa..
rasa sunyi sungguh hari ni..suara pun tak keluar seperti biasa..macammanalah nak kurus..setakat puasa, tak makan siang, pastu terlepek depan laptop main tenet..ngutuk orang kat yutiub..haish..yang kurusnya puase aku, bukan aku..lalalala...
tak silap aku dah 2 entry aku buat untuk ari ni..bila malas-malas bebenor nak meng upadate..skali dah update terus nak menaip..tulis pepanjang karang jari aku pulak yang sakit..nak upload gambar tenet lak cam siput
rindu lak kat alien alien kecik tu..tapi bila dah jumpa tak cukup suara nak jerit kat dorang..
wa..aku tak sabar nak cuti panjang..nak duduk rumah je boleh tak? tak payah beraya rumah sedara or mara..ataupun tak yah ada sesapa yangg datang rumah untuk raya tahun ni..pleaseee....raya tahun ni je...tahun lepas tak puas beraya kat rumah sendiri, asyik beraya dalam kereta jek..hukhuk...
syawal..
semakin lama cuti aku, semakin sikktlah gaji yang aku bakal dapat..bulan puasa ni pun aku dah rugi rm2 setiap hari sebab balik awal sengah jam..kalau 15 hari dah rm 30 kena tolak..(sebab gaji aku adalah gaji hari at the moment)..tolak cuti nuzul quran lagi..raya pulak 5 hari cuti masa hari bekerja..dekat 2rat aku rugi sebab cuti..
haha..aku gelak sebab aku paham..itulah harga yang patut aku bayar untuk dapatkan cuti yang di idamkan itu..asalkan dapat settle bills sudah la..nak kaya jangan kerja dengan orang..baik bukak bisness sendiri..tak gituh?
ramadhan kali ni aku rasa sungguh ceria dan hati berbunga-bunga..tak tau la sama ada ni imaginasi atau perasaan yang terlampau je..but i like it..entah lah..aku rasa mood sorrow aku tu dah jauh aku tinggalkan..blur ke apa ke, aku malas nak pikir dah..
kalau nak ingatkan balik ntah berapa ratus video klip aku buat dah sepanjang hidup aku beberapa tahun lepas sejak aku start kerja dengan pelbagai jenis kerja before this..dalam mp3 penuh dengan lagu yang mellow, sedih dan sebagainya..tuntutan perasaan masa tu..
so..kesimpulannya, raya ni aku agak sedikit tenang walau tak sekaya dulu..ah, macam aku cakap tadi, kalau nak kaya raya bukak bisness sendiri la weyh..jangan kerja dengan orang berjawatan sementara dan gaji pakai hours..haha..
dan klakar juge bila aku terfikir balik yang last crush aku ended september tahun lepas..almost a year eh aku tak ada jiwa kacau?..
haha..