baca blog foa tadi..baca pasal obe cerita pasal parents yang hantar anak diorang yang super-nakal-tahap-tak boleh-dibentuk-lagi ke sekolah pondok..kebanyakannnya bebudak yang di hantar tu telah di reject dari masuk sekolah kebangsaan biasa..dengan harapan anak diorang boleh di bentuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan kelak..
banyak isu yang commenter timbulkan kat situ..banyak jugak pendapat yang boleh di ambil pakai..ramai yang kondem parents sebab bila dah tak mampu nak betulkan anak sendiri terus campak diorang jauh-jauh ke sekolah pondok..ramai juga yang cakap semuanya bermula dari rumah- dari didikan parents u sendiri jugak..bila dah tak berjaya, tanggungjawab di beri pada orang lain pulak..dan ramai jugak yang back up parents tersebut, yelah, dunia kan sekarang tanpa sempadan..kekadang orang dah ajar benda baik, benda buruk jugak yang nak di turut..
honestly, aku selalu jumpa parents pesen yang macam ni..lahirkan anak, anak dah besar 2-3 bulan, hantar ke pusat asuhan, pergi kerja, balik kerja, ambil anak, balik rumah- aku tak tau lah apa yang diorang buat once dh sampai rumah, dan aktiviti tu berulanglah sehingga anak-anak tu besar..
no offense ye bagi parents sekalian, kerana bukan semua parents begitu..basicly aku cuma mahu highlight pada ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik anak diorang ke tangan orang lain, seperti pengasuh, guru dan sebagainya secara sepenuhnya..of course la diorang bayar, tiada keraguan di situ..
bukan aku nak cakap yng parents sekarang ni tak bertanggung jawab nak didik dan besarka anak sendiri..aku faham, nak hidup sekarang ni bukan senang..kos hidup tinggi bagai semua tu..ye, orang lain pun faham dan semua orang pun merasainya kecuali yang tak terasa langsung bila harga barang semua naik..
hanya sekadar mahu menyentuh segelintir ibu bapa yang aku jumpa yang mana mengharapkan yang terbaik untuk anak dia dan dalam masa yang sama effort yang di berikan sungguh tak memadai..
contoh pertama.
seorang cik puan ni, bekerja sebagai pensyarah, suaminya juga seorang pensyarah di sebuah universiti awam di malaysia, mempunyai 3 orang anak..luckily 2 anak yang pertama mewarisi kegeniusan mereka, manakala anak ketiga agak lambat sikit bila belajar, tak ada fokus bila belajar, bila time orang belajar dia pergi conteng meja dengan pensel..bila marah buat muka sedih dan lebih banyak side negatif yang boleh kita nampak dari anak dia tu..
setiap kali hantar anak dia kat tadika si puan ni selalu tanya pasal progress anak dia..cikgu-cikgu pun beritahu lah hal yang sebenar..selalunya dia akan sentiasa tak berpuas hati dengan progress anak dia tu- dan akhirnya akan blame sistem sekolah dan guru-guru di situ..bandingkan dengan 2 anak dia yang lain..
cakap yang 2 anak dia yang lain sebelum ni masa tadika dah lancar membaca dan sebagainya..bila tanya si anak, dekat rumah ada tak belajar read easy ke, anakku ke, iqra' ke, jawapan dia tak..maksudnya bila kat rumah langsung tak ada sesi pembelajaran berlaku..segalanya di serahkan pada pihak sekolah untuk mendidik anak dia..lepas tu expect yang anak dia boleh excell dengan hebatnya seperti budak-budak lain yang dalam masa yang sama belajar dekat rumah dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain..
serius aku kesian sama itu budak..juga kami- secra tak langsung..
contah dua.
kat sekolah tadika tu lepas tidur, dalam pukul 2.30 semua murid dari umur 4-6 tahun kena belajar sembahyang..isnin belajar solat zuhur, dan seterusnya hingga hari jumaat belajar soalat subuh..macam biasa, ada imam kat depan, ada saf lelaki di depan dan perempuan di belkang..di guide oleh guru-guru, bacaan secara lisan, baca kuat-kuat semua..
dalam ramai-ramai budak, ada sorang budak perempuan ni bila time solat jek, mesti muka dia kelat..nak tak nak je..bila suruh baca kuat kuat, dia geleng-geleng sambil berkerut kening dia macam kena paksa buat kerja berat..
satu hari dia rebel..dia tak nak pakai telekug semua, lari duk jauh-jauh..padahal orang lain semua dah ready nak start solat..tanya dia kenapa tak nak solat..dia cakap tak nak..kenapa, dia bagi jawapan yang sama.aku tanya, kat rumah sembahyang tak, dia geleng..baru 5 tahun kot..aku tanya lgi, mak sembahyang tak, ayah sembahyang tak?..dia geleng-geleng..adik beradik sembahyang tak?..dia geleng lagi...
aku tanya, dia tak nak sembahyang sebab orang kat rumah dia tak sembahyang ke?..dia angguk-angguk...
.....
aku terdiam..aku teringat ada orang kata, kata budak kecik ni bukan 100% boleh percaya sangat...biarpun ada orang cakap yang budak kecik ni tak pandai menipu..entah..
fikir la sendiri...takkan nak tanya mak dia pulak..
contoh 3
yng ni positif..bila parents yang dalam masa yang sama turut ajar anak dia bila kat rumah..kalau bukan parents adik beradik yang bantu adik dia untuk belajar membaca dan sebagainya..kebanyakan ramai yang cepat membaca ni hasil dari belajar kat rumh jugak..maksudnya tak harap dari sekolah semata..
ye la, expectation tinggi, budak bukan sorang dua nak ajar dalam satu kelas..ada yang cepat, ada yang lambat..ada yang sederhana..cikgu cuma ikut standard yang average..yang cepat tu memang bonus..yang lambat tu kalau di biar memang boleh tertinggal jauh..
aku dulu pun tak masuk sekolah tadika..tapi memang dari kecil lagi mak aku ajar abc 123 eja nama semua..alhamdulillah la tak ketinggalan sangat..bila time adik aku pulak, mak aku hantar masuk tadika- tak berapa nak ajar sangat kat rumah, memang lembap la..lagi la kat tadika kat kampung aku dulu tu banyak permaianan..tambah pulak adik aku tu bukan spesis einstein, quite lambat la jugak dia nak belajar membaca semua..
itu yang aku nampak,beza belajar sendiri kat rumah, and hantar tadika then tak praktik langsung kat rumah..bukan aku nak kata tadika tak bagus, aku just nak stress kan kat sini yang effort tu kena datang dari parents gak untuk bantu anak dia dalam pelajaran..lagi-lagi untuk early education ni..bila parents ajar, dah kira macam tutor- attention to one to one..kemungkinan untuk cepat tangkap apa yang di ajar lebih tinggi berbanding kat sekolah..dengan distraction lagi..macam-macam lah..
jadi yang belum jadi parents ni, pilih la nak jadi parents yang macammana..aku sekarang cuma melihat, tak rasa sendiri pngalama tu..jadi aku tak nak condemn ke apa ke..kita cakap anak orang, takut nanti jadik apa pulak kat orang sekeliling kita..
to be continued..
Voir La Famille Addams Film Complet Streaming
4 years ago