Cerita ni aku simpan lama dah. Masa adik aku suruh aku tengok, aku pergi perlekehkan cerita ni dan taste dia. Sebab masa cerita ni baru keluar aku tengah gila dengan cerita misteri, penyiasatan, serious, dark, thriller, dan genre yang seangkatan dengannya. Memang tidaklah aku nak tengok cerita ringan-ringan comel-comel macam ni.
Tuesday, March 21, 2023
FIGHT FOR MY WAY (2017) - REVIEW-
Friday, March 26, 2021
Popcorn dan air mineral.
"Nanti jangan lupa beli air mineral," pesan Razali kepada Shila. Sekeping wang kertas berwarna merah bertukar tangan. Shila menyambutnya pantas sambil berlari-lari anak menuju ke kaunter pembelian makanan ringan. Barisan begitu panjang sekali biarpun banyak kaunter yang dibuka ketika itu. Pemandangan yang biasa dilihat setiap kali hujung minggu.
Razali melabuhkan punggungnya di kerusi berdekatan. Tiket wayang yang disimpan di poket belakang jeans biru lusuhnya dikeluarkan. Dia memeriksa waktu tayangan di tiket yang dibeli itu. Kemudian jam di telefon bimbitnya dipandang sekilas. Dia mengeluh berat.
"Dah tau cerita nak start, time tu la nak beli popcorn lah, apa lah. Orang pergi wayang nak tengok cerita. Kalau nak makan baik pergi kedai makan," rungutnya sambil matanya melihat ke arah pintu masuk ke panggung wayang kalau-kalau sudah boleh masuk untuk filem yang akan ditontonnya. Belum lagi. Masih ada sepuluh minit lagi sebelum filem bermula. Biasanya dah boleh masuk, lambat pula kali ini.
Shila mengira satu demi persatu orang yang berbaris di hadapannya. Ada 5 giliran lagi sebelum gilirannya sampai. Barisan nampak panjang kerana semua yang datang secara berkumpulan turut bersama beratur sambil berborak sementara menunggu giliran sampai. Kaunter pun banyak dan bergerak pantas. Sekejapan saja dia sudah berada di hadapan sekali.
Shila memerhatikan pengunjung yang datang bersama teman-teman masing-masing begitu gembira sekali memesan makanan dan minuman bersama-sama. Tabah sahaja pekerja yang bertugas di kaunter itu melayan mereka. Nak harapkan Razali beratur sama beli makanan? Jangan harap. Beli tiket pun tadi gigihlah dia beratur seorang diri dengan alasan Razali ingin ke toilet.
Memang begitu pattern Razali.
Bila mahu beli makanan yang dijual sama ada di dalam kedai atau burger tepi jalan pun, mesti Shila yang disuruhnya beli. Dia cuma hulur duit. Itu pun cukup-cukup saja. Kadang-kadang tu cukup pun tidak. Seyap-senyap dia tambah sendiri. Demi tak nak keruhkan keadaan dia turutkan saja. Razali akan sentiasa tunggu dalam kereta dan setiap kali dia kembali bersama makanan, ada saja yang tidak kena pasti ada saja bahan untuk dibebelnya. Kenapa lambat sangatlah, itulah, inilah. Bila disuruh beli sendiri dibahasakan kita semula, minta tolong sikit pun tak boleh. Padahal dia yang malas beratur, lepas tu tak pandai nak order benda yang nak di beli.
Pernah satu kali, di awal-awal perkenalan suatu masa dulu Razali cuba mahu tunjuk gentlema. Dia tawarkan diri untuk belanja makan dan orderkan makanan di kaunter. Suara Razali pula memang sejak azalinya memang perlahan bila berbicara, tapi disebabkan suasana restoren yang bising dan bingit, pekerja kaunter itu terpaksa bertanya berkali-kali untuk mendapatkan kepastian. Terus naik suara Razali dibuatnya. Terasa dirinya seakan-akan dipermainkan oleh remaja itu, terus sahaja mereka keluar dari kedai makan tersebut selepas Razali memberikan bebelan ringkas kepada pekerja di kaunter itu.
Tapi Razali baik orangnya sebenarnya. Cuma tak gemar order makanan sendiri, atau pun beratur panjang untuk membeli sesuatu yang dirasakan tak perlu. Shila langsung tak ada masalah dengan perangainya yang satu itu kerana ada banyak lagi perangai baik Razali yang boleh mengatasi kekurangan itu.
Menu-menu makanan yang menyelerakan yang terpampang di atas kaunter diamatinya satu demi persatu. Selain popcorn dia seperti mahukan hotdog. Cup in a corn pun menarik juga. Wah, nugget pun sedap.Ice lemon tea di peanggung wayang paling sedap itu pun tak boleh tak beli. Shila telan liur. Kalau beli combo popcorn dan air memang cukup-cukup saja wang yang ada di tangan.
Baginya dia tiada masalah untuk menggunakan wang sendiri untuk beli makanan seperti yang diinginkan, tapi nanti kalau dibuat pasti akan dimarahi Razali pula. Makanan di panggung wayang mana ada yang murah. Membazir katanya. Baik simpan duit tu untuk masa depan katanya. Maka dengan itu setiap kali keluar dengan Razali tak pernah dia berbelanja sesuka hati terutamanya dalam bab makanan. Makan apa-apa pun nanti jadi tinja juga, itu moto hidup Razali.
"Next!" panggil pekerja kaunter yang baru saja selesai melayani sekumpulan perempuan yang lebih kurang sebaya dengan Shila. Wah bukan main banyak makanan yang dibeli mereka. Rasa jeles pun ada disaat itu.
"Bagi saya Combo 1 satu. Dengan corn in a cup satu. Berapa ya?" soal Shila. Akhirnya beli Corn in a cup sebab dia pasti Razali akan sukakannya.
"Satu Combo 1, dan satu corn in a cup. Semua sekali sebelas ringgit lima puluh sen," balas pekerja itu sambil menjeritkan pesanan yang di pesan oleh Shila itu semula kepada pekerja lain untuk disiapkan.
Pantas Shila menunjukkan sekeping kad kepada pekerja itu.
"Wave ke pin?" soal pekerja itu.
"Wave," jawap Shila.
"Tap kat sini ya," arah pekerja itu selepas memasukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar Shila ke dalam wireless credit card terminal merchant machine. Shila patuh dan sepantas matanya berkelip resit pun keluar dari terminal tersebut.
Makanan dan minuman yang dipesan telah pun siap dibungkus. Cepat-cepat Shila berjalan laju menuju ke arah Razif menunggunya sejak dari tadi. Ada lima minit lagi sebelum waktu filem bermula. Razali sudah tunggu betul-betuldi depan pintu masuk sebelum ke dewan panggung wayang. Raut wajahnya kelihatan tegang.
Shila faham sangat, Razali jenis yang suka masuk awal ke dewan panggung wayang. Dia betul-betul tidak suka apabila masuk lambat dan terpaksa lalu dilaluan kerusi yang sudah diduki orang. Dia tidak sukakan situasi tidak selesa itu.
"Hai, nasib baik sempat," tegur Shila sebaik dia menghampiri Razali.
"Nasib baik awak sampai sekarang. Lambat sikit tadi saya masuk terus je," balas Razali dengan suara yang perlahan..
"Ramai orang tadi," balas Shila. Tiada balasan dari Razali. Mereka beratur dan selangkah demi selangkah mereka sampai ke check point di mana tiket wayang diperiksa.
"Hall 1, naik atas belok kiri ya," ujar pekerja yang memeriksa tiket mesra.
"Terima kasih," balas Shila dengan nada yang riang sambil berjalan laju mengejar Razali yang sudah beberapa langkah dihadapan dengan bantuan langkah kaki panjangnya. Senyap saja mereka sepanjang perjalanan ke tempat duduk. Nasib baik barisan kerusi mereka masih kosong. Belum ada sesiapa yang duduk di mana-mana kerusi.
Mereka duduk diam sambil menunggu. Sambil menunggu Shila mula mengunyah popcorn sedikit demi sedikit. Dipelawanya corn in a cup kepada Razali. Tanpa berlengah Razali terus menyambut dan membuka penutup cawan berisi jagung yang masih panas itu. Aroma buttery jagung yang menyelerakan semerbak masuk ke dala rongga hidung mereka.
Sesuap demi sesuap Razali mengunyah sehingga tinggal separuh cawan jagung yang tinggal. Jagungnya lembut. Kuahnya berkrim dan ada rasa masin-masin manis yang seimbang. Tekaknya meminta dia berhenti mengunyah.
"Nak air mineral," minta Razali.
Dengan pantas Shila tercari-cari air mineral yang tidak dibelinya tadi.
Lantas dia menghulurkan air iced lemon tea kepada Razali.
"Lupa nak beli. Minumlah air ni dulu," ujar Shila apabila Razali tidak menyambutnya.
"Kan saya cakap beli air mineral tadi. Kenapa tak beli?" balas Razali dengan suara yang agak meninggi dari kebiasaannya.
"Lupa. Bukan sengaja," balas Shila sambil meletakkan semula air tersebut kedalam tempat letak air.
"Pergi lah, beli sekarang," desak Razali. Suaranya sudah kembali mendatar.
"Cerita dah nak start ni. Lepas habis tak boleh?" soal Shila lagi. Berat sungguh punggungnya untuk diangkat. Lagi-lagi apabila satu demi persatu kerusi dibarisan mereka sudah dipenuhi oleh penonton yang lain.
"Salah sendirikan kan?. Saya dah surmintauh awak beli air mineral tadi kan? Jagung yang tak disuruhnya tu juga yang dibelinya. Belikan saya air mineral," desak Razali lagi. Suaranya perlahan saja dan dia bercakap betul-betul di telinga Shila.
"Oklah saya beli. Duit?" Shila menghulurkan tangan.
"Pakailah duit tadi," balas Razali. Enggan mengeluarkan modal lagi. Sudah terlebih budgetnya hari ini untuk keluar dating. Ingat senang cari duit zaman sekarang ni. Dah ajak dating belanja tengok wayang dan belanja makan kira dah untung dah sebenarnya ni. Kalau kaya duit banyak bolehlah nak pergi marikh pun dia tak ada masalah. Ekonomi sekarang ni memang tak mengizinkan.
Razali mengeleng-geleng kecil memerhatikan Shila yang bersusah payah merentasi tempat duduk yang sudah berpenghuni untuk keluar dari dewan wayang. Bagi arahan simple pun tak boleh nak ikut. Susah sangat ke nak beli air mineral? Susah sangat ke nak ingat untuk beli air mineral? Mahal sangat ke nak beli air mineral sampai itu pun nak minta duit darinya.
Bukan nak berkira sangat, tapi kalau semua nak harap pada dia keluarkan belanja seorang memang boleh bankrup jadinya. Hidup ni kenalah ada tolak ansur. Beli tiket tadi dah pakai duit dia. Beli makanan ringan pun dia dah bagi duit juga. Ini air mineral yang patutnya dia beli tadi tapi dia tak beli pun nak minta duitnya juga. Amboi amboi, banyak betul cantik dia. Ini kalau tak diajar awal-awal nanti bila dah kahwin nanti makin menjadi-jadi pula.
Tekak Razali terasa semakin kering. Nak tak nak terpaksa disedutnya juga air sejuk berperisa yang ditawarkan Shila tadi. Lega sebentar tekaknya. Iklan sudah habis ditayangkan. Cerita pun bermula. Cerita aksi trilogi terakhir yang ditunggunya sejak beberapa tahun yang lepas. Dia mesti fokus. Jika miss sedikit pun dia pasti akan terasa rugi.
..
Shila berjalan perlahan meninggalkan kaunter makanan ringan di panggung wayang bersama air mineral di tangan. Dipulasnya penutup botol air mineral tersebut sehingga terbuka. Diteguknya seteguk dua sehinggalah habis separuh botol. Air yang jernih dan bersih itu meluncur turun ke tekak dan terus ke perutnya.
"Sedap juga air mineral ni. Patutlah beria dia nak air mineral," ujar Shila. Dia berjalan perlahan melenggang kangkung menuju ke pintu keluar panggung wayang. Botol mineral yang masih berisi separuh itu dicampakkan ke dalam tong sampah berdekatan. Dan dia terus berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Thursday, March 18, 2021
Randomly Terkenang (Collecting Memories) Part 1: Schoolhood, belajar demi PMR.
PMR- Penilaian Menengah Rendah. Peperiksaan yang diambil oleh semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia bermula 1957-2013.
Pelajar tingkatan 3 kat Malaysia ni majoritinya berusia 15 tahun. Kalau ada yang umur 14 tahun tu, itu sebab dia budak lompat. Kalau dia umur 16 tahun, itu sebab dia kena masuk kelas peralihan sebelum masuk tingkatan 1. Biasanya kelas peralihan ni adalah murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil yang masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan. Kelas peralihan ni tujuan dia sebab nak bagi student-student tu mahir bahasa Malaysia sebelum belajar dekat sekolah menengah.
Budak Lompat pula; dia skip dari masuk Darjah 4 masa sekolah rendah dulu. So dari darjah 3 terus masuk darjah 5. Murid darjah 3 akan ambil exam Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS, 1996-2001) dan biasanya seorang saja dari satu batch dalam sesebuah sekolah tu yang akan berjaya jadi pelajar lompat. Tapi ada juga yang sekolah lain ada beberapa orang yang berjaya jadi budak lompat dan ada sekolah yang tak ada langsung yang berjaya. Bergantung pada keputusan PTS time tu.
Aku pula tergolong dalam golongan majoriti dan ini kisah aku masa nak ambil PMR pada tahun 2002 disebuah sekolah berasrama penuh yang tidak terkemuka di sebuah pekan kecil lagi terpencil.
Masa aku form1 dulu aku malas belajar. Homework tak buat. Masa kat prep banyak main, borak, dan sembang. Dalam kelas gelakkan budak tahan mengantuk. End up masa form 2 aku masuk kelas second last. Budak-budak bijaksana semua masuk kelas first. Time tu aku tak pasti nak rasa apa sebab kalau ikutkan masa sekolah rendah aku tak pernah tak dapat kelas first.
Tapi sesungguhnya budak-budak yang masuk asrama ni ramai budak bijak. Dahlah bijak, rajin belajar pula tu. Homework tak pernah tak siap, masa prep guna untuk study dan buat nota tambahan. Lagilah pula masing-masing mempunyai disiplin yang tinggi dan penuh iltizam untuk menimba ilmu. Berbeza betul dengan perangai aku masa form 1 dulu.
Masa form2 tu aku dapat satu kelas dengan Dilah, budak sebelah aku masa form1. Dilah ni baik budaknya. Cantik pula tu. Mata dia coklat macam anak kacukan. Kulit dia putih bersih kemerahan macam kulit bayi. Menjadi pujaan kakak senior dan rakan sebaya mahu pun pelajar senior lelaki disebabkan fizikal dan attitude yang baik itu.
Masa dapat tahu yang kitorang satu kelas tahun depan, kitorang pun deal lah untuk duduk sebelah-sebelah masa form2 nanti. Masa tu aku rasa best sangat sebab tak payah fikir nak duduk dengan entah siapa siapa entah. Lagi pun Dilah ni memang sangat baik lagi menyenangkan orangnya.
Tragedi berlaku bila Dilah cakap dia tak boleh duduk sebelah aku sebab kakak dorm dia suruh dia duduk dengan budak dorm dia yang dari kelas lain masa form 1 dulu. Aku pun macam, kalau kau tak nak duduk sebelah aku kau cakap je la kan. Tak payahlah nak berselindung dengan nama kakak dorm kau tu as if kau anak yang filial kalau lawan cakap kakak tu kau boleh dapat terus status anak derhaka. Merajuk jugalah hati aku masa tu. Tapi sebab dia cakap sorry, aku pun move on. Buat apa nak merayu pada yang tak sudi.
So, masa form 2 pun aku pun belajar ala kadar jugak. Nampak macam fokus bila cikgu mengajar, tapi setakat tu sajalah. Bezanya aku dah rajin buat homework dan taj banyak main sebab dah tak ada rakan sepermainan.
Aku duduk di barisan belakang sekali. Dalam satu barisan tu ada 3 meja yang dilekatkan anatara satu sama lain. Aku duduk tepi sekali, budak yang duduk tengah dan hujung sana tu pula kawan baik sejak dari form 1. Dua orang budak tu pula ada kawan-kawan lain dari kelas lain yang mana paling famous dalam batch kitorang. Famous sebab ramai yang hot, cantik, bijak, dan menyerlah dari segala segi.
Dua orang budak tu tak pernah kacau aku cuma kadang-kadang tanya pasal homework, pinjam buku, dan aku pula sangat into writing fiction masa tu. So aku happy duduk sorang-sorang bila time prep sebab bila time prep diorang akan hilang entah ke mana. Aku pula jenis yang malas nak bersosial dengan kawan-kawan sekelas yang lain. Kadang-kadang budak kelas aku time tu pelik kenapa aku lagi suka baca dictionary Oxford English- Malay, Malay-English berbanding bercakap dengan diorang.
Naik form 3, aku dapat masuk kelas second. Dalam kelas tu ada 9 orang saja budak perempuan. Yang lain budak lelaki. Aku happy yang amat sebab dapat satu kelas dengan crush. Crush aku ni rambut dia cantik gila, jari dia runcing (sebab tulah tulisan dia cantik kot. Kot) dan suara dia sedap yang amat. Bila menyanyi ke azan ke memang cair jiwa raga aku bila dengar. Tapi dia kaki bangku. Tak pandai sport. So, kurang markahnya kat situ.
Dalam ramai-ramai budak perempuan dalam kelas aku tu tiba-tiba aku boleh terapat dengan Jamez. Jamez ni sangat menarik bagi aku. Aku satu dorm dengan dia masa form 1. Dia pernah buat statement macam ni, "Rupa tak seindah nama," untuk aku. Dia cakap kat orang lain, tapi sampai balik kat aku. Yep, nama aku cantik tapi aku tak berapa nak cantik sangat time dia cakap tu.
Sebabnya, muka aku penuh jerawat pasir masa form 1. Aku budak sport masa sekolah rendah. Aku main hoki, aku main bola jaring, etc etc. So aku hitam lagi berkilat. Kakak aku selalu cakap aku muka tak ada warna sebab kulit aku sangat terbakar. Dahlah kening nipis. So, aku faham-faham saja kenapa dia buat statement tu.
Tapi by the time aku form 3 tu aku rasa rupa aku dah cantik sikit la. Aku dah tak main sports, dah tak ada sunburn, jerawat sebab hormon aku tu pun dah berkurang. So aku pun rasa agak berkeyakinanlah sikit dengan diri sendiri.
Satu hari aku cakap dengan Jamez aku nak kawan dengan sorang classmate kitorang ni. Sebab aku rasa dia ni pelik, suka senyum sorang-sorang, suka jalan sorang-sorang, dan yang buat aku rasa dia sangat pelik adalah sebab dia shave rambut dia sampai botak licin masa dia form 2 dulu. Dengar kata dia botak sebab dia clash dengan girlfriend dia yang sama satu kelas dengan dia.
So bila dia sama satu kelas dengan aku masa form 3 ni, aku pun terasa tertarik nak tau reason dia botakkan kepala dia satu masa dulu ni. Aku tak tanya direct pada dia, instead aku cakap dengan Jamez aku nak kawan dengan dia. (For the record: aku tak pernah tanya dia kenapa dia botakkan kepala dia, sebab aku lupa nak tanya).
Pelikkan, crush dengan orang lain tapi nak kawan dengan orang lain?
Pattern sekolah kitorang dulu, kawan tu adalah kawan yang betul-betul kawan yang tak mengundang sebarang perasaan romantik (platonik). Even dah ada couple, seseorang itu dibenarkan untuk ada kawan yang berlainan jantina atas nama kawan baik. Sebab tak semua benda kita boleh share dengan couple, atau kawan baik sejantina. Aku tak tau siapa yang buat rule ni, tapi itulah yang kitorang apply dalam kehidupan kitorang masa tu. Dan - couple masing-masing takkan jeles dengan 'kawan' couple masing-masing.
Melalui Jamez, akhirnya aku dan Paris jadi kawan. Kami berbalas-balas surat- dia letak bawah meja aku, aku letak bawah meja dia. Sampai sekarang aku fail untuk ingat balik apa yang aku dan dia tulis masa berbalas-balas surat tu. Yang aku ingat satu masa tu dia sengaja suruh crush aku tuliskan surat bagi pihak dia sebab dia tau aku suka gila tulisan crush aku tu. Tulisan Paris tu pula macam tulisan aku masa 5 tahun dulu disaat aku masih tak pandai menulis lagi.
Kadang-kadang setiap kali dia letak surat bawah meja tu, dia akan attach sekali dengan sebiji gula-gula buat hilang mengantuk masa prep/study. Tapi aku tak pernah makan gula-gula tu. Tak pasti sama ada aku sayang nak makan atau aku memang hoarders sebab aku kumpul gula-gula tu letak dalam poket beg sandang aku sampai penuh.
Cerita pasal gula-gula, aku ingat lagi, bila dah nak dekat dengan PMR dan semua sibilus dah habis diajar kitorang bukak kelas seluruh form 3 punya kelas untuk dijadikan dewan peperiksaan kecil. Meja susun satu-satu dan semua kelas boleh duduk campur-campur. Mana meja kosong duduk saja even budak sebelah budak lelaki atau perempuan dah tak peduli dah. Iyep, kami budak sekolah agama kena jaga diri seperti diperbatasan tak boleh nak rapat-rapat sangat dengan berlainan jantina tanpa sebab dan musabab yang kukuh.
Aku punyalah mengantuk masa prep petang tu. PMR tinggal berapa minggu je lagi. Tapi aku rasa malas yang amat untuk study. Makan apa tengahari tu pun aku tak ingat, tapi lain macam betul rasa kantuknya. Bila aku toleh sebelah kanan, Paris tengah pandang aku dengan senyum trademark dia. Lepas tu dia tunjuk gula-gula Cloud 9 perisa strawberry (ini bukan Product Placement).
Aku pun tadah tangan, dan dia passkan gula-gula tu kat aku. Kali ni aku tak simpan dalam beg. Aku makan terus. Tapi tak hilang juga ngantuk. Tapi kenapa aku tak borak/sembang dengan dia eh? Itu ubat mengantuk paling unggul selain tidur.
Maybe sebab tak nak kacau kawan-kawan lain yang tengah study.
By the way, kitorang punya relationship time tu more macam pen pal. Berbalas surat. Tak jumpa, tak sembang, tak apa. Kadang-kadang cuti sekolah tu je dia ada call aku kat kampung pakai line telefon rumah lepas tu sembang apa aku pun tak ingat. Seingat aku dia jelah kawan yang pernah aku sembang sampai 2 pagi.
Masa form 3 lah aku baru beria nak cover balik apa yang aku miss masa form 1 and form 2. Pointnya sebab aku nak dapatkan result elok dan pergi meninggalkan sekolah tu. Banyak reason kenapa aku nak tinggalkan sekolah tu. Nanti aku story kat entryyang lain.
Iyalah, nak masuk sekolah lain kenalah dapatkan result yang bagus. Itu solution yang aku rasakan paling unggul masa tu.
Sehari sebelum PMR aku dengan kawan-kawan yang aku rapat dekat hostel buat hal. Kitorang pergi outing secara haram. Kitorang keluar dari pagar yang rosak kat belakang tangki asrama, lepas tu jalan kaki lalu depan rumah GPK HEP dan serahkan kad outing dekat pak guard dengan tandatangan warden yang ditiru. Itu cara kitorang rebel sebelum nak PMR. Sampai koyak-koyak hujung kain sekolah aku sebab tersangkut kat kawat pagar masa lalu bawah pagar rosak tu.
Bukan pergi mana-mana pun. Pergi kedai beli pen, makan aiskrim, lepas tu balik. Kedai pun tak jauh mana, pergi kedai runcit yang berdekatan. Tapi rasa puas tu cuma kami dan Tuhan saja yang tau. Dia punya adrenaline rush masa lalu depan rumah GPK HEP tu rasa macam mencanak-canak.
Bila nak balik tu kitorang masuk lalu pintu biasa. Sebab takkanlah warden nak biar kitorang duduk kat luar asrama sampai malam kan. Lagi pun ada je siapa-siapa yang berkeliaran dekat pintu pagar asrama untuk buka pintu untuk kitorang. Asalkan warden tak nampak selamatlah kami.
Long story short, keputusan PMR aku sangat memberangsangkan dan aku berjaya dapat tawaran ke asrama lain. Dekat KL. Masa tu aku memang dah tak sabar nak tinggalkan sekolah tu. Tapi dalam masa yang sama aku takut sangat nak pergi sekolah baru. Sepanjang 15 tahun aku hidup aku tak pergi KL kot. KL ibu kota Malaysia, bandar besar, tak macam pekan kecil lagi terpencil ni.
Tapi disebabkan aku nak sangat lari dari sekolah tu, aku pun decided untuk terima tawaran tu.
Ada budak yang sama kampung dengan aku halang aku dari pindah, sebab dia kata aku harumkan nama kampung kitorang sebab dapat masuk kelas first. Aku cakap dengan dia, aku tak suka sekolah ni dan semua tentang sekolah ni (kecuali kawan-kawan baik aku dan Paris). Dan argument dia tak valid sebab apa kaitan dengan aku duduk kelas first dengan harumkan nama kampung kitorang? Sampai sekarang aku tak boleh nak brain apa maksud dia.
Aku terkilan kat diri sendiri sebenarnya sampai sekarang, sebab aku tak inform Paris yang aku akan pindah. Kata kawan kan. Sampailah dia sendiri tanya kat aku, betul ke aku nak pindah. Maybe sebab lepas PMR tu kitorang dah stop jadi pen pal. Dia tak tulis apa-apa, aku pun tak reply apa-apa. So aku tak rasa ada keperluan untuk bagitau dia. Aku masih lagi ingat reaksi muka dia masa dia tanya aku soalan tu. Instead of halang aku macam member kampung tu, dia just nodded dan cakap ok.
Aku pula sebab rasa bersalah dan ego yang tak bertempat, terus jawab 'A ah' dan terus tinggalkan dia kat koridor kelas hujung. Hey-hey, kalau boleh turn back time I'll treat you nicely boy. Itu last aku jumpa dia.
So, akhirnya impian aku tercapai nak tinggalkan sekolah tu. Belajar sebab nak dapat result PMR elok in order untuk tinggalkan sekolah tu. Tapi, masuk sekolah baru- it's a new disaster for me. Sampai aku wish aku tidur setiap malam masa tu aku akan bangun dekat sekolah lama. Itu story entry lain. Huhu.
Itulah, aku rasa schoolhood aku tak menarik mana pun. Tapi ada rupanya certain memories yang buat aku treasure moment-moment aku kat sekolah tu.
Well, dah panjang sangat aku menulis. Cukuplah untuk hari ni. Jumpa lagi dilain masa.
p/s:
So Paris, I know you will never read this. But, I just want to sincerencely thank you for everything that you've done while we are being friends.
Paris, happy becoming birthday yang ke 25. You will always be 25. Because you stop ageing at 25.
Jumpa kat sana ok?
Randomly Terkenang (Collecting Memories): Intro
Sejak dua menjak ni, selalu pula aku terkenang-kenang benda yang dah lepas. Benda-benda yang tak tak pernah diceritakan pada sesiapa mahupun dituliskan di mana-mana. Aku pula jenis yang selalu ingat benda yang negatif berbanding benda yang best. But somehow, sejak rasa lebih dewasa sikit ni banyak pula sebenarnya memori yang menarik yang boleh dikenang dengan perasaan yang lebih positif berbanding dengan masa aku lalui dia.
Tak kisahlah terjadi masa kecil ke, masa besar ke, yang peribadi ke, yang umum ke, asalkan benda tu tak memudaratkan, aku betul-betul akan cherish ia. Sebabnya dulu aku selalu rasa yang life aku ni tak menarik, so aku tend untuk bury semua memori aku dari ingat benda yang tak best. Padahal, kalau twist sikit yang tak best tu sebenarnya dia boleh jadi best. Bukan semua orang dapat rasa apa yang aku lalui, paling kuat pun cuma boleh relate.
Seorang aku ini adalah sejenis manusia yang dikurniakan hard disk memori yang sangat besar- tapi masalahnya aku selalu storage benda-benda yang tak berguna. So bila time jawab exam tu bila nak cari jawapan memang kena berusaha sesunguh-sungguhnya untuk gali dalam-dalam barulah boleh jumpa apa yang nak. Dan biasanya susah betul nak jumpa sebab dah banyak sangat benda kat dalam tu. Dahlah sistem storage pun ke laut.
Sejak dua menjak ni juga aku rasa terpanggil untuk kembali menulis, dan decided untuk tuliskan memori-memori dan kenangan-kenangan yang menarik untuk dikongsikan bersama diri aku pada masa hadapan. Aku pun perasan juga sejak akhir-akhir ni aku dah jadi pelupa. So sebelum aku jadi pelupa tegar, aku nak ada satu medium di mana aku boleh letakkan cebisan-cebisan memori yang tinggal dalam ingatan aku ni.
Selain dari itu, aku juga boleh rasakan apa yang aku akan tulis ni nanti akan membantu aku dimasa hadapan in case aku hilang ingatan ke, alzheimer ke, apa-apalah yang terjadi yang effect pada ingatan aku. At least aku ada sumber yang boleh aku rujuk.
Ataupun, kalau memang aku dah tak boleh nak ingat balik, lost memories for good, atau apa-apa je, dan bila aku come across dengan blog ni, aku boleh tengok diri aku sendiri dari sudut pandangan orang sekeliling aku.
In 10 years, aku akan baca balik apa yang aku tulis ni, sama macam apa yang aku buat sekarang. Baca balik apa yang aku tulis 10 tahun yang lepas dalam post aku yang lepas-lepas. Gaya bahasa pun dah berubah, cara berfikir pun of course lah dah berubah. Muzik yang aku dengar pun dah jadi pelbagai berbanding 10 tahun yang lepas.
Untuk first part Randomly Terkenang (Collecting Memories): ni aku plan nak tulis tentang memori aku masa Tingkatan 3 dulu, time nak PMR. Dalam setahun tu banyak betul benda baru yang berlaku dalam hidup aku dan aku nak dedicatekan kepada seorang kawan yang lebih dari kawan yang buat aku selalu terkenangkan dia setiap kali April menjelang.
Cukuplah kot dengan short introduction ni sebab aku macam tak sabar nak tulis part 1. Hopefully dengan bermulanya part 1 ni akan muncul part 2, 3, dan seterusnya sehinggalah writing skill aku menjadi bertambah baik hinggalah ke level dewataraya peringkat tertinggi.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, March 17, 2021
50 proof - eaJ
Do you still wake to sunset?
Eat at home alone?
Watching the moon rise askin' on and on
What's gone wrong?
How you've been doin'?
You sleeping alright?
I'm worried your tears still wake you up at night
And you know why
But you don't know why at the same time
Who, who, who
Holds you and your 50 proof high?
Been worried all night
Who loves you now?
Who, who, who
Wipes the problems?
Leaves turned autumn
When they won't stop fallin'
From your eyes, from your sights
Who loves you now?
...
Buka Youtube, search saja tajuk dan penyanyi lagu ni, nescaya kamu akan jumpa satu lagi art yang sama ada kamu suka atau tidak.
Lagu dia pendek je. Rasa macam tak puas dengan pun ada. Bagi aku poetic sangat lyric dia. Simple, dan boleh di interprete kan dengan pelbagai maksud. Bergantung pada orang yang mendengar dan menbacanya.
Ada satu lagu tu dari artist yang sama, lirik dia - under the streetlight, bright like your eyes~ lebih kurang macam tulah, nanti kalau aku rajin aku cari dan post kat sini. Yang tu pun best juga. Ada satu lagi lagu dia, Pacman- high note dia memang mencecah ke langit. Tapi lirik yang dia nyanyi tu kalau tak dibaca memang tak faham apa yang dia sebut. Maybe sebab dia ada southern accent (aku tibai je ni, ntah betul ntah tidak) yang buat telinga aku susah betul nak pick up apa yang sebut.
Cool artist, and band dia pun cool juga. Aku ada semua lagu diorang dalam current playlist aku. Aku plan nak kumpul duit nak pergi konsert dia. Bukan dekat Malaysia sebab dia tak pernah buat konsert kat sini even dia claim diorang buat world tour. Bukan dekat Indonesia sebab fan dia super ramai. Singapore boleh difikirkan sebab aku suka negara tu untuk berjalan-jalan.
Kalau dapat beli tiket diorang bila diorang tour kat Europe lagi bagus. Boleh jalan-jalan bawa diri sekali. Tapi ni kisah bila pandemik dah berakhirlah. Dan ini kisah kalau berjaya dalam pertarungan beli tiket konsert diorang.
Tapi kebiasaanya susah nak dapat. Doa-doalah kita jadi indan terpilih. Sebagaimana insan terpilih je yang berjaya dapat beli sambal kairul ameng tu. Adik aku dari dulu sampai sekarang tak berjaya nak beli sambal tu.